Hmmm... Bosannya datang office untuk hari Jumaat ni dan Isnin depan. Kosong lagi... Yang kelakarnya, One Utama pada hari Raya Aidiladha ni very pack la pula. Semua nak nonton National Treasure II. Penuh panggung. Hairan aku. Masuk UPM hari ni kosong. Siap boleh baring atas jalan kalau nak. Hmmm.. Inilah ragam rakyat Malaysia. Kalau bab cuti, hiburan, balek kampung... Semua sanggup tak kesah la banjir ke, gempa bumi ke. Tapi kalau bab masuk kerja, huhhh malasnya tuhan saja yang tahu. Nasib baik cuti aku dah habis, kalau tak gerenti aku terjoin kategori ni juga. Tapi kan, cuti aku tahun ni dah la 15 hari saja, semuanya aku habiskan untuk exam (study final sem), projek master dan exam, interviu jabatan kerajaan. Tak ada pun cuti rehat! It's really not fair for myself! Huhu. Tak apa la andai tahun 2007 ni bukan rezeki aku... Sekurang-kurangnya tahun ni aku naik gaji walaupun tak tetap... Dan yang paling best, aku berjaya jua menamatkan Master yang penuh dengan kontroversi. Aku memang berbangga, kerana aku usahakan dengan titik peluh sendiri, dah habis Master tak ada hutang, Alhamdulillah... Sungguh berbaloi walaupun orang sekeliling bising bila aku nak beli kereta? It's okay with me asalkan aku tak susahkan hidup orang. Aku boleh berdikari dengan sendiri dan aku boleh selesaikan masalah yang ada walaupun rumit dan perit. Hari ni sungguh bosan tiada orang. Erna, where are you... Huhu..
TANGAN DAN KAKI KEBAS
-
“Assalamualaikum Dr, saya nak tanya, apa punca tangan dan kaki jadi
kebas? Semalam saya ada tersalah makan, perut mula meragam, badan rasa tak
selesa, ke...
11 hours ago