Wednesday, January 28, 2015

Saving tips: Economic downturn

Posted by Unknown | 1:32 PM Categories:
Ater, saya bukan la seorang pakar ekonomi. Lagipula saya lulusan Computer Science di universiti. Sekolah pun pure science. Subjek ekonomi jauh sekali la. Pun begitu, saya adalah seorang isteri dan seorang mama merangkap manager isi rumah. Seharusnya, saya ada knowledge dalam ekonomi juga ler. Tak banyak, sedikit pun jadi.

1 April 2015 Malaysia bakal mengimplemenkan GST. Masih ramai lagi yang belum jelas tentang baik buruk perlaksanaan GST. Yang kita nampak peniaga bakal menaikkan harga kerana mereka akan dikenakan cukai yang lebih tinggi. Ekonomi Malaysia dijangka stabil selepas setahun perlaksanaan GST. Kita tunggu dan lihat apa kesannya selepas ini. Nangessss.

Bagi mereka yang rajin dealing with outside countries. Especially urusniaga dengan negara luar. Ini mesti anda aware. Aduhh rugi sikit la. Currency kita asyik drop je sekarang ni. Sakit tau. Macam mana nak bercuti-cuti luar negara begitu? Lagila pula cita-cita mama nak bawak Adam ke USS. Haruslah postpone jika begitu kekdahnya.

So, mulai hari ini kawan-kawan, terpaksalah kita belajar bagaimana untuk menjimatkan wang.

Matlamat saya tahun 2015 adalah untuk berjimat-cermat serta menghapuskan hutang!

Cewah...

Betul la. Orang berkeluarga pasti paham kan. banyak nak pakai duit ni. Harga barang asyik naik je walaupun minyak menurun.

Saya baca dan ambil tips dari few blogs yang menarik perhatian saya dan mampu untuk kita lakukan:

  1. Jauhkan diri anda dari shoping mall jika tiada tujuan. Lepak kat rumah kemas rumah lagi bagus.
  2. Jangan beli kereta baru! Theheh. Saya memang niat nak beli kereta baru tau. Dah 6 tahun pakai. Tinggal setahun lagi nak habis bayar. Huhu.. So, dengan keadaan ekonomi sekarang, saya terpaksa bantutkan hasrat dan maintain kereta.
  3. Jangan buat apa-apa pinjaman! Especially pinjaman peribadi. Huh!
  4. Jangan pakai astro! thehe melampau kau. Boikot ka? Oh saya dah dekat setahun kot cancel astro. Sekarang pakai ABN sebab nak internet laju kat rumah. Furthermore, kita kerja 8 jam sehari. Balik rumah buat kerja rumah bagai dan melayan anak. Internet is much more important than astro. Alhamdulillah saya dah boleh jimat 1k setahun. lagipula saya jenis kaki-wayang-era, so no point having astro at home.
  5. No more Tony Roma bagai. Huhu... Sometimes boleh la nak makan hebat kat luar. Selebihnya makan kat rumah. Rajinkan diri anda memasak. Balik kerja buat nasik goreng. Masak lebih esok pagi boleh bawak bekal. Jimat tu.
  6. Shopping barang perlu sahaja. Pilih kedai. Sekarang saya dah jarang ke Jusco sebab barang dia agak mahal. From my observation... Saya ke Giant beli barang tertentu (Giant murah jugak la. tengok barang). Selebihnya saya ke kedai runcit dekat rumah dan kedai KK Mart.
  7. Jauhkan diri anda dari warehouse sale, jualan mega dsb. Tapi kalau ada jual baju anak murah murah selonggok, pampers bagai, boleh la join. Bukannya warehouse sale handbag ka, perfurm ka, kasut ka... Itu menambah belanja namanya.
  8. Guna watsup lebih! So tak perlu tolak kredit sms, phone bagai. Boleh jimat bil phone. 
  9. Bayar lebih bil phone, rumah, bulanan kereta. Contohnya bulanan kereta rm565, bayar la rm600. So masa terdesak takdela desperate sangat.
  10. Elakkan berhutang kad kredit. Haa, ini masalah besar juga untuk saya ni. Dan inilah matlamat saya untuk tahun ini. Saya nak selesaikan hutang kad kredit dan cancel terus! 
  11. Jangan layan offer daripada mana-mana orang yang call kita. Dia akan kata dari hotel la, insurans la, especially bank. Hanya menambahkan komitmen bulanan kita aje. Penipu!
  12. Cuba sedaya upaya untuk banyakkan cash bulanan anda! Untuk orang kebiasaan seperti kita, mesti duit gaji bulan-bulan lesap sekelip mata melalui transfer sana sini. So sekarang, cuba study komitmen yang ada, reduce to important only dan increase cash. Daripada situ kita boleh elak kredit.
Yes, ini nasihat untuk diri sendiri terlebih. Saya akan cuba membantu keluarga dengan cara penjimatan. Suka berjalan sana sini kan? Haa.. Lagila I kene pandai berjimat jika begitu. 
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube