Hari ni Ita datang rumah. Last Tuesday aku terbaca di Star iklan LUGGAGE BEG FAIR di Jaya 33, Seksyen 13 Petaling Jaya. Oleh kerana kami semua suku kaum rumah ini akan travel suatu masa nanti, maka kami sepakat untuk bertandang ke Jaya 33 itu... Seisi rumah termasuklah Suri! So after tunggu Suri bangun tidur 11.30 pagi kami pun bertolaklah ke PJ... Sampai je disana mahu shoping sakan kiteog melihatkan harga beg yang sungguh-sungguh berbaloi dengan pengorbanan kiteog bersusah-susah ke Jaya 33. Puas. Dapat beli beg. Yelah, semua beg aku dah derma ke adik-adik di kampung. Kena pulak beg sandang aku yang satu itu terputus talinya. Tinggal beg sandang laptop je yang amatlah tidak sesuai untuk digunakan travel. Makanya aku mencari beg sandang baru. Tapi. Ehehhh... Lain yang dicari lain pula yang dibeli. Beg sandang yang aku suka harganya beratus-ratus. Makanya sudah tentu aku gagal mencapai target sebenar. Jadinya aku gantikan dengan beg travel pelbagai guna. Boleh pegang, tarik, mahupun galas. Tengoklah barang-barang yang aku beli dengan affordable price ini... Jenggg...
Travel beg serbaguna. RM20.00. Polo lagi okay.
Beg ni fungsinya seperti troli. Amat sesuai untuk dibawa shoping. Boleh dibungkus jika tiada isi. RM15.00




