Pernah ke terfikir akan hidup dalam keadaan mempunyai musuh ataupun ada orang berniat jahat pada kita?
Dulu aku tak pernah terfikir akan perkara-perkara sebegini. Tapi bila usia kehidupan makin bertambah, makin banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita sebagai hamba Allah tempuh. Dan perkara paling menakutkan adalah bila ada manusia berhati hitam yang dengki atau benci dengan berniat dan membuat onar.
Siapa sangka. Kadang nampak macam jahat tapi hati baik, kadang nampak baik tapi hati hitam lebih hitam dari minyak hitam kereta.
Itu yang datangnya serangan yang kita sendiri tak sedar. Sihir.
Takutnya....
Tapi, takutlah lagi pada Allah yer kawan-kawan.
Ingat, mereka mampu hantarkan kepada kita sihir. Dan Allah juga akan hantar mereka ke neraka. Jangan sesekali mengamalkan sihir mahupun berniat menyihir orang. Kerana hukumnya dosa besar. Syirik.
Bagi kawan-kawan yang menjadi mangsa sihir ataupun merasakan sesuatu seumpamanya, mari kita amalkan ayat ini 3x sebelum tidur dan 3x selepas bangun tidur. Ayat ini saya ambil dari ilmu perubatan islam:
"Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: ""Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya"". Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerusakan.
Selain itu, amalkan ayat Rukyah, banyak membaca Al-Quran dan berzikir. Insyallah, moga kita beroleh manfaat dan dilindungi Allah daripada kerosakan di dunia.
Amin...