Sunday, November 28, 2010

Yesterday and last night was very tired

Posted by Unknown | 3:45 PM Categories: ,
ps* ini adalah post kejadian minggu lepas (20-21 Nov  2010). Penulis kecuaian kerana menyangka telah membuat schedule post walhal post ini disimpan dalam draft dan penulis baru je tersedar tadi setelah seminggu tak membuka blog. Maafkan penulis kerana amatlah busy kalah orang lain.


Mengikut plan asal kononnya nak pergi picnic pagi Ahad. Namun gitu, dah pergi i-city baleknya 1.00 pagi, mahu gigih kau nak bangun pagi?? Tunggu Kak Has reply mesej tak kunjung tiba, so sesudah lunch nasik hasil tangan mama, kami pun decide pergi PD waktu petang walaupun dah tengok dalam google cuaca PD waktu petang dijangka hujan renyai-renyai... Dah tolok baru dapat reply Kak Has. Oh terlambat sudah. Ingat sempat la menyinggah masa balek nanti. Pun begitu sesuatu yang tidak terjangka terjadi. Masa aku kesengkekkan wang ni jugaklah my lovy nak buat hal.


Right after kami menyinggah ke Muzium Tentera Darat, elok-elok nak berangkat ke pantai, lovy tak boleh nak hidup. Adoiyai. Susah hati betul aku. Bateri dah tukar, cooling system dah ok, minyak baru semalam isi separuh penuh. Mati kutu aku dibuatnya. Tapi tak la haibat sangat kerisauan aku sebab my father here... Theheh. Bila abah check, abah pun tak dapat identify apa masalahnya... Kebetulan, (nak dipemudahkan Allah) ada satu keluarga ni naik Exora. Suami isteri begitu baik. Seingat aku plat number NCJ60**. Mereka pernah pakai kete spesis ni sebelum ni. So dia tahulah masalah lovy yang gah pada nama ini:

1) tingkap. YES memang betul
2) Pump minyak. Yang ini belum pernah aku face. katanya, mesti awak tak pernah tukar ni. Yes memang betul. Kat sit belakang, tempat pump minyak naik tu. Patut la aku selalu tukar spark plug. 6 bulan skali mesti nak sedut-sedut. Ces. Rupanya sebab pump minyak.


So satu family ini pun tolonglah kami mencari kedai pomen. Kemudian mereka datang dan bagitahu kejap lagi pomen sampai dan mereka pun berlalu pergi. Besar rahmat sangat pertolongan mereka itu. Sanggup carikan kami pomen. Siap minta roger dia kalau pomen tak sampai. Owh baiknya. Semoga Allah membalas kebaikan mereka... Amin. Kemudian pomen sampai dan terus bukak sit belakang dengan hebatnya. And finally, betullah seperti si suami baik itu katakan. wire pump putus. Kalau tukar cap taiwan je mahu RM250. Original gitu gini RM500. Glupp. Pinar bijik mata aku. Tapi kan, nak dipermudahkan Allah sekali lagi, kami dapat abang pomen yang baik, ikhlas, jujur dan brilliant. Dia tukar wire je. Sebab katanya, wire pump tu putus. Pergh ganas kau wanita memandu. Sampai terputus-putus wire. Alhamdulillah charge tak sampai ribu-riban. Hmph, kalau lah terjadi masa lain dan dibawa ke kedai kat KL tu, memang sah-sah dia hentam aku cukup-cukup. Oohhh...


Settle segala kami singgah juga la kejap kat pantai. Cuma Aiman terkilan tak dapat mandi. Kemudian terus makan satay kajang kat cawangannya di depan seberang jalan. Abah dan mama kempunan nak makan satay kajang. Begitulah alkisahnya... Esok abah dan Aiman akan balek Pendang. Mama stay until kenduri Dewi Sabtu depan. InsyaAllah umur panjang, trip KL familyku akan kami bawa ke PD siap pasang khemah dan kite bakar satay gitu. Amin!
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube