Orang lain punya office besar-besaran begitu. Kami punya cinonet aje... Huhu. Nasib baik rumah teres 2 tingkat ni besar, dengan keluasan 2000 sqft. Hall luas giler sehinggakan kami boleh devide hall menjadi 2 parts which are office and living room.
Masa baru berkahwin my hubby masih bekerja sebagai network engineer di Cyberjaya. Bila dapat Adam dia volunteer resign untuk fokus pada business. He started slowly serious in diving business. Makin hari makin bertambah beban kerja. Makin hari makin busy tak kira masa. Jadi kami sepakat untuk buat pejabat dirumah untuk lebih fokus dan lebih serious. Kecil-kecilan dulu begitu... Oleh kerana hall kami besar, setup je kat sini. Lagipun keluarga baru begini bukan banyak barang pon. Dari satu meja dah jadi dua. Dari tak ada rak dah ada dua. Insyallah, slow slow kita kayuh yer abang.
Sejak dah ada anak, cita-citaku nak resign. Theheh. Membayangkan indahnya bekerja dari rumah. Mungkin sebab itu aku ditakdirkan tak ada rezeki menjadi kakitangan kerajaan kot. Tapi, bila bekerja sendiri komitmen perlu tinggi. Jatidiri harus tinggi. Mental dan fizikal harus kuat. Fulltime own business. Kalau tiada pendapatan nak makan apa? Kena ingat tu. Jadi nak tak nak kena rajin. Bukan setakat bermimpi berangan alangkah indah bekerja dirumah. Insyallah. Kami akan kayuh pelan-pelan. Bila maju akan ku ikut jejak encik suami. Aminnn...