Hari kedua selepas pilihanraya.
Boring…
Asyek bercakap tentang puas-tak-puas-hati.
Aku asyek bergaduh dengan encik suam. Dia balek kampong undi DAP dan aku tak balek stay Seri Kembangan je. Dan dia bagi jolokan untuk aku: PUTERI UMNO.
Yes mak bapak aku sokong UMNO. Nenek pakcik makcik aku sokong PAS. Aku masih selesa dengan keadaan ini; neutral. PAS atau UMNO yang menang bagi aku OK. Lagipun I hate politics…
Aku kata kat encik suam, “kalau saya balek Pendang saya undi BN. Tapi kalau saya mengundi Seri Kembangan saya akan undi PAS”. Walhal tak ngundi ekkk ;-)
Tak kesah la… Cuma aku terkejut meroyan bila suddenly keputusan announce, DAP mencanak naik walaupun BN menang. Sungguh membuatkan aku berasa menyesal bila tak balek mengundi. Actually aku nak tukat tempar mengundi tapi dah terlambat.. Tak boleh tukar.
Moral of the story, aku terkilan satu perkara. Obviously sudah terang lagi bersuluh. Cina bersatu dan kita Melayu, berpecah. Apa nak jadi dengan bangsa kita?
Encik suam selalu berkata, “kita berjuang demi agama, bukan bangsa.”
Habis tu…. Yang gigih balek kampong undi bangsa lain tu kenapa??? Kenapa tak diusahakan untuk pangkah PAS demi AGAMA? Kenapa tolong sokong persatuan bangsa lain yang majority beragama bukan Islam???
Sekadar luahan perasaan saya orang yang terkilan tak balek mengundi. Hilang satu undi untuk BN atau PAS. Ok saya menyesal berjanji takkan buat lagi untul 5 tahun nanti. Andai saya masih ada 5 tahun lagi…
Saya sayangkan Negara saya. Saya sayangkan agama saya. Saya adalah Melayu yang lahir di tanah sendiri. Ini rumah kami. Malaysia sahaja negara Melayu Islam. Kalau kita dijajah semula, mana kita nak lari? Sanggup kita jadi kuli bangsa bukan Melayu yang beragama bukan Islam?
Saya tak pandai berbahasa. Saya tak pandai berpolitik. Apa yang saya tahu, saya inginkan kemakmuran dan keistimewaan yang saya ada ini berkekalan untuk generasi anak cucu cicit kita kelak. Amin…