Thursday, March 31, 2011

I've got Fever. Howeverrrr

Posted by Unknown | 12:48 PM Categories:
Tetap maintain pergi kelas ngaja on Saturday dan make up artis on Sunday. Gagah aku gagah eh. Cantek tak aku make up Peyuh setelah sekian lama tak make up? Theheh. Lite lite je sebab Yuh kata konsep kali ni natural beauty. Beauty kan? Fotoshot kali ni di Tasik Pullman, nearby swimming pool yang kami biasa lepak. 



Tuesday, March 22, 2011

TQ Cik Paten

Posted by Unknown | 6:27 PM Categories:
Busy ah sampai tak sempat post entry hepi bday for myself. Anyway, tq Cik Paten for your bday wish post: http://fatinazizan.blogspot.com/2011/03/some-like-sunday-some-like-monday-but-i.html. 
Cantek hang letak muka along ye, walaupun itu muka usia 29. Bagus bagus kenang jasa kakak. Inilah contoh adek yang baik... Amalkan selalu. Nanti along beranak tolong balas jasa lagi. ai suke ai suke.


Hadiah hari jadi Ohh

Posted by Unknown | 12:29 AM Categories: ,
TQ so much la MekNgoh kerana telah bermurah hati menyumbangkan sepenuh wang dan tenaga kerja untuk menghadiahkan aku hadiah terhebat sempena hari jadi aku tahun ini. Oh sungguh bermakna oh bersama-sama angka hari jadi. Makaseh la banyak banyak eh. Walaupun hang punya hadiah ni belum berfungsi sepenuhnya lagi, aku dah tak sabaq sabaq nak postkan juga dalam entry termahal aku ini.. Gatal sudah tangan nak mengklik POST. Walau mesin tak jalan lagi tapi aku tetap hepi nak mandi oh. Rasa panas je kekdahnye. Hang tak caya? Ce cuba ce cuba. Hakikat sebenaqnya, aku resepek hang gigih gi survey barang, gigih buat wiring Sabtu suntuk + hari ni.. walopun dinding rumah tebal macam lemak aku yang degil ini. Oh respek oh respek... Makaceh eh.

Wah best ai nanti boleh mandi air panas pagi pagi tak perlu jerang air dah... Ce tengok aku dah letak sabun dah atas tue..
Comey kan Mek Ngah buat wiring. Ha ni aku bagi cadangan, buat gadis-gadis yang nak mencari wanita wiring, silalah hubungi saya. Kot la korang segan panggil wireman lelaki... Boleh dipaskan kepada:
Nisa a.k.a K-Own a.k.a (Mek Ngoh aku saja + kembaq boleh panggil)
Tetiba semangat basuh baju malam malam. Ada kaitan??

Sunday, March 13, 2011

Once upon a time they are small...

Posted by Unknown | 2:40 PM Categories:

Melihatkan dua orang adek aku especially Eman masa kecik, rasa macam nak 'pause'kan saja usia budak-budak tu. Empat tahun lalu masa tengok gambar atas ni, ingatkan budak-budak ni dah cukup besar. Tapi Bila tengok sekarang, bertambah besar saiz dan tahap matured adik-adik aku yang kecik ini. Ingat masa mereka baby. eeee geram. Ce tengok ce tengok gambaq bawah. Terbukti kebesaran mereka maken bertambah kan. Especially saiz misi Paten. Hm, sorang dah nak jadik misi. Sorang lagi bercita-cita nak jadi tentera. Kak Long doakan kejayaan kamu semua walau apa bidang kamu ceburi as long as ianya ke jalan kebaikan...

Sunday, March 6, 2011

Khamis 9.30 pm. Parking sesuka hati menunggu abah-mama-adek. Paling dekat paling bagus.
Jumaat 7.00 pm. Abang Cik dah selamat sampai... Keluarga kami dan Pokdi @KLIA.
Abang Cik yang putih vs aku yang cacat vs budak kecik yang sibok nak masuk jugak.
Sesi belek souvenir. Penin mama tolong atur untuk abang cik.
Kasut untuk abah bawak ke sawah. Theheh.
Sempat pergi swiming @ Pullman walaupun hujan renyai.
Ahad hari jalan-jalan shoping @ Loyat/ Pasar Road. Owh budak ini dapat camera dari Jepun. Jadi dia mencari memory card utk cameranya. holoh.
 + makan-makan @ Kerinchi.
Makan lagi.
Ahad 9.00 pm. Selamat pulang abah-mama-adek-abang cik-to Pendang.

Thursday, March 3, 2011

Welcome Home Abang Cik!

Posted by Unknown | 10:28 PM Categories:

Abang Cik balek sudah... Cerita lanjut di sini: Mek Paten. Oh penat oh. Mama abah dan Aiman sampai Khamis malam Jumaat. Abang Cik tiba KLIA Jumaat 6.30 pm dari Narita Airport. Tak lama mereka lepak sini. Ahad dah balek Pendang. Jumaat aku cuti, Sabtu kelas, tinggal Ahad je hari berjalan. Tu pun bukan jalan sangat. Pergi Loyat cari barang-barang abang Cik dan Mek Faten, kemudian ke Pasar Road. Maklum la, Abang Cik bawak balek device dari Jepun, takut power not compatible dengan Malaysia. Have too mencari apa-apa yang sesuaii. Especially Faten, dapat hadiah istimewa dari Jepun. Wauw. Tahniah buat Abang Cik dan rakan-rakan akhirnya berjaya tamatkan misi mereka dengan jayanya... Dan tak lupa terima kasih buat  Faranaz yang membuka peluang buat Abang Cik. Harapan kita, Abang Cik dan rakan-rakan mempergunakan ilmu dan pengalaman di sana sebaik mungkin untuk masa hadapan mereka di bidang pertanian! 

Wednesday, February 16, 2011

Broga Hills vs Sg. Tekala Waterfall

Posted by Unknown | 4:43 PM Categories: , ,
Tuesday, 15 February 2011M/1432H. 3.15 am. Jam loceng RM2.30 made by IKEA dan HP Sony Ericson C905 mencicit-cicit menjerit suruh bangun. Owh paginya... Harus bangun awal membanting bahu sediakan makanan untuk dibawa trip hari Maulidur Rasul tahun ini. Bakal merayakan di Broga Hill. Pasrahhh...

4.00 am siap untuk berlepas. Destinasi adalah Balai Polis Kajang. Tempat bertemu Dayah a.k.a Mrs Yayang dan rakan-rakan. 5.00 am baru bertolak ke Broga Hill. Perjalanan tak jauh. 1/2 hour dah sampai. Landmark senang je. Dari Kajang heading to Semenyih then nampak signboard Broga Hill / Nottingham University belok kiri. Sampailah ke Broga Hill. Dekat dengan Nottingham University. Park di ladang kelapa sawit milik nyonya Cina. Charge parking RM2/entry. By the time kami tiba, banyak kereta dah tersadai. Confirm manusia ramai ni, cuti-cuti Malaysia kan... 

Broga Hill 's view in the dawn. Peaceful is yours.

Harus sediakan torchlight sebab journey dari car park ke puncak bermula right after kami park the car. Bermula dengan perjalanan mengharung ladang kelapa sawit sikit, kemudian hutan sikit, akhirnya kami sampai ke puncak setelah harus mendaki bukit yang berkeadaan geografi 85 degree kurasakan. Total perjalanan 1 1/2 jam + terpaksa beratur dek manusia meramai. Tak berapa gemar manusia meramai... Apapun, enjoy the beautiful view of sun shine.

@Puncak Broga Hill.
Manusia meramai vs a beautiful view.
 Memperkenalkan our new housemate, Cik Dayah the steady girl.Harus kau dia steady. All the way senyap tup tup sampai dengan jayanya atas puncak. Nak compare dengan akuu dramaquenn owh pasrahh..
Dan ini pemastautin tetap. Happy gaban atas sana. Pose macam-macam. Kau beri saja lensa camera, tahulah dia.
Ini pula tokey rumah the dramaquenn (malu-malu) nak capture lompat yang tak jadi.
Ahli wanita.
Kami lagi.
Yang ini Mrs and Mr Yayang a.k.a the organiser. Baru je panjat Broga Hill Chinese New Year tempoh hari. Dek kerana kawan, sanggup naik lagi. Mrs Yayang cukup hiperaktif. Just imagine their child in the future. Theheh.

Owh dah selesai mengfeel alam + fotoshot segala, 10.00 am kami turun. Manusia meramai so tak best nak stay lama-lama. Next trip to Sg. Tekala. Harus mandikan badan yang busuk dan comot ini. Sampai Sg. Tekala pun sama. Manusia meramai. Menci-menci. Dapatlah a little space to make our port. Apalaga, makan time! Makan bihun yang digoreng Masterchef a.k.a Yuh + ayam goreng Mrs Yayang + makanan-makanan lain yang dibawa. Owh included sandwich Dayah yang dah kami makan a bit at Broga Hill. Kalau dah waterfal, apalaga aktiviti... Makan-makan mandi-mandi makan-makan mandi-mandi. peuwhhh... Penat. 

Makan time!
2 orang budak namo mandi.
Yang ini memang suka mandi. Especially that pink.

Balek 3.15 pm dan sampai 4.00 pm. Aku, Dayah terzzz dalam kereta membiarkan Yuh drive in alone. Ohohoh bestnya trip walau hari ini badan sengal.

Wednesday, February 9, 2011

Empangan Beris (Sik) -Tanjung Dawai (Yan)

Posted by Unknown | 6:31 PM Categories: ,

Dek kerana tiada aktiviti sangatlah, kami sekeluarga meluangkan masa berkonvoi trip ke Empangan Beris-Salak Denai Chalet-Tanjung Dawai. Tujuan; membuat survey a.k.a jalan-jalan. Abah dengan sportingnya cancel kerja menabur baja di sawah dan mensuggest kami pergi ke Empangan Beris, melawat ladang anggur di situ. Jangan terkejut, Sik ada ladang anggur walaupun bukannya kawasan tanah tinggi macam Cameron. Hebat kan.

Wah gitu.
Amboih la model angguikk ni sorang
3 beradik neh
Love u mama and abah!

Disamping ladang anggur itu, kami pun terjumpa spot baru untuk riadah bersama keluarga mahupun untuk aktiviti kem pelajar/staff. Oklah. Nice place. best juga kalau nak sewa chalet sini selama semalam. Jauh dari hiruk piruk kotaraya. Kita camping sini, buat barbeku, kayak, swiming.. Semua ada. Ada di chalet-chalet di kawasan Empangan Beris ini. Tempat ini baru lagi dibangunkan rasanya. Tak silap akulah. Jalan raya besar, so easy kalau korang nak reach sini. Keluar tol gurun dari plus highway, heading to Sik. Sampailah ko...

Empangan Beris
Salak Denai
Lunch @ Tanjung Dawai

After Empangan Beris, kami heading to Kuala Muda, Yan. Tempat kami tuju ini actually kami plan to stay1 night. Unfortunately fully book... Oleh kerana tak jauh perjalanan dari Pendang, so kami pun pergilah saja-saja survey kawasan. Bak kata Pak Chot best stay 1 night di Salak Denai. Chalet accomodate with 1 swiming pool. Ada 3 chalet je sini. Design ala-ala rumah kampung orang utara. Bagi aku nampak semak, tapi untuk kita mencuba experience living in konsep rumah batu kampung utara, boleh mencuba... Yang bestnya ada swiming pool yang dalam yang mana sumber air dari air terjun. Mahu tak masyuk kau.. Boleh barbeku. Kalau bosan stay dalam chalet or mandi kolam, ko bawak adik-adik jalan 2,3 batu sampailah air terjun; Batu Hampar OR Titi Hayun. And in the evening, kalau rasa nak makan seafood ke, lepak tepi pantai ke, kau drive bawa adik-adik ke Tanjung Dawai. Tak jauh pun. In the area. Oklah. Nice place to have a vacation with your family. 

Sayangnya tak dapat merasa this trip.. Takpelah. Next holiday trip boleh singgah ke tempat-tempat ini lagi. Lagi best kalau family Pokdi, Acik, and others can join.

Tuesday, February 8, 2011

8-Days in Pendang

Posted by Unknown | 6:31 PM Categories:
Wah heaven! Balek kampung bukan selalu. Sekali balek mestilah lama-lamaan gitu. Cadangnya harus balek Serdang Jumaat. Becoz Saturday is my class. Howeverrrr... Terpaksa ditangguh sudahnya balek Ahad 4.30 pagi. Naseb baik tak balek Sabtu petang. Kalau idak mahu tersekat-sekat terstress-stress tak tentu pasal di highway dek jem menyangkut. Moralnya, ikut cakap cekgu Azizan a.k.a pakar segala bidang. Mudah-mudahan...

Lepak-lepak makan-makan..
Masak-masak..
 
Makan-makan...
Buat caramel...

Trip kali ini tak ke mana. Melepak saja di rumah. Masak-masak makan-makan. Lepas tu ulang-alik Pendang-Aloq Staq. Itulah kerjanya. But suddenly... (sambung next entry)

Tuesday, February 1, 2011

Dunia manusia JAHAT!

Posted by Unknown | 4:33 PM Categories: ,
~Ini tak suka check email masa cuti ni~ 

Aku tak faham. Kenapa aku hidup di dunia yang penuh dengan manusia tak baik. Ye, aku tak pasti perasaan korang bagaimana. Tapi yang pasti, dada aku sesak melayan ramainya manusia yang tak baik! Hati busuk. Penuh prasangka busuk. Hati sebusuk bangkai. Hobi bagi fitnah, memburukkan orang. Aku tak faham. Bukan aku nak kata aku ni baik. Tapi mengikut penilaian, aku adalah manusia kategori hati baik. Kenapa? Kerana di belakang, depan, kiri dan kanan aku cukup ramai yang jahat. 

Hari ini membaca email dari seseorang yang cukup membuatkan hati aku panas. Tak perlu mention di diari kerana nanti tersalah cakap, terus nak terasa. Aku tak faham, kerana niat menegur orang, langsung aku dikondem. Kenapa? Adakah manusia hanya perlu terima pujian instead of kritikan? Aku belum lagi kritik, tegur saja kau dah melenting kepoh sana sini. Ok fine if you nak refer orang atas. Kau fikir aku kesah?? 

Kenapa kita orang Melayu suka menjatuhkan kaum sendiri? Kalau aku salah cuba cakap dengan aku. Tak perlu nak dicanangkan pada orang lain. Ini tidak, depan aku senyap, belakang bising and suddenly hantar email tak puas hati. Beginikah manusia? Ya Allah sungguh aku kecewa kau antara yang aku banggakan.

Monday, January 24, 2011

Panas vs. sejuk

Posted by Unknown | 9:25 AM Categories:
Petua dari orang tua. Kalau badan awak panas, silalah bancuh air dengan bahan-bahan ini. InsyaAllah mujarab... 
Gula batu.
 Buah kembang semangkuk.
Campurkan dua bahan itu ke dalam satu jag air, biarkan 3-4 jam atau sehingga buah itu kembang.
Dan sudah boleh minum... Kalau anda malas, sila pergi kedai dan order laici kang. Sama je kekdahnya tu.

Thursday, January 20, 2011

Hai format lagi...

Posted by Unknown | 10:22 PM Categories: ,
Bila baru nak buat kerja, dah kena configure balek lappy ni. Masa ni lah dia nak buat perangai. Masa aku bertukar ke DIGI baru. Ceh. Satu hal lagi dia sikmau boot setup. Terpaksa run dari Windows akhirnya aku terformat D, which is everything on my documents saved inside disappeared suddenly! Hm, terpaksa pinjam gambar ini dari google dek kerana all my pictures collection musnah!!! Waaa!!! Menci menci.

Wednesday, January 19, 2011

2 things to tell u

Posted by Unknown | 1:04 PM Categories: ,
Aku ngaja lagi!!! Ini statement suka ke pasrah?Bertambah suka + gentar bila rezeki aku kali ini subjek Multimedia authoring and programming. Ini subjek favorite aku. Kena pula aku pernah mengajar Director di UPM dulu. Cuma macam biasa, aku kena study balek, polish semula ilmu aku. Iskk best pula ngajar. Aku rasa macam nak mencuba apply for lecturer full time lah. Ops boss jangan marahh.. Huhu. Saya buat kerja part-time tak pe kan boss. Selain mengasah otak aku yang makin berkarat ni, boleh juga menambah pendapatan aku yang sekangkang kucing je ni. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah beri.

We've got new house-mate!!! Alhamdulillah... Sekian mencari, akhirnya ada juga yang sudi dengan ikhlas nak berteduh di teratak buruk aku ini... Huhu (maaf wajah housemate baru masih belum boleh dipertonton). Dapat le juga menampung angin pelampung yang kurang cukup tu... Namanya Dayah, Miri mari. Orangnya sweet-sweet so-so. Kalau nak dibanding dengan aku dan Peyuh ini, dah tentu berpangkat adik sebab dia baru je masuk kerja di JKR. Apapun, harapan aku kami serumah dapat hidup baik-baik. Namo gado-gado sebab aku tak suka gado-gado. Majuk bole (melampau kan). 


ps* Dengan pertanyaan: Cik Akma, bila nak datang rumah? Saya tak marah awak, majuk je ada. Tunggu awak pujuk tak kunjung tiba. Kot-kot la nak datang ziarah bawa cendol sebungkus ke...

Tuesday, January 18, 2011

Saya beralih ke DIGI Broadband!

Posted by Unknown | 8:58 PM Categories:
Yeyh. Saya sudah beralih arah. Membatalkan Celcom broadband pada 15 Januari lalu dan mendaftar Digi pada hari ini. Pelan RM38/month yang mana 3MB pada 7am-7pm. Katanya tak boleh guna malam sebab speed 128kb saja. Tapi sekarang aku sedang testing, boleh je main sudoku, check email dan baca blog-blog orang. Download tak boleh. Ok la setakat ni sebab aku jarang guna broadband malam-malam. Cuma guna masa nak cari bahan kerja. FB pun jarang-jarang (tidur lagi enakk). Orang kata DIGI elok kat bandar sajork. Balek kampung hampas. Oklah tu dengan RM38... Lets see how. Seems no contract. If ok then can upgrade to RM68, which 3MB speed for 24 hours. Or if not ok just terminate it.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube