Sunday, September 18, 2011

Syukur

Posted by Unknown | 7:14 PM Categories:
"It's a beautiful day but I can't see it,"

Petikan ayat video yang dikongsi oleh Ally Iskandar.

Tiba-tiba ulu hati merintih sedih. Memikirkan tentang betapa banyaknya nikmat yang Allah beri kepada kita. Cuma kita sebagai hamba, insan yang sentiasa merasakan kekurangan. Manusia yang sentiasa mahukan kepuasan. Oh aku insaf tiba-tiba. Syukur dengan pemberiannya.


Terkadang sentiasa tertanya, kenapa Allah memberikan kehidupan ini kepadaku. Kenapa ada yang aku mahu dan ada yang aku tak mahu diberikan juga olehNya?

Kerana Allah sayangkan kita sebagai hambaNya...

Syukur dengan setiap pemberianNya. Dugaan yang diberikan menandakan Dia sayangkan kita dan Dia tahu kita mampu mengharunginya. Kerana itu setiap dari kita mempunyai dugaan yang berlainan dan jalan kehidupan yang berlainan.

Redha, tabah dan sentiasa bertawakal kepadaNya.

Syukur Ya Allah...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube