Sunday, April 5, 2009

BBQ RuMaH POKDI

Posted by Unknown | 10:24 PM Categories:
Lamanya aku membuat sarang diari. Almost 2 weeks if I'm not mistaken. Biasalah kalau buat seminar dan off pejabat selama seminggu. Start 21 hb Mac bermulanya Kim menjejak kaki ke Malaysia aku pun start sibukk. Seminar bermula Isnin dan berakhir Selasa minggu berikutnya dan berlaku secara maraton dengan 3 siri seminar bermula di Putrajaya dan berakhir di JB. Makanya dah tentulah aku kepenatan...So terpaksalah aku mengkhada segala cerita diariku selama itu dan sebelum itu.. Aku Mulakan dengan aktiviti yang ingin dimasukkan dalam blog tergendala ini; BBQ di rumah POKDI. Hmm... dah berpada minggu bertangguh-tangguh makanya Pokdi telah melaksanakannya khas untuk kami pada Sabtu 21 hb Mac lalu. Walaupun tarikh itu adalah ketibaan Kim, aku tetap teguh mengotakan janji ke rumah Pokdi (sebenarnya sebab dah lama tak jengah pak sedara akuuu..huhu.. takut bapak sedara majukk). Aku hantarkan Pak Ali gi jemput Kim kat KLIA. lagipun dia sampai petang, so biarlah dia berehat secukupnya. Ahad aku akan ke Palm Garden untuk berdiskusi dengannya.

Lama tak jenguk rumah Pokdi, makin lainnn.. Cantik laman dihias Pokdi. Rupa-rupanya bapak sedara aku ada bakat dalam bertukanggg... Ce tengok bangku yang aku capture ni. Bukan dibeli dari IKEA tapi dibuat sendiri okay... Tak sangka aku. Siap ada kolam ikan.. Itupun buat sendiri. Selama ni bakat tu dok dipendam aja, tak pernah menyerlah makanya kami tak tau apa-apa... Kena skali bapak sedara aku tunjukkan bakat, terkelu jugak le eden... Bukan stakat bangku, tempat refleksologi pun Pokdi buat. Hebat kan.. laman rumah dah macam taman mini.
Selain taman mini yang comel, Pokdi bela ikan. Ikan yang banyak. Dalam, luar rumah semua ada ("Itu aku jeles"). Kalaulah aku ada rumah tanah, kan best? Si Aqlan pula membela kura-kura. Aku tak berani nak bet berapa lamalah kura-kura tu dapat hidup. Thehh..
Barbeku bermula selepas magrib. Oleh kerana kami datang agak petang, makanya segala persiapan untuk BBQ Mokti dah sediakan (pantas kan makcikku buat kerja...) Best. Actually pagi Sabtu tu aku ada kerja yang perlu diselesaikan, semuanya pasal preparation untuk event Monday onwards. So terpaksa la datang lambat sikit. Hmm... Best rumah ada tanah ni. Boleh buat barbeku kat laman yang comel bak taman mini... Ada ayam, udang, kerang, sotong yang banyak.. Sehingga menjilat jari. Sedap! So tak payah nak gi Bagan Lalang ke, Tanjung Harapan ke... Sudah boleh dilupakan. Theheh..

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube