Don't say my abah is kampung ok... Time mama call kata abah nak gi Malaysian IBS International Exhibition mahu aku terkejut berukk jap. Walhal aku baru je gi dgn Erna dan Kak Awie. Kalau bukan urusan kerja wajib aku tak pergi tu. Ini abah yang dari Pendang, sanggup nak visit MIIE semata-mata nak tambah knowledge dan peluang dalam bidang baru berkaitan rumah pasang siap. 2 niat abah; nak tengok teknologi dalam industri pembinaan especially rumah (sebab abah nak buat sendiri guna tulang empat keratnye) dan peluang-peluang yang ada (contoh yang mungkin ada jentera/machine yang boleh dibuat bisnes). Theheh. Advance bapak aku ni. Terpaksa le aku on leave hari Jumaat tu. Abah sampai sini Jumaat pagi, naik bas dari Shahab turun Pudu. Pepagi lagi aku dan Nisa gi jemput abah. Sampai rumah bagi abah zzz jap then 10.30 am baru tolok ke IBS Center, Jalan Chan Sow Lin dimana MIIE berlangsung. Happy giler abah. Ada banyak booth. Indoor, Outdoor abah pergi. Siap gi kilang IBS dan rumah contoh. Boleh kata semualah abah pergi. Katanya abah kalau gi 2 hari best gak ni. Tapi ini dah last day... Abah penat naik bas. Sampai tak larat nak jalan dah. So aku gi amek kereta dan bagi abah tunggu. Dalam tak larat dok tunggu keta sempat lagi abah melencong ke Galeri IBS pulak. Suka sungguh abah. Tapi kesian abah sebab terlalu penat dengan perjalanan dalam bas. Katanya kalau drive sendiri dia lagi ok. Oh NO... Aku semua K.O.. Balek rumah 2.30 pm dan aku terus masuk office sebab aku ambil half-day je (sayang cuti). Malam baru kami bertolak balek (10.00 pm) ke Pendang sempena cuti Chinese New Year. Ikutkan kami, nak balek pagi Sabtu, so malamnya boleh bawa abah dinner atau pergi rumah Pok Di. Tapi abah nak jugak balek malam. Sanggup dia drive. Memang abah suka perjalanan malam. Terpaksa le ikut...Aku lak demam lah pulak nak balek tu. Naseblah sampai Pendang 4.30 am Sabtu terus sehat. Theheh..
Abah happy dalam penat.