Wednesday, October 7, 2009

RaYa 2009

Posted by Unknown | 12:53 PM Categories:
Sebahagian daripada family di Seberang Takir. Bukan senang nak capture ni..

5.00 pagi Sabtu. Aku dan Fatin dah dalam kereta menuju ke Kg. kerinchi. Pokdi agak keterlewatan so kami Subuh di rumah Nisa. 7.00 pagi jumpa Pokdi yang menunggu di PPUM. Terus melalui Jalan Bangsar untuk tembus ke Jalan Duta. Kami ambil DUKE sebagai jalan pintas ke Tol Gombak. Namun amatlah kecewa bila sampai Tol Gombak kenderaan berduyun-duyun. Dari tol Gombak sehinggalah ke Tol Bentong. 9.30 pagi rasanya. Tensen. Kami sampai Seberang Takir almost 3.00 petang. Nisa drive all the way from Hentian Temerloh sampailah dia demam. Kene jangkitan aku yang dah tadak suara. Tahun ni a bit surprise to my family as I bring "sesuatu" pulang beraya. Sayang tak rakam gambar mama masa terkebil-kebil sambut kami sampai. Theheh...

Kali ni kami beraya di Terengganu sehingga hari raya ke-3. Raya ke-4 kami konvoi dengan abah balik ke Pendang. Sekarang abah dan Abang Cik mengusahakan sawah peninggalan arwah Tok. So tak boleh lama-lama di Terengganu. Kebetulan abah dan mama planning nak buat open house Jumaat.. So di Terengganu kami tak berjalan sangat. Macam biasa pagi raya pergi rumah Nyang. Kemudian konvoi 3-4 buah kereta melawat saudara. Hari raya kedua angah buat open house. Malamnya kami barbeku di rumah acik. Hari ketiga Pok Alim buat open house. Hish. Seronoklah. Walaupun demam dan saket gigi. Cuma kami kurang ke kuala. Jalan adalah sesak. pergi sekali je Pasar Payang sebagai syarat. Aku sempat beraya ke rumah kak wan dengan ditemani Fatin dan Aiman. Melawat newborn baby... Rafin kalau tak silap aku namanya... Sory ye kak wan. Maklum ler, ramai sangat nama anak-anak nak kene ingat... yang pasti Ra kat depan sama dengan Razik dan Rafik kan kak wan kan... Tak sempat nak jumpa Aisya sebabnya Aisya di Besut raya 2-3. Di Pendang, kami hanya ada Maksu je... So rumah Maksu je la yang kami pergi. Wan ada di rumah maksu. kemudian ikut mama beraya di rumah kawan-kawannya. Jumaat kami buat open house. Yang datang jiran, kawan abah, mama, dan fatin. Kawan aku, nisa, aiman tak dapat hadir. Kawan Abang Cik apatah lagi. Tuannya sibuk ke kebun dan sawah, mana sempat kawan nak mai. Ishkkk..

Kami balik ke KL Ahad pagi. Abah suruh balik subuh-subuh sebabnya tak bagi kami balik Sabtu... Theheh. Pilu pulak aku dengar permintaan abah. Tak jadi nak bangkang-bangkang. Hmm.. Sekarang tiga-tiga anak dara abah kat KL. Mahu la pilunya. Especially anak perempuan kesayangan tu. Nasib baik ada Abang Cik dan Aiman yang boleh temankan mama dan abah. Anyway, tahun ni raya tetap rasa seronoknya walaupun penat travel dan level kesihatan ditahap yang tak membanggakan...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube