Sunday, August 9, 2009

PENaT

Posted by Unknown | 11:08 PM Categories:
Ada orang tak suka dengar perkataan PENAT. Tapi aku tetap degil nak masukkan istilah PENAT dalam entry ni juga. Rabu ke Jumaat aku dan Ida menguruskan kursus yang belum selesai bersama Kim dan geng-geng CREAM. Alhamdulillah trip Kim ke Malaysia kali ni berakhir dengan jayanya walaupun telah tertulis "Liana u did a first mistake" since 4 years I know u... Dan kesalahan itu adalah aku lupa untuk tengok sama ada OHP projektor dah tersedia atau belum walaupun aku dah bagitahu awal-awal perlukan benda alah itu... Aku adalah amat kecewa...

Ok, settle. Jumaat balek dan malamnya aku agak KEPENATAN sehinggakan aku merasakan diserang migrain. So, esoknya pagi Sabtu aku tak jadi menghadiri exam PTD... Tapi elok pulak petangnya aku nonton wayang dan dinner di William?? Cehh. Ahad aku agak tak keruan. Oleh kerana masa yang terhad, aku curi-curi masa yang ada ke kilang tilam. Malam semalam masa makan di William aku janji sama Nisa, "Ameklah katil aku (yang single tu)...Aku nak beli quenn" Laju je keluar dari mulut tak pikir nak rehat-rehat badan tu. Kebetulan pulak Nisa tidur rumah. oh ya lupa nak gitau. Nisa dah pindah ke rumah yang amattt dekat dengan officenya di RTM. So jimat sikit minyaknya... Parking pun kat office. Nak basuh baju bawak adik balek rumah kakak. Aku ok je. Tadak masalah hepi lagi ada...So dah alang-alang dia ada kat umah aku pun dah janji nak bagi katil, terpaksa le aku dengan gigihnya pergi ke kilang yang dah disurvey untuk langsung membeli. Tak sangka la pula dari nak beli tilam yang murah, terus dapat offer katil yang murah. Harga tilam on paper RM750 aku dapat RM330. Katil pulak RM299 aku dapat RM230. Ok la kan... Dah lama aku idamkan katil quennnn. Maklum la, saiz dah makin besar katil pun nak demand... Yang aku tak sangka lagi, dah la delivery free, sampai plak hari ni on the dot. Pantas kannn. Apalagi dennn. Tepakso kerah tonago denn mengomeh bilikkk. Kaizen katakan... habis semua harta benda kisah kenangan silam aku terpaksa buang dek kerano katil yang bosau tu nak masoookkk. Aku negok kat kedai kocikk ajo.. Adoi...Ponatttt...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube