ok ini first attempt mama buat donut. Walaupun bentuknya terhapa tapi masih ada rasa. Mudah sangat dapat resepi sana sini. Dalam FB bersepah resepi kek. Mama idok ler sampai nak buat kek lagi kan? Lain la kalau dapat dapur besar bagai. Dapur kita kiut miut aje. Jadi, bersabarlah.
Bahan:
3 cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 biji telur
3 sudu gula halus
2 sudu susu pekat
1/2 sudu garam
3 sudu marjerin (saya guna buttercup)
Resepi:
Ini bukan langkah pertama. Ini selepas dibiarkan 45 minit :)
Langkah 1
Campurkan gula + susu + air suam dan kacau hingga gula larut. Kemudian masukkan sepeket yis. Biarkan sehingga naik buih macam ni. Lagi lama lagi mudah doh nak naik. (I tunggu dalam 1/2 jam)
Dalam masa yang sama kacau telur bersama marjerin cair. (ok step ni I macam tak berapa terrer. tak berapa nak cair marjerin tu may be sebab I guna butter). Kemudian campurkan dengan campuran yis tadi. Pastikan yis tu dah berbuih dahulu.
Langkah 2
Masukkan tepung dan garam ke dalam bekas adunan. Kalau you terer boleh buat kat papan je untuk menguli. Tapi I tak terer. I lagi terer kacau dalam bekas guna senduk.
Campurkan dengan campuran yis tadi dan gaul. Memang agak lembik.
Dah siap gaul, biarkan adunan dalam 45 minit.
Inilah yang berlaku selepas 45 minit...
Langkah 4
Selepas 45 minit, cubit adunan kecil-kecil dan buat donut anda. I tak ada acuan so, I blasah je buat bulat. Kerana ini first time, I rasa bulat I tu agak besar. Boleh dikecilkan lagi next time membentuk bulat 20 sen. Oleh kerana adunan ini sangat lembut + lembik, cuba letakkan minyak kat tangan. I guna minyak zaiton. Masa tak guna tu adunan I sangat tak comel. Dah nak habis baru dapat idea.
Biarkan doh ini 10-15 minit. Dia akan naik lagi.
Ini terjadi selepas 10 minit.
Langkah 5
Goreng dan makan panas-panas. Pergh... sedap! Puas hati walaupun bentuk donut I macam terhapa. Theheh.