Monday, October 18, 2010

aku potong rambut

Posted by Unknown | 11:52 AM Categories:
Dah lama rambutku tak pendek ketot. Masa kecik rambut standard pendek. Sebab rambutku lebat dan kembang. Jadi jika mengidam rambut panjang adalah tidak cantek. Bila meningkat dewasa, ditambah dah bekerja, ada duit maka macam-macam boleh buat. Rambut yang kembang dah boleh jadi lurus. Jadi aku dah boleh memiliki rambut panjang impian... Tapi panjang paling hebat pun paras ketiak je. Theheh.

Baru-baru ini, aku telah memecah rekod. Mengembalikan rambut ke alam kanak-kanak. Theheh. Peyuh tak puas hati bila balek rumah tengok rambut aku pendek ketot. Katanya baru semalam tengok rambutku cantek memanjang. Geee... Ada 2 sebab aku potong rambut. Pertama, kulit kepalaku berkelumumur. Jadi aku tak selesa. Dah pergi buat treatment kelumumur, beli syampu kelemumur. Semua tak menjadi. Hilang sekejap kemudian ada balek. Kedua, aku telah mewarnakan rambutku... Sungguh, sebelum ini aku tak tahu. Aku sangka, kalau kita warnakan rambut guna pewarna yang halal ok. Tapi Ida telah menunjukkan aku artikel soal-jawab agama tentang topik halal atau tidak halal warna rambut. Mengikut kefahaman aku melalui artikel itu, warna rambut mengikut bahan yang halal adalah ok. Tetapi, apabila kita mandi hadas, adakah mandi kita diterima kerana rambut kita telah diselaputi bahan pewarna tersebut. Maknanya, mandi hadas kamu tidak sempurna kerana tak cuci seluruh badan, iaitu rambut. pergh... Cuak aku. Kalau mandi hadas tak diterima, macam mana dengan ibadat aku, solat aku dan sebagainya?? Huuuu takott... 


Pikir punya pikir takpelah. Potong pendek-pendek. Mulanya aku niat nak botakkan saja. Tapi.... Ada berani??? Aku taknak dah color rambut lepas ni. Inaikan sajalah. Insaf-insaf... Sekarang, rambutku pendek macam lelaki. Naseb baik sebulan lepas aku buat rebonding, jadi nampaklah straight dan kurang kembang. Tapi itu tak penting. Aku kan bertudung. Janji Masalah kelemumur hilang sudah dan yang penting, amal ibadat aku diterima...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube