13 November 2010. 9.30 pagi. Bertolak dari Damar menuju ke tol Putrajaya. Tunggu Faranaz sekeluarga di sana dan berkonvoi. Kami pun berkeluarga->aku+Peyuh+Ana a.k.a adik Yuh. Yang lain tak dapat menghadirkan diri kerana masing-masing mempunyai kekangan yang tak dapat dihalang... Sedih gak bila geng tak meramai. Tapi cukup happy bila Faranaz sekeluarga ada. Kami melalui highway KLIA-Shah Alam, Guthrie menghala ke Kuala Selangor. First time menjejak kaki ke Tanjung Karang. Tiba 11.45 pagi. Orang dah meramai kerana majlis start 11.00 pagi. Terus pergi jengok Kak Ju makeup di rumah sebelah. Kemudian makan-makan... Pengantin bersanding 1.20 petang. Gambar tak banyak kerana kami dah nak balik dan pengantin nak makan dulu sebelum acara gambar-gambar dan salam-salam. Maklum la, sampai awal. Kebetulan Faranaz nak balik Tampin, jadi tak tunggu lama. Dah dapat curi-curi bergambar, kiteog pun join Farah bertolak balik... Gitulah ceritanya... Sampai rumah 5.00 petang setelah menyinggah Jusco beli barang. Farah pula 4.30 petang dah sampai Tampin. Tiba-tiba terbayang muka Suri menangis nak naik viva. Theheh. Suri owh Suri cayangg... Enjoy the pics!
Sina yang baik dan comel je.
Kite makan dulu!