Tuesday, June 10, 2014

Bubur nasi kurma tomato

Posted by Unknown | 10:03 PM Categories:
 Resepi:
  1. Potong kiub separuh buah tomato, buang isi yang ada biji.
  2. Masukkan tomato + brown rice (6 sudu) + planta (secubit) + chicken stock (1 kiub) + kurma dibuang biji (1 biji) + EVCO (1 sudu kecil) ke dalam periuk nasi/ slow cooker.
  3. Masukkan air secukupnya.
  4. Tunggu sampai masak dan boleh blend.

Monday, June 9, 2014

Macam macam hal

Posted by Unknown | 11:42 AM Categories:

Mc, hanta anak ke taska. Tapi, tetap tak boleh berehat. Sampai sekarang belum boleh mandi. Rumah mcm tongkang pecah. Semalam balek penat, blender adam pula buat hal. Mama rasa letih sangat.... Naseb baik abah kau picit kaki, signal understanding. Kalo dok mama lariiiii

Ubat batuk baby

Posted by Unknown | 10:27 AM Categories:
Tips rawatan tradisional untuk bayi batuk:

  1. Rebus setangkai kulit kayu manis bersama 7 biji kurma. 
  2. Bila dah masak tapis dan ambil air rebusan.

Boleh masukkan dalam botol susu atau cawan dihidangkan bila-bila masa kepada baby kita...  Adam cerdik dia tak mahu minum sebab rasa cinamon tu. So, campurkan je dalam susu dia. Theheh.

Friday, June 6, 2014

Adam Arif 6 bulan

Posted by Unknown | 10:20 AM Categories: ,
Geram tau. 
Cewah macam pakar tu.
Gigit peha tu kang.
Budak banyak akal.

Thursday, June 5, 2014

10 Tips Membahagiakan Anak

Posted by Unknown | 3:29 PM Categories:

Tips daripada Prof. Dr. Muhaya. Jom share.
  1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al-Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
  2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
  3. Masa bangun solat malam, solat hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
  4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
  5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
  6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
  7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
  8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
  9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
  10. Masa basuh beras niat "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Scuba Diving Week in KL!

Posted by Unknown | 9:12 AM Categories:

Ok jangan lupa yer divers, 6-8 Jun ini bertempat di PWTC... The 9th Malaysian International Dive Expo akan bermula. Jom jumpa di sana... Kepada divers to be also. Jom la jalan-jalan survey-survey di sana. Ada discovery scuba juga kalau tak silap. Nak try experience pun boleh... Kolam kecik ajo la. Nak kolam bosar tu kene contact encik suami saya. :)

More info please click here.

Wednesday, June 4, 2014

EVCO

Posted by Unknown | 3:34 PM Categories:
ataupun Extra Virgin Coconut Oil.

Adam dah nak masuk 7 bulan. So aku dah confidence nak campurkan evco ni dalam meals dia. Idea ini mari daripada joining group MBHSF. Aku beli daripada Cosway, RM36.90.

Apa khasiatnya amalkan minyak kelapa dara ni?

Daripada pembacaan aku, antara kebaikan evco untuk bayi kita adalah dapat meningkatkan daya tahan/ imunisasi badan. Bagus sebab Adam hanya dapat khasiat susu badan aku selama 2 minggu sahaja. Lepas tu kan mama dia terkena breast abscess.... Makan ubat stop susu dah terus takde dah. Sedih.... :( Adam tak dapat antibiotik semulajadi dari badan mama. Sedih... Sebab tu mama gigih fikirkan supplement terbaik untuk Adam. Mama rasa bersalah sangat.

Untuk ibu bapa pula, banyak khasiatnya. Bukan untuk bayi aje. Antaranya boleh kurangkan stress, mengelakkan risiko serangan jantung, baik untuk membakar metabolisma badan (bakar lemak), dll.

So lepas ni aku nak amalkan dalam masakan. Untuk baby masukkan setitik dua. Untuk masakan keluarga pula masukkan la sesudu dua.

Being a motherhood is a wonderful and joyful life. Sentiasa fikirkan yang terbaik untuk anak dan keluarga. Yesss.

Tuesday, June 3, 2014

Bagaimana nak stim makanan anak cepat-cepat?

Posted by Unknown | 2:04 PM Categories:
Masa mula-mula nak buat bekal makan anak ke taska, aku memang dalam dilema. Brain ligat putar pi-mari-pi-mari dok pikir macam mana nak bekalkan makanan anak yang cukup zat tanpa menyusahkan mama bangun empat lima pagi.

Hmmm...

Sekarang, macam-macam kekdah mama pakai okay.

Dan. Idea terbaru mama.

Jika panaskan bekal anak direct dalam microwave rasa macam tak bagus sangat kan?

Mama tukar kepada stim makanan yang nak dipanaskan. Pagi-pagi, sediakan siap-siap bekas ni kat dapur, nearby microwave. Sebelum masukkan bekal anak, panaskan steamer yang diletakkan air sedikit selama kurang lebih 1 minit.

Kemudian masukkan bekal anak. Panaskan dalam 1 minit (bergantung kepada jumlah makanan dalam bekas bekal banyak ke tak. Kalau sikit, stim 30 saat pun ok).
Hasilnya, tadaaaa.... Kejap je. Memang panas. Kalau kat rumah rasa tetiba nak panaskan makan anak pon ok. Kalau kemalasan tahap dewa sangatlah kan...
Kekdah ini boleh juga digunapakai untuk stimkan pisang dan dihidangkan segera kepada anak.
Selamat mencuba ibu-ibu!

Monday, June 2, 2014

Ubat anak demam

Posted by Unknown | 10:18 PM Categories:
Aku sangat konflik bila anak demam.

Kenapa?

Macam mana nak turunkan suhu badan anak... Terbaca dalam group MBHMSF ada yang cadangkan minum air rebusan barli sebab barli sejukkan badan.

So, I pun buat la. Kreatif sikit taruk kurma. Kurma kan makanan sunnah. Kurma I beli ini dicampur habatus Sauda.  So air rebusan ni boleh bagi anak minum gituew aje. Kalau kene anak spesis cerewet macam Adam Arif ni, momma masukkan je dalam susu dia.

Cuci dan kemudian rebush.

Dah agak masak, simpan dalam ini bekas tahan panas.

Sunday, June 1, 2014

Bubur nasi kurma pisang kukus

Posted by Unknown | 2:35 PM Categories:
Sory, gambar step-by-step tak sempat nak snap. Hari ni busy kat dapur buat macam macam. Tapi bukannya masak untuk diri sendiri pon.... Untuk anak. Gambar ini adalah hasilnya... Tiga bekas, 1 untuk petang ini, dua untuk bekal esok. Tiba tiba mama rasa malas nak masak bubur malam ni. So alang-alang masak hari ni mama buat sekali untuk esoklah. Boleh bekukan dalam freezer. Untuk esok jekot bubur ni... So hopefully oklah kan.

Resipi ni dapat daripada group MBHMSF kat fb. Best juga join group macam ni. Banyak idea nak buat untuk makan anak. Heee..

Resepi:
  1. Masak 3 sudu beras perang bersama sebiji kurma dibuang biji
  2. Kukus sebiji pisang yang dibuang kulit (I kukus guna pengukus yang dimasukkan dalam microwave. 1 minit je dah siap)
  3. Bila bubur dah masak, sejukkan.
  4. Blend bubur dan pisang kukus. Tambah air jika perlu (I guna air rebusan barli kerana adam demam sekarang. barli boleh sejukkan badan)

Saturday, May 31, 2014

Terharu la anak plz...

Posted by Unknown | 10:10 PM Categories:
Mama kau sungguh bergigih. So, makan la makan la sayang mama masak walaupun tak shedapp plzzz...


Thursday, May 29, 2014

Bila mama nak melawa tapi tak cukup masa

Posted by Unknown | 10:01 PM Categories:
tudung. baju. sangat tak matching. spek mata tak berlap.

naseb baik fesyen bertudung zaman sekarang serabai-style kan? so boleh i cover cover say this is hijabista stylo.....

begitu?
Hi all.... I mama Adammmm
I penat jaga anak kurang sehat tapi I nak menggedik seket bolehhh... u see my pink lipstick eventhough I'm black?
Ngehhhh... Pasrahlah mama. Nak melawa pun tak sempat. Ada hati nak menggedik yer? Muka dah macam makcik kiah jual tapei okay.

How I prepare chicken stock for my baby

Posted by Unknown | 11:16 AM Categories:
Walaupun suami kelaut adik sik ada dan aku bekerja sabtu hujung minggu ini, I tetap ada masa nak play play try and error buat puri. Sekarang nak try buat chicken stock untuk Adam. So, lepas ni kalau masak bubur menggunakan slow cooker, tak ada la mama buat bubur kosong aje... Kite try dengan perasa pertama iaitu chicken stock. I memang tak masukkan garam. Sebolehnya nak elakkan. Baby masih kecik... 

Tapi kata mama, "hangpa masa kecik dolu mama boh garam dalam buboq elok ja jadi manusia..."

kihkihkih...

Sebolehnya, carilah ayam kampung (tak cucuk). Tapi den kesusahan la nak bergerak sana sini bagai sebab berduaan dengan sihensem ini je...Makanya mama beli ayam sebelah, potong 2. I letak bawang merah seketul, kulit kayu manis dan halia sikit. Dengan harapan herba ni boleh rawat batuk, selsema dan angin anak...Lepas tu tambahkan air dan rebus selama 1 jam (sebab guna ayam tak gramer. Kalau ayam kampung boleh reneh 4-5 jam).

Dah siap, tapis masuk dalam kole. Ayam mama taruk kicap, peram dan bakar. Sedap masuk perut mama dan abah. Dah siap tapis, tapis lagi kali kedua dan masukkan terus dalam ice cube ni. Dah sejuk masuk peti ais...

Beginilah hasilnya chicken stock Adam... Yeyy nanti boleh bagi masa Adam dekat dekat nak masuk 7m..

Tuesday, May 27, 2014

Puri Kacang Pea

Posted by Unknown | 11:07 AM Categories:
Ok hari ni nak share resepi puri kacang pea. Hoh first time experience jugak ni... Baca kat checklist baby 6m boleh makan kacang pea melangsung mama gigih gi cari. Actually aku mati kutu nak bagi makan apa lagi. Nak bagi pisang, susah sikit sebab aku keje... Pisang kan terus lenyek aje. Kalo buat puri aku rasa macam tak fresh pulak. Ok moh kite lihat hasil experiment aku.

Cuci kacang pis tu. Aku beli kat Jusco. Abaikan potato dan lemon kat situ. 
Dah cuci kupas.... Tak sure betul ke tak kekdah ni. Ada orang terus kukus/ stim je. Aku asingkan isi dengan harapan nak blen isi aje...Tup tup sikit je dapat hasilnya. So, aku stim isi dan kulit, dah lepas setengah jam biarkan sejuk dan aku potong sikit kulit dia ambil part yang lembut and blend together dengan isi. barulah jadik banyak sikit...
 Begini hasilnya bila dah blend. Sedap gak. Yang kuning itu potato dan coklat sket tu avocado. Cukup stok puri untuk seminggu dua. 
Heee... Seronok... Kerja mama jadi bertambah senangsss...  :)

Monday, May 26, 2014

Ada apa di Acheh?

Posted by Unknown | 3:54 PM Categories: ,
Dah tentu yang famous Masjid Baitulrahman yang diberitakan tidak tenggelam sewaktu tsunami menyerang.

Muzium tsunami. Canggeh muzium dia...

Kapal PLTD Apung. Sehingga kini masih terdapat mayat mangsa yang gagal diselamatkan berada dibawah kapal ni. Kapal ni telah melanggar beberapa buah rumah dan menenggelamkan kesemua mangsa. Besarrr macam mana nak angkat kapal ni untuk selamatkan mangsa... Its impossible.

Rumah Apung. Kapal nelayan kalau tak silap. Kapal ni duduk betul betul atas sebuah rumah.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube