Sunday, February 25, 2007

TriP to JB

Posted by Unknown | 4:06 PM Categories: , ,
satu lagi finally... nisa akhirnya posting to JB. itu la, dah dapat KL tak mahu bersyukur. kang dah kena transfer ke JB.. lain kali apa-apa kurniaan tuhan tu bersyukur... kecewa jugak aku. dalam ada orang yang mengisi diari rutin aku, tetiba hilang. sunyi la rumah aku... hukhuk.. sedis. abah satu keluarga dengan segera datang ke KL malam jumaat. aku terpaksa ambil cuti 1/2 day memandangkan sepatutnya aku "diperlukan" oleh opis kerana kami sedang dalam proses perpindahan. lepas waktu lunch, aku balek rumah makan dan berehat before kami bertolak 4.30 pm. perjalanan 4 jam untuk sampai ke JB. 2 jam aku drive hujan lebat di N9 dan Melaka. after sampai jumpa mas dan kami check-in di seri malaysia. tired maaa.. mas cadangkan seri malaysia memandangkan hotel tu paling dekat dengan RTM. esuknya pukul 9.00 am kami keluar mencari rumah nisa. 2 jam strugle mencari dan memlilih rumah, finally dapat le kediamannya yang terletak di pangsapuri BUKIT SAUJANA. then kiteog balek hotel untuk check-out. elok-elok masa tu KTM call bagitahu motor nisa dah sampai. Alhamdulillah. senang kerja dipermudahkan ALLAH. kiteog pergi lunch dan terus ambil motor nisa. singgah ke DANGA BAY sekejap dan terus ke rumah dia untuk pindah barang. after everything selesai maka kami pun bertolak balek meinggalkan nisa dengan muka yang langsung tiada semangat. theheh. perjalanan balek ke KL dari pukul 3.30 pm hingga 12.30 pm. theheh. singgah ayer hitam dah satu jam setengah. then tangkak. naseb baik tak singgah nilai. kalau tak mahu pengsan aku. sampai-sampai bangi abah nak turun kajang, nak sangat makan satay kajang. apa lagi. singgah lagi. naseb baik singgah untuk mengisi perut. itu yang sampai pukul 12.30 mlm. ditambah dengan jem kat highway seremban. hari ni lepas singgah rumah abang cik mama abah satu family dah bertolak balek pendang. SUNYINYA! time aku menulis blog ini mereka dah sampai kat penang rasanya. in whatever condition, abah mama memang banyak berkorban untuk anak-anak. ya Tuhan, berikanlah kesihatan yang baik untuk kedua ibu bapaku atas segala kesusahan dan pengorbanan yang telah mereka lakukan demi untuk kesenangan anak-anak mereka. amin. i lov u all so much abah mama nisa abg cik fatin dan aiman. hmmm.. SUNYI without them!
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube