Wednesday, April 28, 2010

MaMa @FB

Posted by Unknown | 9:25 PM Categories:
Pengumuman. Mama kami online di FB sudah. Theheh... Sungguh, mamaku tak pandai menyentuh kursor. Tak hebat menaip dengan laju. Langkah amatlah perlahan. Hanya mulutnya yang laju. 


Hahahah... Actually FB untuk mama dibuat khas untuk mama tengok FB Abang Cik. Tapi kesian pula menengok mama ke CC dek nak buka FB. Macam mana nak buat ek? streamyx yang ada dah dicancelkan. Kami dah tak guna phone line... Semuanya guna hp saja. Dek kerana kes curi phone line. Celcom broadband sudah dicuba. Line belum memuaskan hati. Yang belum test Digi dan Maxis broadband. P1Wimax rasanya belum ada line juga.  Tapi kan, rasa-rasa aku lah, mahu mama pujuk abah pasang balek streamyx itu. Hahahah... Kerana mama sudah glamer @FB.

Monday, April 26, 2010

HiNGuS MeLeLeH...

Posted by Unknown | 11:58 PM Categories:
Macam mana nak buat ni. Story banyak nak mory. Bebel pun banyak nak bebel. Laptop baru lepas format lagi. Kali ke 101 mungkin. Kali ni kerana modem baru yang banyak ragam tak mahu connect. Sekarang laptop sudah sehat segala. Online ok sudah. Yang tak ok tuan punya laptop dan modem. Kerana hingusnya asyik melelehh... Siapa sayang aku sila tolong lapkan. Gegege. Owh matanya kuyu sudah sembap pun sudah. Dia mahu tidur sudah. Ilustrator, island searching segalanya tergendala. Salahkan hingus yang meleley...

Friday, April 23, 2010

aKtiViti LUaR 13-15+18-20 Apr 2010

Posted by Unknown | 12:43 AM Categories:
Macam biasa every year InsyaAllah… Kami organize kursus bersama Kim. Kali ni atas persetujuan bersama buat di Seri Pacific Kuala Lumpur. Tertekan lah aku… Susah benar nak memuaskan hati semua pihak. Bermula dari bos, mates, client, bla and bla and bla. Terkadang rasa macam nak lari dari keadaan yang tak selesa ini. Gi cari kerja kat Pulau. Berenang, diving borak dengan ikan saja. Terkadang ikut rasa geram dihati tu nak je ambik salortape zappsss setiap mulut yang ada, ikat tangan jangan bagi gerak lepas tu pakai pembesar suara letak dekat-dekat setiap telinga dan aku nak pekikkk bagi puas hati aku. Baru kau rasa gelora hati aku yang memberontak dengan kehendak kau orang semua. Tak boleh ke kamu semua menjadi seorang yang menerima sebaiknya tanpa sebarang kompromi?? Kau ingat kau hebat sangat komplen sana sini? Caitt human. Always.


Anyway, enjoy the pics... Kredit untuk En. Hazim kerana semua gambar-gambar di sini adalah dari camera beliau. Camera Erna masih belum diupload kerana tuan empunya sekarang berada di Sabah. 


Cantik dak baju aku pakai ni?(minus komen gemukk) Hadiah bday from my officemates... Thanks gal.
Masuk 100 kali kursus pun belum tentu aku faham...
Baru kali ni dapat gambar sama-sama sekretariat CREAM. Hoho.
Gambar meramai. 

Thursday, April 15, 2010

MiSS MY BEd...

Posted by Unknown | 9:55 PM Categories:
Yeyyy malam ni boley zzzz on my bed... I laikeee...Yahuuu...

Friday, April 9, 2010

CaNTiK TaK DeSKToP SiDEBaR AI?

Posted by Unknown | 7:30 AM Categories:
Namanya google desktop gadget. Mesti korang dah tahu cara nak gunakan? Ala-ala yahoo widgeo dulu gitu... Aku baru nak tahu sementelah menggodek PC Prof tadi. Memang. Memang Prof lebih advance. 

Wednesday, April 7, 2010

SaYoNaRa aBaNG CiK... c u NEXT YEAR

Posted by Unknown | 11:16 AM Categories:
Sila abaikan tarikh pada gambar. Abang Cik telah terpilih daripada 20 orang satu Malaysia untuk disenaraikan dalam 7 orang yang mewakili Malaysia untuk Kursus Belia Tani usahasama antara kerajaan Malaysia dan Jepun bagi tahun 2010. Januari lalu Abang Cik mendaftar masuk ke IPP yang letaknya dalam UPM ini dan selepas 2 minggu saringan, Alhamdulillah Abang Cik terpilih. Terima kasih untuk Farah yang telah membuka peluang ini pada Abang Cik. Orang lain download borang sendiri. Abang Cik pula, Farah siap tolong printkan. Hang tak bawak souvenir dari Jepun kat Kak Farah siapla hang Cik...
Mama abah gembira betul. Semangat sampaikan nak follow abang cik dari IPP. Sabtu-Tuesday aku agak kepenatan ke sana kemari. Setlekan hal-hal yang tercicir dan sebagainya. Maklumla, harapkan aku yang belajar tinggi saja ni nak ke OC jauh berjenak, nan adooo. Rezeki Abang Cik juga. Alhamdulillah. Terima kasih untuk kerajaan kita kerana sentiasa memberi peluang dan sokongan kepada rakyatnya... So muda-mudi sekalian, kalau anda belajar kurang cemerlang, jangan sangka tiada peluang untuk anda. Sebaliknya carilah peluang itu... Opportunity ada di mana-mana. Sementara masih muda, grab opportunity, timba pengalaman untuk dibawa ke hari tua.
Sampai kaunter check-in, beg abang cik terlebey saiz. Ya, salahkan kakak-kakak yang menshoping sakan @ Bandung. Kami borong beg sebesar alam yang muat manusia dewasa. Berani abang cik nak tolak?? Sudahnya beg itu dibawa ke kaunter beg terlebih saiz untuk di scan.
Katanya Pokdi perjalanan ke Tokyo mengambil masa 6 jam. Pergh economi class + 6 jam. Japan Airlines. Mahu sengal badan ehh? Mujur kerajaan nak support jugak. Keluar duit sendiri? Sampai Batu Pahat je la aku...
Ini senior abang cik. Dah 2 tahun dia di sana. Dapat offer sambung lagi tapi tuan punya badan tak mahu sudah. Nak kahwen... He is a nice person. Suka bercerita dan kami seronok mendengar walau dalam keletihan dan cikit kesedihan.
Kami mengikut nak tengok abang cik sehingga kami terjumpa anjung tinjau. Boleh tengok abang cik walaupun dia dah check-in for departure. Theheh... Mesti tak ramai orang tahu sebabnya keluarga kami je yang lalu anjung tinjau situ. Kami intai abang cik dari atas. Abang Cik naik Aerotrain untuk penerbangan antarabangsa pintu C2. Sayonara Cik... Jumpa Februari next year InsyaAllah. Do the best and ganbatte!

Tuesday, April 6, 2010

RM1=35.70 JaPaNeSe YeN?

Posted by Unknown | 10:24 AM Categories: ,
Ini rate tukar @ The Mines. Jakon kan... Kami la jakon. Aku jakon. Maklum la, standard aku takat negara jiran sebelah saja... Tak sampai la fly fly far away... Sampai terkejut sakan kami, tinggi lagi currency Malaysia to Japan? Kau jangan cerca aku. Memang aku kampung, tak menahu bab currency ini. Yang aku terer RM, IDR, SGD. GBP boleh la tahan dek kerana udah bisa berdeal dengan speaker sana. Yen ini baru dek tahu sementelah tolong tukarkan untuk Abang Cik.

Sunday, March 28, 2010

illianaazizan.webbook.my

Posted by Unknown | 10:16 PM Categories:
Terima kasih cikgu, buatkan domain name masing-masing. Boleh la guna website iniuntuk setahun. Jangan jeles ye korang, dengan RM150 untuk yuran pendaftaran kursus ini, aku dah ada sebuah website selain daripada blog kesayangan ini... http://illianaazizan.webbook.my/. Website ini masih dalam konfigurasi dan memakan masa yang agak panjang untuk diupdate memandangkan sekarang list of to-do-list aku melambakkk yang sangat melambak uoll... I tak tipu.

kuRSuS JooMLa 27-28 Mac @ FTSM, UKM

Posted by Unknown | 9:47 PM Categories: ,
7 hari seminggu bekerja untuk minggu ni. Dah ler kena betul-betul masa sesak dengan kerja-kerja yang berlonggok menyerabutkan. Anyway, naseb la kursus anjuran Mastura dapat menghappykan hati yang meluka lara ini... Actually fakulti Mas, FTSM UKM telah menganjurkan satu siri kursus ICT, termasuk Adobe, Dreamweaver, CSS, PHP dan Joomla. Ikutkan hati mahu aku ikut semua kursus website. Sayangnya aku  kursus ini parallel... So terpaksa pilih 1 dari semua. Dalam banyak-banyak dicadangkan Mas adalah Joomla. Ita pun guna Joomla. Basic html sudah tentu aku ada. Aku nak sangat belajar PHP. Kebetulan Joomla design open source, PHP mari gitu. So ambil joomla. Joomla come from Mambo, aku pernah tengok member guna mambo. So can see the picture la how Joomla looks like. Fasilitator kami Cikgu Jawahir. Ramai juga yang join kursus ni. Aku ingat aku paling tua, rupanya ramai yang kerja gomen dan private join kursus ni. Dari pangkat bawah hingga atas. Ada juga student postgraduate. Oleh kerana yang attend ni semua macam ala-ala haibat belaka, so Cikgu mengajar pun macam express subway. Jenuh juga aku nak mengkechup. Hari kedua pula diberinya kami projek mendesign web masing-masing. Tapi guna up punya version dari yang belajar semalam. Memang otak aku keletihan yang tahap saikooo... Aku semangat sebenarnya... Nak upgrade web office. Dah tahu macam mana nak masukkan kalendar dan forum seperti Prof minta. Senang je guna Joomla. Semua template diberi free. Ada add-on extension. Cuma perlukan masa. Dan untuk office, aku terpaksa check dengan server fakulti on configuration. Memang senang dan nampak senang. Cuma certain part when comes to configuration, back-end setting yang agak memerlukan space otak lebih sikit.So.. InsyaAllah lepas ni tengoklah hasilnya... Thanks to Mas for this opportunity. Dan jangan lupa jemput aku kalau ada kursus macam ni lagi ye.

Wednesday, March 24, 2010

MTEST atau JooMLa?

Posted by Unknown | 5:00 PM Categories: ,
Ah keliru. Sabtu ini, 27 Mac 2010. Aku dah mendaftar diri untuk mengikuti kursus PHP Joomla di UKM. Bayaran RM150 tapi sebab aku ni kelik Mas, so bayar nanti masa pendaftaran je... Aku memang teringin nak ambil kursus ni, dah lama tunggu. Ita pun dah ajarkan aku basic joomla. Tapi ye lah, aku macam dah lama tinggalkan dunia coding-coding setting setting ni. Mestilah kene asah otak... In the same time, bila tangan gatal mengapply KPLI, ujian MTEST hari yang sama... So macam mana? MTESTPublish Post ke JOOMLA?

Tuesday, March 23, 2010

BaBai d MoMeNT BDaY GiRLs... 29th

Posted by Unknown | 11:42 AM Categories:

HePY 29th BDaYGiRL...

Posted by Unknown | 11:01 AM Categories:
2gether-gether masa bujang...
OK babai... Ko dah tamatkan zaman bujang. Selamat berjuang!
Lambat sikit hupdate BDAY GIRL yang lahir pada 17 dan 18 Mac ini... Aku rasa setakat ini sajalah moment bujang kami... So aku nak publish di sini as a last moment besday girl @ 29th. Ya loh, Mas bersuami sudah. Huhu... Tinggallah aku seorang saja yang masih dengan status SINGLE. Entah. Sampai bila aku nak kekal dengan STATUS ini. Suka sangatkah?? Yang pasti dalam hepi, tetiba aku shahdu. Dan tetiba perangai cam bebudak. Tak mau celebrate konon. Next year tambah 1 sudah 30. Huks. Apalagi ambik lagu wali band buat lagu tema. Owh no way... Eh yang pasti, tahun ni semua teman-teman wish aku cepat-cepat ketemu jodoh. Aminnn.. Moga cara aku bersatu jodoh dipermudahkan Allah... Thanks to my friends who never forget to wish me and never forget me... Moga doa kalian dimakbulkan Allah. Amin. Thanks too to my friends yang susah-payah celebrate my bday... I really appreciate it. Owh ya, aku berharap Kak Has balik Msia nanti, kami boleh buat bday celebration for March Girls... Hapy bday to Erna, Kak Has, Kak Liza, dan Kak Wan juga yang jatuh Mac ini...

Monday, March 22, 2010

WaH PeYUH BeRFoToSHooT GiTU

Posted by Unknown | 11:14 PM Categories: , ,
Malas bonar nak hupdate diari dek keslowan broadband yang terlampau. Sudahnya dibiarkan berhabuk saja. Ikutkan hati macam-macam nak bebel... Owh ini nak letakkan sikit aktiviti Sabtu lalu. Patutnya aku plan nak ke Tangkak, menghadiri majlis kenduri Kerul. Unfortunately, aku keterlupaan sudah, berjanji OK pada Peyuh untuk menjadi jurumekap tak tertauliah bagi sesi fotoshootnya. Sebelum ditauliahkan JTT (jurumekap tak tertauliah), bermalam jugalah aku mempraktis pada muka Peyuh yang mencabar itu... Sebab mukanya kecikk, kelopak mata pun kecikkk.. Ada tak ada gitu. So inilah hasil latihan aku. Berkat meneman a.k.a model mekap Mas Januari ketika dulu, dapat sikitlah ilmu mak andam... Cuma setakat basic je aku mampu. Buat smokey eyes, letak bulu mata palsu, ukir kening, buat hidung... Gitu-gitu je lah. Janji niat menolong orang dengan ikhlas gitu. (Yuh, jangan minta lebey. Gegege).Walaupun diluar udah nampak tebal, namun dalam picture mesti nampak nipis saja. Kau tak tahu berpeluh-peluh aku mencoba. Walaupun gitu, aku bet photographer tak berkenan langsung dengan mekup aku ni. Sebab dia nak bawa jurumekap dia sendirik kalau nak shoot Peyuh lagi. Gegege.

Brown theme. More natural.
Blue theme. Ala ranggi.

Ini aku letak sikit gambar hasil praktis mekup Yuh dan gambar sekitar shooting di UPM. Owh actually Amza, jurufoto untuk fotoshoot ini berkenan dengan kecantikan Peyuh masa peyuh meneman aku ke Majlis Nikah Mas di JB. Wah gitu, jauh photography mari... JB lagi. He's a friend of Mas. And after observing his artwork, aku rasa terpegun jugalah. Berbakat, hasil menarik. Seronok meneman a.k.a menolong friend untuk aktiviti macam ni. Dapat ilmu secara tak terlangsung. Apa aku dapat? Adalah... Knowledge is something that hard to find but when you let it come by itself, the value is priceless. Wallah cayalah.

Aiyooo... Peyuh kah ini? @ rumah kosong
Kat semak samun yang menyebabkan aku gatal kaki tak tahan. Langsung aku tinggalkan Peyuh dengan jejaka-jejaka sambil aku berehat dalam kereta. Kejam begitu?

Monday, March 8, 2010

GiLa Kau --> TeRBaNGLaH BeRSaMaKu

Posted by Unknown | 11:28 PM Categories:
Walau tajuk dan lagu tak logik (kau ada sayap nak terbang?), aku tetap nak post. Kali ni siap dengan chord untuk orang yang pandai main gitar (apa lagi Ngah). Suka plaks menjadi halwa telinga. Marilah mainkan dengan gitarrr... Aku nyanyi (gerenti kauorang lariii). Gege


Bm A A Bm 3x

Bm F#m
Berhembuslah engkau angin malam
Bm F#m
Bawa serta laguku
Bm F#m Bm
Mengitari bumi ini hingga jauh

Bm F#m
Akulah seorang petualang
Bm F#m
Yang mencari cinta sejati
Bm F#m Bm
Sampai mati aku akan tetap mencari

[intro] Bm A A Bm 

Bm F#m
Aku bagai biola yang tak berdawai
Bm F#m
Bila tidak engkau lengkapi
Bm F#m Bm
Aku mohon agar engkau tinggal disini

Bm F#m
Hamparan pasir putih menunggu
Bm F#m
Karang di lautan menangis
Bm F#m Bm
Bila aku tak bisa melumpuhkanmu


[chorus]
D A
Peluk erat tubuhku
G D
Sentuhlah jemariku
Bm A
Rebahkan sayap-sayap patahmu
D A
Dan terbanglah bersamaku
G D
Tuk melintasi langit ke tujuh
Bm A
Bawalah aku ke alam damaimu


[interlude] D A G D Bm A

D A
Peluk erat tubuhku
G D
Sentuhlah jemariku
Bm A
Rebahkan sayap-sayap patahmu


[outro] Bm A A Bm Bm

HaRi Ni BaLEK LaMBaT...

Posted by Unknown | 7:46 PM Categories:
Tengok apa aku buat? Kerjalah sangatt... Hebatlah sangat kerja sambil nonton. Gege... Ala kerja aku membuat survey, cek web updated lum. Waktu macam ni nak buat follow up by phone call orang dah balek kan? Internet je laa... Actually kami meneman Akma yang sedang struggle siapkan kerja dia dan kerja orang. Hmm... Orang yang rajin kat situuu jugak tempatnya. Tak adil kan?? Orang yang malas perlu diajarrr. Siap la. Aku lempang jadik lempeng. Kalau setakat kerja nak senang baik duduk rumah kan?? Esok meeting. Kerja aku pun tak siap lagikk. Ampunnn..
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube