Saturday, August 23, 2014

Couscous

Posted by Unknown | 9:39 PM Categories:
Apa itu couscous?

Setahu aku, couscous ni bukan makanan orang Melayu kite. Biasanya served for Africans dan Timur Tengah. Ia adik beradik pasta. Sebab tu orang kita tak makan. Daripada pembacaan aku, ramai ibu-ibu dalam group FB katakan ia lebih kurang macam makanan burung. Heee... Couscous juga disebut sebagai bulgur. Ini hasil pembacaanlah. Dan ia dihasilkan daripada suji.

Aku mula meminati untuk memasak couscous kerana kekdah penyediaanya yang mudah dan cepat. From my observations, couscous lebih afdal kalau dikukus. Tapi I masak couscous bersama dengan bahan-bahan lain. Tunggu 5-10 minit je untuk siap masak. Boleh sangat kalau nak gantikan beras dengan couscous. Rasanya pun sedap. Ada rasa la compare dengan beras.

Sejak guna couscous, saya dah tak beli lagi bubur segera. Kalau dulu, tak sempat masak saya bagi bubur segera je kat Adam. Sekarang xde dah.

Lagilah couscous ni mudah dicerna dan lebih berkhasiat daripada bagi bubur segera...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube