Monday, August 4, 2014

Al-Fatihah untuk Aniza Meor Sleman...

Posted by Unknown | 9:44 PM Categories:
"Adam, auntie comel dah takde...."

Tiada ungkapan lain yang aku boleh ucapkan pada Adam bila mendengar berita kematiannya. Sungguh. Tidak disangka, orang yang pernah menjadi close friend mama, orang yang sentiasa mama gaduh then baik then gaduh lagi. Orang yang tak pernah hilang dengan gelak tawa dan potpetpotpet sudah tiada... Penyeri sebagai rakan. Role model sebagai usahawan Melayu muda yang berjaya... Hilangmu amat terkesan sis.

Mama takkan lupa. 10 years been knowing her. Lots of things shared together... Aku dan kak ju bawak moto honda, dia bawak kancil. Since kami bekerja bersama. Berjiran bersama. Masa baik, dia demam aku sanggup buatkan sup dan hantar ke rumah. Masa gaduh tengok muka dia pun tak mahu. Hilangmu amat terkesan sis...

Dialah rakan yang mengajar mama kerja-kerja freelance. dan dari situ juga mama belajar dapatkan pendapatan tambahan. She's inspired people. Hilangmu amat terkesan sis...

Mama tak sempat bermaaf-maafan dengan auntie comel...

Mama harap auntie comel maafkan segala kekhilafan mama, dan mama juga telah memaafkan segala salah silap auntie comel... Insyallah till mee u again in Jannah

Love u as one of my best friend. We will miss u a lot, sis... 

Al-Fatihah.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube