Sunday, June 1, 2014

Bubur nasi kurma pisang kukus

Posted by Unknown | 2:35 PM Categories:
Sory, gambar step-by-step tak sempat nak snap. Hari ni busy kat dapur buat macam macam. Tapi bukannya masak untuk diri sendiri pon.... Untuk anak. Gambar ini adalah hasilnya... Tiga bekas, 1 untuk petang ini, dua untuk bekal esok. Tiba tiba mama rasa malas nak masak bubur malam ni. So alang-alang masak hari ni mama buat sekali untuk esoklah. Boleh bekukan dalam freezer. Untuk esok jekot bubur ni... So hopefully oklah kan.

Resipi ni dapat daripada group MBHMSF kat fb. Best juga join group macam ni. Banyak idea nak buat untuk makan anak. Heee..

Resepi:
  1. Masak 3 sudu beras perang bersama sebiji kurma dibuang biji
  2. Kukus sebiji pisang yang dibuang kulit (I kukus guna pengukus yang dimasukkan dalam microwave. 1 minit je dah siap)
  3. Bila bubur dah masak, sejukkan.
  4. Blend bubur dan pisang kukus. Tambah air jika perlu (I guna air rebusan barli kerana adam demam sekarang. barli boleh sejukkan badan)
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube