Sunday, March 29, 2015

Pengat pisang untuk dia

Posted by Unknown | 9:42 AM Categories:
Hahahah. Kau kenapa Illiana? Semua untuk dia. 

OK ini santai-santai makan petang. Suami I kuat kerja. Kadar keaktifan bekerja akan meningkat menjelang weekend. Its his field of business. Kau protes bagai buang masa je kan. Baik support dia. Buatla sesuatu menghiburkan dia.... Terus terharu kan? Mahu tak since jadi mak mak ni macam-macam resepi I belajar. Best juga....

Ok ini resepi pun daripada masterji blog I, Mat Gebu. Modify ikut kesesuaian. Bila buat pengat pisang ni baru saya kenal biji sagu. Selama ni tahu makan je mama masak. Begitu rupanya biji sagu kat kedai...
Bahan:
  • 2 biji pisang tanduk 
  • 2 helai daun pandan disimpul 
  • 2 1/2 camca besar biji sagu rumbia cuci dan toskan 
  • 500 ml air 
  • 500 ml santan 
  • Secubit garam 
  • 1 ketul gula melaka dipotong kecil 
  • 1/3 cawan gula pasir *(*dimasak hingga larut dan tapis) 
Kaedah:
  1. Pisang tanduk dipotong sederhana tebal. Ketepikan. 
  2. Dalam periuk, satukan air gula, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih, tambah biji sagu rumbia. Masukkan secubit garam. Biar mendidih. 
  3. Bila biji sagu kelihatan jernih, masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan dan rasa. Biar mendidih sekejap hingga pisang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube