Thursday, January 1, 2009

Tour to BaNDuNG-JaKaRTa

Posted by Unknown | 12:18 AM Categories: , ,
Jumaat, 26 Disember 2008. Tepat 11.00 pagi kami berempat; aku, Mas, Nisa & Yuh dah tercegat dalam Kia En. Rahman. Flight 3.40 petang tapi kami dah berangkat ke LCCT. Apa nak buat, terpaksa bertolak awal sebab hari Jumaat... Driver solat Jumaat. Di LCCT kami bertemu Ita dan terus check-in. Perjalanan ke bandung memakan masa selama 2 jam. Kami tiba di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung lebih kurang pukul 6.00 petang. Cuaca agak sejuk dengan hujan yang renyai. Terus kami dapatkan 2 buah teksi dan check-in ke Hotel Cemerlang. Malamnya kami dinner dengan masakan padang di kedai makan hadapan hotel. Selesai dinner kami merayau ke mall berdekatan dengan menaiki teksi. Mas mencari tape untuk handycam. Mall tutup jam 9.00 malam.


Di LCCT. Punya la excited nak ke bandung.
Sampai di Bandung lebih kurang 6.00 petang dengan suhu 25 Darjah Celcius. Hujan renyai.Dinner masakan padang di Rumah Makan Ikasari (depan Hotel Cemerlang).

Sabtu, 27 Disember 2008. Selesai breakfast kami ke Jalan Setiabudi. Di situ terdapat banyak FO yang menjual baju berjenama termasuk baju musim sejuk. Antara FO yang kami kunjungi adalah Rumah Mode, Natural, Family dsb. Ada juga menjual beg, kasut dsb tapi tak begitu menarik. Jam 11.30 pagi kami memulakan perjalanan ke Tangkuban Prahu. Perjalanan mengambil masa selama sejam. Berhenti lunch di Lembang, santapan masakan Sunda. Fuh sedap giler. Sambung perjalanan selama 10 minit menaiki Toyota Innova yang disewa sehari (sehari sewa Rp700.000). Terus dapat tenaga untuk berjalan sejauh 1 km di lereng bukit menuju ke kawasan kawah Domas yang tak aktif. Dalam pukul 4.00 petang kami bertolak pulang ke FO yang ada di Jalan Dago. Di situ pun aku kurang minat, sebab banyak FO yang menjual baju. Matlamat aku adalah beg. Malam selepas berpenat di Jalan Dago baru kami ke Jalan Riau. Di situ barulah matlamat aku tercapai. Namun agak tergesa kerana hari dah malam dan kami dah penat. Setle beli beg kami terus cauw (ikutkan hati nak jalan lagi tapi dah terlalu penat). Dinner di salah satu mall di Bandung. Kemudian balik hotel.


Hari ke-2 di Hotel Cemerlang.
Rumah Mode. Our First FO yang kami serbu.?Nampak sangat lapa. Lepas shoping di Jalan Setiabudi kami otw ke Tangkuban Prahu. Singgah lunch di Rumah Makan Khas Sunda.otw ke Tangkuban Prahu.
Tangkuban Prahu(Kawah Domas). Indahnya ciptaan Tuhan...

Ahad, 28 Disember 2008. Selepas breakfast kami terus ke Stesen Keretapi untuk booking tiket perjalan petang ini. Agak mudah nak dapatkan tiket memandangkan keretapi available every 1 hour. Namun haruslah diingatkan supaya menaiki kelas eksekutif untuk lebih selesa. Harganya tak mahal. Seorang Rp. 40.000. Bersamaan RM 12.00 seorang. Jenis keretapi yang kami naiki adalah Parahyangan. Selepas setle booking tiket kami ke Pasar Baru menaiki teksi. Sampai je Pasar Baru mata kami jadi rambang. Kerana disitulah syurga membeli-belah kami. Ada kain sembahyang, t-shirt muslimah, souvenir (1 paket=Rp 75.000), pakaian lelaki dll. Best berbelanja dan lagi menguntungkan kalau pandai bargain.Tak cukup sehari nak bershopping disini. Kami terpaksa pulang ke hotel untuk check-out dalam pukul 1.00 petang. Setelah check-out kami terus ke Stesen keretapi untuk perjalanan pukul 3.00 petang. Perjalanan dalam keretapi selama 3 jam menyeronokkan aku. Tak tahulah bagi yang lain. Tapi aku suka menyaksikan pemandangan yang cantek sepanjang perjalanan.Sampai ke Jakarta dalam 7.00 petang. Kami mengambil 2 buah teksi BLUE BIRD untuk check-in ke Hotel Ibis Kemayoran. Malamnya dinner masakan Palembang di Jalan Garuda. Balek hotel terus zzzz...


Pasar Baru, Bandung.
Banyaknya beg...
Finally. Jumpa jugakk Kuih Bolen setelah penat mencari di Bandung. Jumpa sewaktu genting nak naik ketapi iaitu di Stesen Kereta Api Bandung. Cehhh..Sah tak pernah naik ketapi! Heheh.Suasana dalam kereta api Parahyagan. Kelas Eksekutif. Ok. Best. Ada makanan. Roti dan air mineral diberi percuma. Lagi pemurah dari KTM (jangan marah yeee KTM).Alahai penatnyeeee...Aku suka naik ketapi!


Isnin, 29 Disember 2008. Last day. Pagi-pagi lagi kami dah bangun. Breakfast di bilik je, sebab hotel di Jakarta agak mahal menjelang HARI LIBUR. Kami terus dapatkan BLUE BIRD untuk ke Mangga Dua. Lebih percayakan teksi bermeter itu dari yang lain. Dari Mangga Dua kami menaiki Angkutan ke Pasar Glodok. Di sanalah tempat tujuan kami untuk memborong CDs. menjelang tengah hari kami balek ke hotel untuk check-out dan terus simpan barang di lobi. Sementara menunggu masa check-in flight, kami ke Tanah Abang. Di Tanah Abang agak menarik juga seperti Pasar Baru. Bezanya harga di Tanah Abang adalah pas (tetap). Dan peniaga di situ akan meletakkan harga yang agak tinggi kepada pelancong. Pukul 4.00 petang kami bertolak ke hotel dan mengambil Jip ke Lapangan Terbang. Kos Jip Rp. 200.000. Flight 8.20 malam telah delay ke 9.30 malam waktu Jakarta dan kami tiba ke LCCT pada jam 12.30 malam.

Hotel Ibis Kemayoran.
Naik "Angkutan" dari Mangga Dua ke Pasar Glodok.
Jakarta. Banyak polis feel save BUT?? Apakah itu CD pirate yang mas dok belek?
Isk, isk... Sokonglah yang ORIGINAL!Tanah Abang. Kebulur nak mampus!T.I.R.E.D Shoping!Bye Jakarta... Nak balek KL! Yeyy!
Sekian. Esok kerja!

Rumusan: Perjalanan yang agak memenatkan. Tak best sangat melainkan bawak Rp berjuta-juta!
Komen: Nak pergi lagi dengan uang yang banyak! Pergi sorang pun ok...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube