Weekend ni aku hanya berkurung di rumah dek virus demam selsema yang dah menjangkiti aku semula. Rasanya, baru je kena last time after balek dari Jakarta. Kena lagi?? Huhu... 1 office berjangkit dengan aku. Dan sekarang aku dijangkiti semula. Lunch hari Jumaat lalu aku terperasan kerongkong aku dah lain macam. And sangkaan aku betul, malam Sabtu tu aku melepek. So pagi Sabtu lagi aku terus ke Klinik Mesra. Dr tanya aku, "Ada ASMA?", aku jawab "Tak ada". Dr tanya lagi, "Ada alergi? Sinus?". Dan aku jawab, "Adaaa...". So Dr buat kesimpulan, "Ada asma la tuu...". Huhu. Cuma asma aku melalui kulit. Bukannya asma macam korang tengok yang kronik-kronik tu. Ikut sejarah, nenek aku ada, bapak aku pun ada. Huhu... Sebab tu aku mudah dijangkiti. So, aku perlu mencegah. Nak ubat tak boleh. Dr sarankan aku ambil VITAMIN C sehari sebijik. Kalau demam, ambil 2 bijik sehari. Selain pada tu, kalau tekak rasa-rasa nak keringg dsb, cepat-cepat kumur guna air suam + garam. Itu petuanya... Terima kasih Dr!
Hari ni aku datang office, semua sama. Simtom-simton orang saketttt... Dan ahli baru adalah Kak Awie..