Friday, December 31, 2010

Bila Perempuan Tua Sebelum Usia

Posted by Unknown | 1:56 PM Categories:

Semalam housemate aku bercerita tentang officemates dia yang so annoying... Kononnya bila perempuan itu menganggap dia dah berjaya menempuh alam rumah tangga, ada suami anak segala, maka dia adalah mak dara yang malas pun tak apa. Dengan erti kata dia tu perfect sangatlah kot.. Dan suka membuli anak-anak dara seperti spesis kami ini. Kesian Yuh, dituduh malas membasuh pinggan mangkuk di pantry yang dia sendiri tak makan. Oleh kerana dia status anak dara, so dia dipersalahkan kerana tak basuh pinggan. Dengan alasan, anak dara kena rajin. WHY??? Sebab nanti tak laku??? Owhhh pleasseeee... 

Aku pernah marah Mast gara-gara dia buat lawak suruh aku basuh pinggan sama-sama kat office dengan alasan aku anak dara, praktis basuh pinggan before kahwen. Owh marah betul aku statement tuu... Walhal Mast bergurau je. Kesian dia.. Huhu. Naseb baik dia easy going person. Bukannya apaa... Aku tak boleh terima alasan suruh colligues buat kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan hasil lantakan perut manusia lahap mana dengan alasan orang bujang yang patut buat kerja lebih. Orang bujang balik office awal, mesti ada soalan, "Ada anak ke yang nak balek awal sangat ni...". (Kau dah tentu 5.00 pm time off kalau kerja lebih masa pun bukan dapat OT. Takkan semata nak tunjuk rajen kat orang, kau main game sampai pukul 7.00 pm baru nak balek??? Kerja bodooo).

Kau nak suruh kami belajar hal rumah tangga ni pun, tengok oranglah... Aku anak sulung OK. Adik 4 orang. Kerja rumah tangga apa aku tak pernah buat. Basuh baju mama, abah, adik-adik, tak campur lagi kain cadar etc. Kemas rumah sebesar alam, termasuk bilik-bilik adik-adik, sediakan bahan memasak mama, potong bawang, cuci sayur, dageng, ayam, tanak nasik, cuci lampin adek-adek yang taik cair, berketul-ketul warna coklat ada hitam ada. Apa benda lagi?? Cuci kereta?? Bulan puasa bangun paling awal sediakan makanan, dah siap segala baru kejut mama. Kerana rajin aku ni, sampaikan student abah ingat aku ni orang gaji. So please. Tell me. What kind of kerja rumah yang perempuan tua sebelum usia anggap kami anak dara tak boleh buat? Tell me. Layan suami?? Dah tentulah itu je yang kami tak pandaiii... Setakat layan suami semua perempuan tua sebelum usia rela kan...

So, its up to us anak dara untuk tentukan hidup kami. Soal pandai tak pandai rajin tak rajin tak perlu kau ungkit. Dah status single, masa ni lah kami bebas nak buat apa kami suka. Kalau malas pun, ada kami kesah?? Ada kau bayar bil untuk kami? Kau tak kurang sesen pun kann?? You choose your life, same goes to us. So face it without any comment. Kalau tak puas hati pada anak dara, siapa suruh kau desperate tamatkan dara kau??? You have option to choose so choose wisely. Don't bother others. Step away.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube