Monday, May 23, 2011

Day 1 Tioman's Trip, 14 May 2011

Posted by Unknown | 10:00 AM Categories: , ,

4.00 am bangun-mandi-siap segala. Before 5.00 am dah gerak. Heading to Plaza tol Senawang. Minyak dah isi penuh RM90. TnG pun reload RM30 je. Lebih dari cukup untuk perjalanan pergi-balek. From Senawang heading to Kuala Pilah-Bahau(tapi tak masuk Bahau, kami ikut Jempol lagi dekat + tak jem)-Muadzam Shah-Tg. Gemuk.

Jeti Tg. Gemuk.

Sampai seawal 9.00 am di jeti. Bot 11.00 am reschedule to 12.00 pm. So kami relek relek jalan jalan cari makanan sedap. Berbaloi jumpa gerai makcik buat nasik dagang + nasik lemak sedap gila. Pior rasa masakan pantai timur. Aku lupa gerai apa but landmark, from jeti u keluar to main road. Turn left to the bridge. Sampai traffic light straight, jumpa TL lagi straight until u reach road area kampung. Then on ur left u can see a gerai yang ramai orang breakfast. Ada pokok kelapa tepi tepi, jalan kecik macam jalan nak ke pantai. 

 Lupa snap sebelum makan. Dah kenyang baru sedar diri. Licin...
 Muka orang kenyang.

Dah kenyang perut kami tanya makcik ada tak pantai dekat dekat sini. Jawab makcik dengan happy, "Ade... Tak jauh. Masuk simpang ni, straight dan belok kanan terusss. Nanti jumpa Pantai Panyabong". Mak ai makcik. Dekat benornye. Ada setengah jam perjalanan nak sampai pantai. Dengan cabaran tahik lembu sana sini, tak campur lagi dengan rombongan cik kak lembu tengah jalan. Oh oh.. Dah sampai baru nak snap 2,3 ada ular melintas. Ular lautkah?? oh oh... Blah blah.

Nah jalan.
Pantai Penyabong ke Pantai Lanun? Lupa dah aku banyak sangat nama pantai.

Lepaklah kami @ Jeti dalam sejam. Takkan nak tengok wayang kot. Feri pun lambat macam hampas.  Kene pula stop 4 kampung (Genting-Paya-Tekek-ABC) before reach Salang. Sudahnya 3.00 pm baru menapak di pejabat Salang Pusaka Resort main-main mata dengan Bob. Having welcome drink then check in. 4.30 pm turun ambil jacket dan fin langsung ke beach. Baru nak snorkle hujan pula. Terpaksa naik sementara and turun balek semula. Ok lah, dah ada check point snorkle at Salang beach. Tempat yang cetek aku pergi suatu masa dulu dah dalam.

Welcome drink. Nak makan order and pay.
Collect jacket and fin dulu... RM6/item.
 2 lanun laut. Snorkel mereka sama dibeli dikedai yang sama @Level 5 Pavillion. After discount RM50++.
 Kami sedey hujan da turun...
 Menunggu hujan henti.
 Oh hujan... dah henti.
 Dan kami sambung semula. Tegar ke check point!
 Best shot I loike.

Dinner serve 7.30 pm. Lambat je nanti makanan kurang. Namanya buffet kat chalet kan. Bukan 5-star hotel. Kenyang mentedarah jalan-jalan dan feel suasana malam at Salang. Happening dengan restoran dan bar. Tengok bbq seafood telan liur. Tapi kami dah makan buffet yang kurang sedap.. Hohoh. Di jeti ada orang memancing. Kau nak memancing pun boleh, ada sewa peralatan. 

Haruskah asyik ambil gambar pinggan yang kosong?
Lepak @ jeti.

Dah puas balekk zzzz. Esok island hopping.

Sunday, May 22, 2011

Comel tak anak kami?

Posted by Unknown | 9:49 PM Categories:
Terima mms Faranaz ni dah lama, agak dalam minggu lepas. Tapi taktau sebab apa hp problem that day can't access mms. Baru hari ni dapat copy paste ke lapy. Comel tak Suri yang menginjak dewasa?? Gerammm ai tengok muka cik Suri ni.


Saturday, May 21, 2011

4-Days-3-Nite@Tioman-Island

Posted by Unknown | 8:58 PM Categories: ,

Finally... Puas hati. Since past years asyik planning tak jadi-jadi. Nak pi Phuketlah, Sipadanlah. Hampas saja yang dapat. Tahun ni jangan pikir panjang-panjang. Terus booking 2 months before and by 14-17 May 2011 tercapailah hasrat kami bercuti di pulau. Tak payah jauh, choose Tioman saja. Settle. Lagi puas hati aku guna Olympus 850SW sampai 3rd day masuk air. Theheh. Naseb baik masa aku buka sekarang ni dah ok. Keringkan berhari-hari. What to do, next time have to buy underwater housing. But mahal sehhh. Mana nak cari yang murah eh?

Ok. Back to the point. Plan asalnya 7 ahli, sudahnya 5 saja menjadi. Aku-Syikin-Nisa-Yuh-Dayah. 4 hari pakej total up RM530 after discount RM20. Actually dia offer RM450 for snorkling only 1 whole day. Extra activity for next day +RM100 more termasuklah discovery diving or snorkling. Mana cukup aktiviti. Gi pulau harus terjah laut. Bukan senang nak discover air laut China Selatan. Apa barang kau nak duduk duduk atas pasir buat istana jee... Pakej kami termasuk tambang tiket feri pergi-balek (RM70). Kau kene cakap kat orang feri pakej kau cover tiket feri. Kang dia minta duit plak masa nak collect tiket. Accomodation dah tentu cover. Chalet ok, so nice ada aircond. 2 queen bed + 1 single bed. Very comfortable untuk 5 makhluk zzz. Makan pun cover, 3 kali sehari except 1-day dinner only and last day breakfast only. Last nite ada BBQ. But my friends complaint food is not good. Tak sedap. Aku macam biasa, telan saja bha ko dah bayarrr... Amek banyak-banyak sikit masa buffet.Parking fee (parking kat dalam jeti) aku estimate sehari RM10 (mahal kau). So 4-days kami parking dapat RM30. Then nak masuk feri kene plak bayar RM5/person for masuk Marine Park. Kami naik feri jeti Tanjung Gemuk. 2 hours to reach Tioman Island and + 1/2 hours to get to Kg. Salang Pusaka. I choose Salang because I've been there before and from review, Salang is one of the best village in Tioman. Boleh usha mat salleh geng geng divers oh. Malam happening dengan tempat makan, bar ko jangan joinlah.


So that's it for prologue.Soon I will update detail chapter every day. But as usual, story in island is just about water activity... Kau jangan estimate aku nak cerita pasal shoping plak. Lempang kang pengsan.

Sunday, May 1, 2011

Beware of FIRE

Posted by Unknown | 12:02 PM Categories:

Dah 2 minggu kejadian. Kami masih belum boleh masuk office yang terletak dalam main building. Orang kata fire start from bilik Stor then spread to Chemical Lab yang letaknya sebelah stor so tercetuslah kebakaran besar. First time in life, having such situation. Time fire happened aku di Bilik Mesyuarat (ground floor level) having a 1-week Seminar and Workshop on Biospecimen Bank. Dah le esok kami akan ke bilik Biobank (yang letaknya betul-betul atas tempat fire start) untuk buat hands on. Tak silap aku 7 biji bomba including hazmat datang nak padam api. Liat betul. Pukul 4pm baru padam. But unfortunately malam api sambung balek. Serious benarrr. Yang syoknya walau penat tunggu api terpadam (dek tertinggal kunci kereta), syok pula cuci mata tengok bomba yang tough dengan baju perisai mereka Theheh (gatal).

Tak paham. Cuak ke exited office terbakar?
 Kecoh abang bomba datang. Lari jangan tak lari kakkk.

Seronoklah last week they all dapat half day cuti. Malang bagi kami yang having seminar. Tetap berjalan macam biasa. Every unit diberi penempatan sementara. We all still tak boleh masuk that building (except special case like rescue specimen and taking other importance things dengan kebenaran). Fire happen affect toxin and carcinogenic expose. Furthermore siling dah tak kukuh. Crack sana sini. Sebab tu staff tak dibenarkan masuk. 

Kene pakai macam ni ke nak masuk office? Safety first.
 Siling runtuh.
 They are even doctors. But highly brave to risk life.
 Kolam yang dulunya jernih, sekarang keruh. Pakcik yang jaga ikan sini menanges tengok ikan-ikannya mati!
So inilah penempatan sementara... Dengan budak Marshita poyo konon-konon rajin sambel lapar MCD.
 + Shida hidung kembang.
Di sinilah kami jalankan seminar dan buat segalanya... Ce tengok muka Shri yang stress sambil dengar DrS briefing. Theheh.

Yang tak bestnya, nasib staff sementara macam kami ni, especially RA's under research. Lab terbakar, tak boleh guna lab so how mereka nak buat kerja? Kemungkinan yang berstatus kontrak akan diberhentikan. Oh oh oh malangnya nasib orang kontrak. Sebab tu aku punya graf kehebatan bekerja dah menurun. Since I learnt experience from UPM, jadi aku tetap steady dengar berita macam ni. Biasalah. Apa bos boleh buat melainkan kerah orang kerja macam nak mati at the end kau tak ada pembelaan masa depan pun. So, kalau kau berstatus kontrak, tak perlu kau kerja nak mati bagai. Cukuplah ko buat apa yang patut ko buat (bukan alasan malas kerja ok. I didn't meant that). Cukup ko kerja dengar arahan je. Tak perlu nak kreatif or rajin terlebih. Or nak setia kerja kat situ sampai mati. At the end ko tak de hapa pun. So, just grab whatever opportunity ada depan mata. Wah beremosi gitu bila cakap pasal kerja kontrak ni. Itu pasal la aku lama tak update blog. Busy cari duit and ooportunity for myself. Alhamdulillah student aku dah final exam. Aku pun dah siap marking paper bagai. Nak siapkan teaching file je and then claim. Then nak pergi jauh dari KL cuti-cuti Malaysia. Yahuuu...

Saturday, April 30, 2011

Glucose, cholesterol, BMI

Posted by Unknown | 11:55 AM Categories:

Lama tak update. Banyak nak update tapi semua terbengkalai. Apa nak buat, ai xde manager... Sobsobsob... Last time bila aku lupa, pergi MidValley nonton "The Roomates", jeling kat MV Exhibition ada beauty and health expo. Kami singgah ke nutrition booth ada check up free for glucose and cholesterol. Apalagi aku grab opportunity walaupun tahu nanti jari manis aku kene tappp amek darah. Dek kerana tak pernah buat check up glucose and cholesterol aku pun tegar kuat semangat gi buat. Termasuk Peyuh dan Dayah yang juga penakut sama aku... Cik nurse Faten je tak mo hamek. Biasalah orang nurse... Alah bisa tegal biasa. Oh yang kelakarnya geng IMR bahagian Nutrition yang buat check up.. Kesitu jugak kita berjumpa kan.

Alhamdulillah. Tahap glucose dan cholesterol aku ok (rendah) walaupun baru lepas makan. Bukan apa, takut juga aku sebab family history ada kenceng manis. So memang aku kurang makan manis. Tapi nasehat Cik Nurse, makan la gula sikit... Takde gula dalam badan pun danger. Mudah kena pengsan. Oh patut la aku cepat pening kalo kurang makan. Then BMI aku pun reduce. Before 25, sekarang dah 23. Tinggi maken naik, 163cm. Berat maken turun, 61.9kg. Ok, satisfied. Hardly hope maintain.

Friday, April 1, 2011

I'm 30!!!

Posted by Unknown | 12:05 AM Categories:

17 Mac 2011. Hapy bday to me... Even though terlambat wish for myself in my blog. I'm 30 already. Terasa masa begitu cepat berlalu. Makin dekat dengan ajal. Makin menginjak usia makin berdebar. Ada rakan terdekat yang sudah selamat dijemput Ilahi. Tak gentarkah anda? Sudah tempah kuburkah anda? Oh takutnya aku... Apa yang aku prepare untuk dunia dan akhirat? 

Keinginan sebagai manusia, tak pernah cukup. Aku sendiri, Masih banyak perkara yang aku ingin capai. Alhamdulillah, aku berjaya penuhi hasrat memiliki rumah dan kereta sendiri sebelum 30. Sebelum 30 aku berjaya menggapai tahap pendidikan sehingga Ijazah Sarjana (Masters). Sebelum 30 aku berjaya menjejak kaki ke semua 13 negeri di Malaysia dan negara jiran. Cuma sehingga 30 aku belum lagi berjaya dalam kerjaya dan perkahwinan. Lumrah. Tidak semua keinginan kita adalah milik kita. Bersyukur dengan setiap pemberian Allah. Terlalu banyak yang Allah beri kepada kita hambaNya. Cuma mungkin kita yang tidak sedar. Hadiah paling berharga adalah pengalaman. Dan bersyukur kerana diri sentiasa dipelihara, dilindungi olehNya walau hakikat diri ini cukup banyak kekurangan.

Oh aku nak abadikan secebis kenangan 20-an di diari. Selamat tinggal 20-an dan selamat datang 30-an. Semoga tahun-tahun akan datang memberikan pengalaman yang indah, mematangkan pemikiran, memberikan kemajuan diri serta peningkatan taraf hidup ke arah yang lebih berjaya dan baik seterusnya memelihara diriku jalan ke syurga! Amin!

Thursday, March 31, 2011

I've got Fever. Howeverrrr

Posted by Unknown | 12:48 PM Categories:
Tetap maintain pergi kelas ngaja on Saturday dan make up artis on Sunday. Gagah aku gagah eh. Cantek tak aku make up Peyuh setelah sekian lama tak make up? Theheh. Lite lite je sebab Yuh kata konsep kali ni natural beauty. Beauty kan? Fotoshot kali ni di Tasik Pullman, nearby swimming pool yang kami biasa lepak. 



Tuesday, March 22, 2011

TQ Cik Paten

Posted by Unknown | 6:27 PM Categories:
Busy ah sampai tak sempat post entry hepi bday for myself. Anyway, tq Cik Paten for your bday wish post: http://fatinazizan.blogspot.com/2011/03/some-like-sunday-some-like-monday-but-i.html. 
Cantek hang letak muka along ye, walaupun itu muka usia 29. Bagus bagus kenang jasa kakak. Inilah contoh adek yang baik... Amalkan selalu. Nanti along beranak tolong balas jasa lagi. ai suke ai suke.


Hadiah hari jadi Ohh

Posted by Unknown | 12:29 AM Categories: ,
TQ so much la MekNgoh kerana telah bermurah hati menyumbangkan sepenuh wang dan tenaga kerja untuk menghadiahkan aku hadiah terhebat sempena hari jadi aku tahun ini. Oh sungguh bermakna oh bersama-sama angka hari jadi. Makaseh la banyak banyak eh. Walaupun hang punya hadiah ni belum berfungsi sepenuhnya lagi, aku dah tak sabaq sabaq nak postkan juga dalam entry termahal aku ini.. Gatal sudah tangan nak mengklik POST. Walau mesin tak jalan lagi tapi aku tetap hepi nak mandi oh. Rasa panas je kekdahnye. Hang tak caya? Ce cuba ce cuba. Hakikat sebenaqnya, aku resepek hang gigih gi survey barang, gigih buat wiring Sabtu suntuk + hari ni.. walopun dinding rumah tebal macam lemak aku yang degil ini. Oh respek oh respek... Makaceh eh.

Wah best ai nanti boleh mandi air panas pagi pagi tak perlu jerang air dah... Ce tengok aku dah letak sabun dah atas tue..
Comey kan Mek Ngah buat wiring. Ha ni aku bagi cadangan, buat gadis-gadis yang nak mencari wanita wiring, silalah hubungi saya. Kot la korang segan panggil wireman lelaki... Boleh dipaskan kepada:
Nisa a.k.a K-Own a.k.a (Mek Ngoh aku saja + kembaq boleh panggil)
Tetiba semangat basuh baju malam malam. Ada kaitan??

Sunday, March 13, 2011

Once upon a time they are small...

Posted by Unknown | 2:40 PM Categories:

Melihatkan dua orang adek aku especially Eman masa kecik, rasa macam nak 'pause'kan saja usia budak-budak tu. Empat tahun lalu masa tengok gambar atas ni, ingatkan budak-budak ni dah cukup besar. Tapi Bila tengok sekarang, bertambah besar saiz dan tahap matured adik-adik aku yang kecik ini. Ingat masa mereka baby. eeee geram. Ce tengok ce tengok gambaq bawah. Terbukti kebesaran mereka maken bertambah kan. Especially saiz misi Paten. Hm, sorang dah nak jadik misi. Sorang lagi bercita-cita nak jadi tentera. Kak Long doakan kejayaan kamu semua walau apa bidang kamu ceburi as long as ianya ke jalan kebaikan...

Sunday, March 6, 2011

Khamis 9.30 pm. Parking sesuka hati menunggu abah-mama-adek. Paling dekat paling bagus.
Jumaat 7.00 pm. Abang Cik dah selamat sampai... Keluarga kami dan Pokdi @KLIA.
Abang Cik yang putih vs aku yang cacat vs budak kecik yang sibok nak masuk jugak.
Sesi belek souvenir. Penin mama tolong atur untuk abang cik.
Kasut untuk abah bawak ke sawah. Theheh.
Sempat pergi swiming @ Pullman walaupun hujan renyai.
Ahad hari jalan-jalan shoping @ Loyat/ Pasar Road. Owh budak ini dapat camera dari Jepun. Jadi dia mencari memory card utk cameranya. holoh.
 + makan-makan @ Kerinchi.
Makan lagi.
Ahad 9.00 pm. Selamat pulang abah-mama-adek-abang cik-to Pendang.

Thursday, March 3, 2011

Welcome Home Abang Cik!

Posted by Unknown | 10:28 PM Categories:

Abang Cik balek sudah... Cerita lanjut di sini: Mek Paten. Oh penat oh. Mama abah dan Aiman sampai Khamis malam Jumaat. Abang Cik tiba KLIA Jumaat 6.30 pm dari Narita Airport. Tak lama mereka lepak sini. Ahad dah balek Pendang. Jumaat aku cuti, Sabtu kelas, tinggal Ahad je hari berjalan. Tu pun bukan jalan sangat. Pergi Loyat cari barang-barang abang Cik dan Mek Faten, kemudian ke Pasar Road. Maklum la, Abang Cik bawak balek device dari Jepun, takut power not compatible dengan Malaysia. Have too mencari apa-apa yang sesuaii. Especially Faten, dapat hadiah istimewa dari Jepun. Wauw. Tahniah buat Abang Cik dan rakan-rakan akhirnya berjaya tamatkan misi mereka dengan jayanya... Dan tak lupa terima kasih buat  Faranaz yang membuka peluang buat Abang Cik. Harapan kita, Abang Cik dan rakan-rakan mempergunakan ilmu dan pengalaman di sana sebaik mungkin untuk masa hadapan mereka di bidang pertanian! 
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube