Wednesday, June 4, 2014

EVCO

Posted by Unknown | 3:34 PM Categories:
ataupun Extra Virgin Coconut Oil.

Adam dah nak masuk 7 bulan. So aku dah confidence nak campurkan evco ni dalam meals dia. Idea ini mari daripada joining group MBHSF. Aku beli daripada Cosway, RM36.90.

Apa khasiatnya amalkan minyak kelapa dara ni?

Daripada pembacaan aku, antara kebaikan evco untuk bayi kita adalah dapat meningkatkan daya tahan/ imunisasi badan. Bagus sebab Adam hanya dapat khasiat susu badan aku selama 2 minggu sahaja. Lepas tu kan mama dia terkena breast abscess.... Makan ubat stop susu dah terus takde dah. Sedih.... :( Adam tak dapat antibiotik semulajadi dari badan mama. Sedih... Sebab tu mama gigih fikirkan supplement terbaik untuk Adam. Mama rasa bersalah sangat.

Untuk ibu bapa pula, banyak khasiatnya. Bukan untuk bayi aje. Antaranya boleh kurangkan stress, mengelakkan risiko serangan jantung, baik untuk membakar metabolisma badan (bakar lemak), dll.

So lepas ni aku nak amalkan dalam masakan. Untuk baby masukkan setitik dua. Untuk masakan keluarga pula masukkan la sesudu dua.

Being a motherhood is a wonderful and joyful life. Sentiasa fikirkan yang terbaik untuk anak dan keluarga. Yesss.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube