Sunday, October 2, 2011

Am I truly Iosing weight?

Posted by Unknown | 4:28 PM Categories:
Alat penimbang di rumah menunjukkan berat aku 55kg setiap kali aku timbang tak kiralah dalam keadaan aku pakai baju kurung, jeans, baju tidor atau tuale aje. Betul ke?


55 ke, 56 ke, 57 ke, tak pastilah aku mana yang tepat. Yang pasti, aku yakin berat aku menurun dari berat yang payah nak turun 64 kg. Start turun sejak kejadian kebakaran di IMR last April. Cuma, tak ada ler sampai mentadak menurun berat itu. Last aku timbang semasa buat check up kesihatan di Midvalley Mei lalu. Masih 61 kilos.

@ 2010. Masa ni gemok mengkronik.

Since aku join Legenda, berat aku nampaknya maken menurun. Of course ler sebab aku dah tiada geng breakfast + lunch. Kena pula teaching schedule tak menentu. Makan pun tak menentu. Biasa whole day aku tak makan. Balek rumah baru mencicit cari makan. Dan dah tentu aku hentam nasik. Kalau kebulur sangat aku akan make sure pagi after class aku makan nasik. Nasik, nasik, nasik. Tapi berat menurun juge.

Motif letak kaki? Oh sebab part ni yang paling menonjolkan kekurusan aku. Harussss aku membeli seluar yang lebih mengecil! (orang kurus tak normal.geee)

Hmmm. Ingat lagi masa semangat nak kuruskan badan. Buat apa saja. Berat turun sekilo dua. Then naik balek. Sekarang tak de inisiatif nak turunkan berat, senang pula menurun. Isk, cuak gak. Berat turun sebab saket ke sebab kerja?

@ raya 2010.

Tapi kan, aku rasa faktor utama adalah KAWAN. Aku hilang kawan yang boleh together-gether semasa bekerja. Makan bersama, kerja bersama. Geng-geng HRC. Erna, Mast. Pun dah menurun berat badan. Kak Has juga. Mereka semua mengecil. So moralnya, kami ini tak boleh disatukan di tempat kerja. Kerana bila disatukan, kami akan menggemok. Theheh.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube