Wednesday, February 15, 2012

Hidup Berkat

Posted by Unknown | 3:53 PM Categories: ,
Hm, baru je lepas make payment RM700 to my buku hutang (apalage kalau bukan credit card). Itu ok la friend minta tolong booking airfare and terus bayar. Haruslah aku cepat-cepat bayar. Takkan nak bawa cash tu gi joli and kemudian hari meroyan tengok jumlah hutang.

Apa kaitan aku bayar hutang dengan tajuk post?

Ergh... Bila cakap tentang duit, gaji, rezeki, all-in-one package.


Last few days aku ada terbaca artikel tentang keberkatan hidup. Katanya, tak kira berapa gaji kau, tinggi atau rendah, bayak atau sikit, jika sekiranya amalan kamu tidak mencukupi, confirm kamu akan rasa segalanya tak cukup.

Nanges oh.

Tiba-tiba rasa terkena tang batang hidung. True. Aku rasa something goes wrong, always tak cukup. Entah apa la yang tak cukup tu.

Duit dah tentu. Confirm carta teratas. Asyek fikir list hutang. Hutang credit card, hutang rumah, hutang kereta, hutang PTPTN dll.

Adakah amalan aku tak cukup untuk melengkapkan semua itu?

Mungkin. Pasti.

Ya.

Memang pun. Sembahyang laju. Tak reti nak baca slow slow ke Cik Illiana? Mengaji kurang. Sedekah?

Kerdilnya aku...

Tiba-tiba saya takutkan kematian.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube