Pagi yang amat sejukk. Tak perlu ada aircond. Apartment ni ada 3 bilik. Ruang rumah yang betul-betul luas. Mama dan abah di master bedroom. Abang Cik dan Adik. Aku-Nisa-Fatin-Wan-Akilah. Tapi aku dan Nisa tidur di hall. Ada tilam extra yang tebal. Sungguhlah sejukkk. Tak perlu aircond. Bangun pagi bergambar dulu. Kemudian mandi dan breakfast. Mama masak. Wan surrender sebab nak basuh tangan pun menggeletar. 9.30 pagi kami turun. Tapi terpaksa naik semula sebab Wira tak boleh nak gerak. Minyak silinder perlu ditukar. Aku-Abang Cik-Mama ke Pekan Brinchang mencari stesen minyak untuk membeli minyak silinder. 10.30 pagi baru mula gerak. Singgah membeli souvenir-bunga-dsb di area Brinchang.
Kemudian perjalanan perlu diteruskan ke Ladang Teh BOH Sungai Palas, our last pit stop sebelum journey to Seberang Takir. Abah target sampai ke Tasik Kenyir sebelum malam. Malangnya, perjalanan ke Ladang Teh BOH Sungai Palas terasa amatlah lama dek kerana kereta yang bersusun banyaknya. Jalan bengkang-bengkok yang amat kecik. Dengan bas dsb. Maka kami stuck agak lama sebelum sampai. Ketepi-reverse-kedepan dsb. Hampir putus harapan.
Akhirnya sampai ke destinasi. Pemandangan; amatlah sungguh cantek+menawan tertawan. Tak sia-sia kami datang. Namun manusia amatlah ramai. Tak sangka aku, ingatkan Wan tak mampu nak daki jalan landai ke kilang Teh BOH tu. Rupa-rupanya sampai jugakkk.. Terus gi shoping ngan mama. Kami; aku-abah-nisa-abang cik-fatin-aiman-akilah singgah panaskan tekak dengan beraneka jenis perasa teh panas dari jenis SONGKET. Selesai panaskan tekak baru ke kedai TEH membeli sebarang sekotak dua TEH dan souvenir dibawa pulang dan melawat kilang Teh BOH.
Kami tak lama kerana mengejar masa. Ditambah berlumba-lumba dengan manusia yang ramai tu nak mendaki kaki bukit pulang dengan kereta (elak jem). Namun, tak sampai separuh perjalanan klash Wira problem. Jam 1.30 petang. Kami terpaksa berhenti. Transfer Wan dan Mama ke Viva, Abang Cik dan Nisa bawa mereka pergi shoping sayur kemudian mencari bengkel. Aku dan Fatin meneman abah di lereng bukit ladang Teh BOH. Hujan renyai dan cuaca amatlah sejuk. Tak sia-sia aku bawa kot dan hawl. Dan juga Fatin. Selain kami ada sebuah Wira yang bermasalah sama seperti kami. Menunggu agak lama, 2.30 petang. Aku roger Abang Cik, katanya masih di pekan Brinchang yang jem. Ada satu workshop. Makanya setelah mendapati kereta dah hilang bau, kami teruskan perjalanan ke workshop. Mujur kami berkonvoi. Abang Cik dan Nisa dah jumpa wokrshop.
Sampai di workshop terpaksa menunggu 2 jam. Itupun diganti dengan klash 2nd-hand. Kalau nak tunngu yang baru 6.00 petang baru sampai. Oh tidakk.. Abah tukar break sekali. Selain kami, ada 3 kereta yang sama masalah; klash. Fuh. Bayangkan betapa mencabarnya keadaan jalan yang jem di Cameron... 4.45 petang siap.
Kami bertolak dalam keadaan yang jem menuju ke Gua Musang dari Cameron Highlands. Keadaan sepanjang jalan hujan renyai dan lebat. Kereta tak banyak selepas Brinchang on the way ke Gua Musang. Akhirnya sampai ke Gua Musang 7.30 petang. Nampaknya target abah dah tersasar dek keadaan yang kami tidak sangkakan. Perjalanan diteruskan ke Felda Aring melalui route ke Kuala Krai/Kota Bharu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Sebelum sampai ke Felda Aring kami akan melalui Felda Ciku. Suasana amatlah gelap dan menyukarkan perjalanan kami. Abah pun tak pernah sampai ke jalan tu waktu malam. Sebaik masuk ke Felda Aring jalan amatlah tidak elok. Kejap ada tar kejap tiada. Gelap gelita melainkan lampu kereta Wira dan Viva. Sekali sekala ada kenderaan lalu-lalang namun tak banyak. Rumah pun tak banyak. Kami melalui guard post kerana kawasan itu sempadan Kelantan-Terengganu. Ada banyak lembu di sepanjang perjalanan dan kenderaan tak boleh laju (tapi apak aku maintainnn laju. Nyehh). Sampai suatu jalan kami berhenti menolong satu kereta yang terperosok atas tanah selut yang tinggi. Akhirnya kami konvoi bertiga. Jalan di Kenyir pun menyeramkan. Kerana jalan itu belum dibuka kepada umum walaupun sudah ada tar dan signboard. Masih tiada lampu. Perjalanan lebih kurang 1 jam sebelum sampai ke Kuala Berang. Jalan di situ banyaklah lopak memandangkan hujan yang tak berhenti. Akibatnya, rim Viva Nisa bengkokkk.
Selepas melalui Kuala Berang kami melalui Manir dan akhirnya sampai ke Seberang Takir pada jam 12.00 tengah malam. Sungguh memenatkann... Sebelum zzz makan bihun goreng Cumah masak yang amat sedap. Tq Cumah. Pahtu zzzz. Esok raya.