Monday, February 11, 2008

BeNDi oH BeNDi...

Posted by Unknown | 10:08 PM Categories: , ,

Ehem... Dah lama peram nak upload dalam blog ni. :D Orang balek kampung jalan-jalan, melawat sedara-mara. Aku pula lain ceritanya. Balek kampung dengan mission projek Bendi Abang Cik. Wah-wah... Seronok aku tengok kebun bendi Abang Cik yang segar-bugar dan ranum di tengah-tengah kebun getah dan di tepi sawah padi. Terasa nikmatnya. Berbalas segala keringat dan penat lelah yang dikorbankan sebelum ini untuk menjayakan tanaman bendi ni. Akhirnya pada cuti sempena Tahun Baru Cina ini, kehadiran aku buat pertama kalinya ke kampung pada tahun 2008 ini dengan tidak sengajanya telah merasmikan jualan pertama bendi. Theheh... Kali pertama kami pungut tak banyak, dalam 3 kilo aja. The next day bertambah 8 kilo lebih. InsyaAllah, hopefully the next and the next day hasilnya akan bertambah lumayan... Bila dibuat kira-kira, memanglah 1, 2 bulan ini belumlah balik modalnya... Biasalah, kerja-kerja yang menggunakan keringat ni, awal-awal seksalah sikit. Tapi aku berbangga dengan adik aku. Tak seperti anak muda-anak muda lain yang suka berpeleseran. Walaupun kurang berjaya dalam pelajaran, namun dia mampu untuk mencari rezeki dengan keringat dan kepandaiannya dalam bidang pertanian. Dan sekurang-kurangnya adik teruna aku yang sorang ni berjaya jua melanjutkan pelajaran sehingga STPM. Hm, memang aku berbangga ni. Aku doakan Abang Cik berjaya dalam kerjayanya. Amin...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube