Tomyam ini dibuat khas kerana jeles pada Fatin yang dapat merasa tomyam mama masak masa dia balik bercuti minggu pertama puasa. Jadi aku balas dendam dan meminta resepi dari mama untuk diujikaji.
Bahan:
1 paket perencah tomyam adabi
2 kiub tomyam knor
Daun limau purut
2 ketul limau nipis
2 ketul bawang besar (seeloknya bawang holand) dimayang dan dipotong dadu
Ayam/daging/udang/apa-apa je yang perut kamu suka
Bunga kobis/carrot/tomato dsb
Garam
Kaedah:
1) Tumis bawang besar sehingga naik bau
2) Masukkan ayam/daging apa-apa je favorite kamu
3) Masukkan perencah tomyam adabi
4) Masukkan carrot dan kemudian air agak-agak penuh periuk
5) Masukkan 2 kiub tomyam knor dan garam
6) Agak-agak dekat nak masak masukkan bunga kobis kemudian baru tomato
7) Dah nak masak baru masukkan jus perahan limau nipis dan daun limau purut.
Sekian dan selama bereksperimen!