Wednesday, January 30, 2008

eNJit-eNJit seMut...

Posted by Unknown | 3:15 PM Categories:
Tengok laaa.. Best pula skrip lagu enjit-enjit semut ni. Aku dapat dari Mas yang mempromosikan pada kami satu office. Kebetulan dia mencari something presentation untuk hiburan anaknya Alisya (dalam erti kata lain; pendidikan) di utube:

Sunday, January 27, 2008

LIVE for NOTHING or DIE for SOMETHING?

Posted by Unknown | 11:31 PM Categories:
Aktiviti hujung minggu ini agak terisi dengan adanya Nisa. Dan juga tindakan aku untuk meng"cool"kan perasaan aku yang menggelegak dengan masalah orang-orang ****. Balik kerja dah pergi Jusco Cheras Selatan shoping. Esoknya menonton Rambo 4. Emm.. Live for NOTHING or DIE for SOMETHING, aku suka ayat John Rambo tu. Kesimpulan aku, Rambo 4 ada jalan cerita dan menarik. Cuma ada yang komen, kurang mencabar compared tu siri yang sebelum ni. Apa-apa pun, best... Kemudian aku terdetik nak belikan CPU untuk Fatin dan adik. Kebetulan Chinese New Year ni aku nak balik Pendang, so aku pun pergi Lowyat survey harga dan beli accesories untuk laptop aku. Seharian juga le berjalan sampai lenguh otot-otot aku ni. Malamnya pula kami meronda ke Cheras Downtown, aku nak cari bantal kabu. Lepas tu merayau ke KL saja nak tengok lampu. Then balek zzzz Ahadnya lepak-lepak dan tunggu AJL.. Hari ni juga one of my friend berangkat ke California, hadiri kursus selama 2 minggu. Kursus 3 hari je, jalan yang lama ehh? Theheh... Good luck, semoga u success exam. Enjoy kat sana dont forget to bring me choc yea...

CaNTeK vs ?

Posted by Unknown | 11:12 PM Categories:
Kalau terjadi ditempat korang, apa perasaan korang? Nak diam ke nak bising atau pejam mata buat-buat tak nampak?

Thursday, January 24, 2008

KeLaB TaSiK PuTRaJaYa

Posted by Unknown | 9:00 PM Categories:
Petang ni balek office aku pergi melantak di Kelab Tasik Putrajaya with my friend. Bosan dah makan kat Serdang, saja nak mencuba kat sana. Hmm.. 2nd time datang sini baru boleh makan petang. First time dulu datang Restaurant dah tutup. Rasa macam best duduk makan di tepi tasik. Mendamaikan. Ditambah pula dengan suasana petang dengan aktiviti orang-orang mendayung, berbasikal, swimming dan bersenam. Happening tapi dalam suasana yang damai. Susah nak gambarkan suasana tu. Foods pun, ok. Sedap. Boleh untuk dicadangkan sebagai tempat riadah dan makan-makan. And thanks to whom buying me food there... Senang-senang belanja la lagi... :D http://www.kelabtasikputrajaya.org/

Wednesday, January 23, 2008

MeNGeNaL LeLaKi MeLaLui ZoDiaC

Posted by Unknown | 9:36 PM Categories:
Emph, sebagai memenuhi entry dan pertanyaan kawanku ini, "Bila nak update blog?" aku pastekan tajuk ini. Percaya atau tidak, tanya diri sendiri :D
Capricon ( 22 December - 20 Januari)
Orangnya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala. Pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluahkan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda. Tips utk memikat: COOL aje sis..nak tacle mereka bukan mudah.. Jangan give in selalu..ajar sikit..mereka jual mahal..kita jual lagi mahal. WARNING: Macam layang-layang putus tali..jual mahal..mahal jugak sis..jgn mahal sampai terputus tali..melepaslah kau nanti...

Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)
Orangnya: Pijak semut pun tak mati.. Tips utk memikat: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik, glamer..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you. WARNING: Lelaki Aquarius ni cepat bosan dengan orang..so sebelum dia tinggalkan kita baik kita blah dulu.

Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Orangnya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Tips utk memikat: Kasi jer belacan... WARNING: Diorang tak suka makan belacan!

Aries (21 Mac - 20 April)
Orangnya: Anak mak! smart mamat. intelligent. Tips utk memikat: Bagus utk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true..Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib..sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya. WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam motor yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.

Taurus (21 April - 21 Mei)
Orangnya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri... Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yang mencabar, let him find out the real you.. WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan...

Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Orangnya: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang..dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasannya. Tips utk memikat: Sabar aje lah..be patient. Sebagai perempuan, mengalahlah sikit..lambat laun hatinya akan lembut jugak..Lelaki Gemini ni suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua. WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dengannya..kalau dah tak tahan dengan mereka, blah aje jangan banyak cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)
Orangnya: Segak,Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan..tetapi mereka adalah sebaliknya..(berhati-hati ya). Tips utk memikat: Jangan pula anda pun nak step kaya...nanti habis duit dikebas. WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manisnya.. first-first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang-kadang jadi basi...

Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orangnya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayanginya. Suka memberi hadiah. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego(jejaka leo memang gitu)...Kuat ingatan, so berhati-hati dalam setiap kata-kata dan perbuatan anda. Tips utk memikat: sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo. WARNING: Jangan..saya ulangi..JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain..mereka tu sensitif dan kuat cemburu! Lelaki Leo tak suka berkongsi perempuannya dgn org lain.

Virgo (24 Ogos - 23 September)
Orangnya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, cengeng. Suka mencari perhatian dari perempuan....Sanggup melakukan apa sahaja utk memikat perempuan yg kadang-kadangboleh memalukan perempuan tersebut. Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh,sofisticated,simple, jangan banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo cengeng..kuat merajuk) WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter"over welming"..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi je flying kick sama dia.

Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober)
Orangnya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dalam segala hal... Tips utk memikat: Senang aje..Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky..SO be urself WARNING: So bila nak date..pakailah make-up yg sederhana..tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada..a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.

Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)
Orangnya: action serius, mudah cemburu, mood swing.. Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya..nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. WARNING: Buat pilihan yang betul bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasi warning)

Sagitarius ( 23 November - 21 December)
Orang nya: Fuyoo..siapa dapat memang untung...Sagitarius orangnya happy aje..suka (bergembira tepok tangan sama-sama-..la la la..) bawa partner jalan-jalan..sort of adventurous Tips utk memikat: Sentiasa adakan plan bila nak keluar..tengok wayang ke? kanoeing ke? anything asalkan jangan membosankan... WARNING: Jgn "you plan..i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

OPeNiNG MoviE FoR 2008

Posted by Unknown | 8:10 PM Categories:


Huhu. Opening utk tahun ni benar-benar buat aku pening kepala. Memang betul kata Kak Has, movie ni buat orang seasick. Nasib baik aku buat study sikit kat blog dia dan utube. At least I'm well prepared to face the story. Ramuan aku, sediakan air mineral, kemudian jgn usha sangat movie tu. Sekali-sekala pandang tempat lain. Air untuk oksigen. Hasilnya, walaupun pening tapi kiteog masih boleh jalan-jalan shoping. Conclusion cerita ini, jalan cerita menarik. Cuma gaya penceritaan yang disampaikan tu yang mengganggu title BEST bagi movie ini.

Monday, January 7, 2008

tiReD...

Posted by Unknown | 8:29 PM Categories:
Penatnya hari ni... Aku rasa tulang-tulangku ini dah berkeriuk dah. Kalau boleh dibuka dan dipasang balek, aku rela pasang tulang baru. Bila Mas bagitau dia ke spa last weekend ni, aku menccerit-cerit nak jugak. Aduhai... Mesti best kalau ada orang yang membelai-belai badanku yang dah berkeriuk ni. Cepat la siap renovation ni. Kulit aku ni spesis anti-habuk... Dah berkerut-kerut macam peta dah ni... :-(

Erna, buat apa tu... Theheh

I Rindu Kak Has... Teringat saat-saat indah mengemas berdua

Mama-mama budak sedang kusyuk membelek gambar

Berehat kejap setelah penat mengemas. Tak sangka boleh lihat kondo idamanku yang baru siap dibina depan Mines tu


Sunday, January 6, 2008

WeLcOme 2008

Posted by Unknown | 1:34 PM Categories:
Sedar tak sedar hari ni dah 6 haribulan. I didn't make any wish in my blog yet ha? Eheheh... After I review my last year wish, nampaknya ada yang belum tercapai... Aku belum sampai ke Perhentian. So I think I will bring forward my last wish to this year. Memang tak dapat dinafikan, Januari - July 2007 aku bekerja begitu produktif. Sampaikan aku pernah stay kat office sampai 3.00 pagi (without OT elaun tu). 2007 banyak mengajar aku erti kehidupan. Erti sebuah tanggungjawab. How to be a leader. How to be brave. How to be firm. And how to be nice. Dan pengajaran yang paling penting adalah kita tahu apa yang kita buat. Tak perlu kita fikir orang itu salah, orang ini salah. Yang penting we did a good job. 2007 mengajar aku tentang erti sebuah persahabatan yang suci yang sukar untuk dicari dan amat mahal untuk dibuang begitu saja. 2007 juga adalah tahun aku bergraduat. Tahun aku menangis menanggung kesengsaraan dan akhirnya aku menangis kerana menikmati kejayaan. So sweet... So, I will make sure 2008 will be more sweeter than 2007. I will be more valuable person than now. And I really hope that this year, Allah murahkan rezkiku... Amin.

Saturday, January 5, 2008

New YeaR. BoReD. WallPaPeR...

Posted by Unknown | 10:14 PM Categories:
Ehem. Sikit pembaharuan sempena New Year... Sbenarnye aku terliur tengok wallpaper yang baru dipasang kat office tu. Terus aku bermimpi pasang kat rumah. Tak dapat pasang penuh dapat buat border pun jadi.. Theheh.

Monday, December 31, 2007

CaBuT GiGi

Posted by Unknown | 10:11 PM Categories:
Theheh. First time in mylife aku cabut gigi di klinik. Kalau kecik-kecik dulu aku biarkan saja gigi aku luruh sendiri. Theheh.. SEJARAH. Memang menjadi sejarah yang kelakar. Aku mula saket gigi kerana gigi bongsuku tumbuh senget. Sengsara aje. aku rasa mid of this year sibongsu ni tumbuh. Tak tahan la asyik saket aja.. Lalu atas desakan orang, aku pun ke klinik gigi petang tadi dengan niat nak check gigi aja.. Mana la tahu boleh makan ubat aje nak hilangkan saket. Alih-alih, dengan muka tak bersalah Dr. Munah "suggest" cabut saja. SUGGEST tu dengan erti kata lain memberi arahan veto untuk cabut saja gigi tu. Habis menggeletar satu badan. Terus hilang maluku waktu tu. Siap tunjuk muka kesian dengan harapan Dr tukar "suggestion" tu. Malangnya, tangan Dr Munah tu memang betul-betul konfiden. Lepas tiga cucuk jarum bius, dengan slumber Dr masukkan playar. eeeee... Ngeri gila kalau aku recall saat tu. Tapi memang sekejap. Sekejap sangat dan saketnya adalah sikit tapi tak mengerikan sepertimana rupabentuk playar tu.. Sekarang ni aku cuma rasa berdenyut-denyut dan tak selesa sikit. Masih bleeding. Hopefully by tomorrow ok... Thanks to those who support me. Aku memang manusia yang takut merasa saket dibadan ni. Serius. 31 Disember 2007. Memang klaka dan aku akan ingat sampai bila-bila... Theheh...

Sunday, December 30, 2007

SeHaTi BeRDaNsa... FiNaLe 2007

Posted by Unknown | 8:48 PM Categories:
Huhu... Finale activity for this year... Kerana adanya Faranaz yang suka berhibur, maka dapatlah kami menonton Sehati Berdansa secara live untuk yang terakhir.. Memang berbaloi, Vanida dan pasangannya menang! Aku sebenarya tak kesah pun Anne ke, V ke yang menang kerana they deserved it. Memang menghiburkan. Selesai je acara tu, terus kiteog ke F1, sebab Nisa nak belanja Western Food. Apalagi kiteog, makan free.... Huhu.. Last activity for year 2007... Harap next year akan mewarnai lagi duniaku dengan warna-warna pelangi...

Friday, December 21, 2007

RaYa AiDiLADHa, CuTi, CuTi DaN CuTi...

Posted by Unknown | 8:49 AM Categories:
Hmmm... Bosannya datang office untuk hari Jumaat ni dan Isnin depan. Kosong lagi... Yang kelakarnya, One Utama pada hari Raya Aidiladha ni very pack la pula. Semua nak nonton National Treasure II. Penuh panggung. Hairan aku. Masuk UPM hari ni kosong. Siap boleh baring atas jalan kalau nak. Hmmm.. Inilah ragam rakyat Malaysia. Kalau bab cuti, hiburan, balek kampung... Semua sanggup tak kesah la banjir ke, gempa bumi ke. Tapi kalau bab masuk kerja, huhhh malasnya tuhan saja yang tahu. Nasib baik cuti aku dah habis, kalau tak gerenti aku terjoin kategori ni juga. Tapi kan, cuti aku tahun ni dah la 15 hari saja, semuanya aku habiskan untuk exam (study final sem), projek master dan exam, interviu jabatan kerajaan. Tak ada pun cuti rehat! It's really not fair for myself! Huhu. Tak apa la andai tahun 2007 ni bukan rezeki aku... Sekurang-kurangnya tahun ni aku naik gaji walaupun tak tetap... Dan yang paling best, aku berjaya jua menamatkan Master yang penuh dengan kontroversi. Aku memang berbangga, kerana aku usahakan dengan titik peluh sendiri, dah habis Master tak ada hutang, Alhamdulillah... Sungguh berbaloi walaupun orang sekeliling bising bila aku nak beli kereta? It's okay with me asalkan aku tak susahkan hidup orang. Aku boleh berdikari dengan sendiri dan aku boleh selesaikan masalah yang ada walaupun rumit dan perit. Hari ni sungguh bosan tiada orang. Erna, where are you... Huhu..

Wednesday, December 5, 2007

FiNallY... GiFt FoR NeW YeaR

Posted by Unknown | 11:33 PM Categories:
Finally, after suffering for a long, long time... We've made it. It might be my last contribution here. I've been prayed for a long times waiting the final step. Hope they will do the best as I wouldn't hear the bad voice again. This is the reality facing with many kinds of human behavior that would teach me how to handle my feelings, my emotions and my ingenuity. Ya Allah, please. Hope your blessing to make our dreams become a wonderful reality which this effort might be unforgettable for him. To prove that Illiana, the girl who are prefer to touch a keyboard would also use her voice and brain to face such these assignment that would be weird for her, but as a result, the output that will be here forever…

Monday, November 26, 2007

GoLDeN CoMPass - - - We'Re WaiTiNG!

Posted by Unknown | 10:19 PM Categories:
Terasa macam lama pula 6 Disember 2007...

Wednesday, November 7, 2007

RaYa SaKaN aFTeR RaYa...

Posted by Unknown | 8:36 PM Categories:
Gambar ini aku terima dari Erna. Sewaktu kami beraya ke rumah Kak Wan dan Kak Ita (jiran belakang rumahnya selaku agen Kurnia Insurans). Macam meriah dan cantik pula Erna design. Pandai Erna, mama 2F. Meriah fotopagesnye yang baru diupdate. Teruja dan tumpang gembira aku tengok aksi-aksi 2F yang sememangnya hensem + comey giler.... (Sejuk perut mak mengandung)

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube