Monday, January 24, 2011

Panas vs. sejuk

Posted by Unknown | 9:25 AM Categories:
Petua dari orang tua. Kalau badan awak panas, silalah bancuh air dengan bahan-bahan ini. InsyaAllah mujarab... 
Gula batu.
 Buah kembang semangkuk.
Campurkan dua bahan itu ke dalam satu jag air, biarkan 3-4 jam atau sehingga buah itu kembang.
Dan sudah boleh minum... Kalau anda malas, sila pergi kedai dan order laici kang. Sama je kekdahnya tu.

Thursday, January 20, 2011

Hai format lagi...

Posted by Unknown | 10:22 PM Categories: ,
Bila baru nak buat kerja, dah kena configure balek lappy ni. Masa ni lah dia nak buat perangai. Masa aku bertukar ke DIGI baru. Ceh. Satu hal lagi dia sikmau boot setup. Terpaksa run dari Windows akhirnya aku terformat D, which is everything on my documents saved inside disappeared suddenly! Hm, terpaksa pinjam gambar ini dari google dek kerana all my pictures collection musnah!!! Waaa!!! Menci menci.

Wednesday, January 19, 2011

2 things to tell u

Posted by Unknown | 1:04 PM Categories: ,
Aku ngaja lagi!!! Ini statement suka ke pasrah?Bertambah suka + gentar bila rezeki aku kali ini subjek Multimedia authoring and programming. Ini subjek favorite aku. Kena pula aku pernah mengajar Director di UPM dulu. Cuma macam biasa, aku kena study balek, polish semula ilmu aku. Iskk best pula ngajar. Aku rasa macam nak mencuba apply for lecturer full time lah. Ops boss jangan marahh.. Huhu. Saya buat kerja part-time tak pe kan boss. Selain mengasah otak aku yang makin berkarat ni, boleh juga menambah pendapatan aku yang sekangkang kucing je ni. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah beri.

We've got new house-mate!!! Alhamdulillah... Sekian mencari, akhirnya ada juga yang sudi dengan ikhlas nak berteduh di teratak buruk aku ini... Huhu (maaf wajah housemate baru masih belum boleh dipertonton). Dapat le juga menampung angin pelampung yang kurang cukup tu... Namanya Dayah, Miri mari. Orangnya sweet-sweet so-so. Kalau nak dibanding dengan aku dan Peyuh ini, dah tentu berpangkat adik sebab dia baru je masuk kerja di JKR. Apapun, harapan aku kami serumah dapat hidup baik-baik. Namo gado-gado sebab aku tak suka gado-gado. Majuk bole (melampau kan). 


ps* Dengan pertanyaan: Cik Akma, bila nak datang rumah? Saya tak marah awak, majuk je ada. Tunggu awak pujuk tak kunjung tiba. Kot-kot la nak datang ziarah bawa cendol sebungkus ke...

Tuesday, January 18, 2011

Saya beralih ke DIGI Broadband!

Posted by Unknown | 8:58 PM Categories:
Yeyh. Saya sudah beralih arah. Membatalkan Celcom broadband pada 15 Januari lalu dan mendaftar Digi pada hari ini. Pelan RM38/month yang mana 3MB pada 7am-7pm. Katanya tak boleh guna malam sebab speed 128kb saja. Tapi sekarang aku sedang testing, boleh je main sudoku, check email dan baca blog-blog orang. Download tak boleh. Ok la setakat ni sebab aku jarang guna broadband malam-malam. Cuma guna masa nak cari bahan kerja. FB pun jarang-jarang (tidur lagi enakk). Orang kata DIGI elok kat bandar sajork. Balek kampung hampas. Oklah tu dengan RM38... Lets see how. Seems no contract. If ok then can upgrade to RM68, which 3MB speed for 24 hours. Or if not ok just terminate it.

Friday, December 31, 2010

Bila Perempuan Tua Sebelum Usia

Posted by Unknown | 1:56 PM Categories:

Semalam housemate aku bercerita tentang officemates dia yang so annoying... Kononnya bila perempuan itu menganggap dia dah berjaya menempuh alam rumah tangga, ada suami anak segala, maka dia adalah mak dara yang malas pun tak apa. Dengan erti kata dia tu perfect sangatlah kot.. Dan suka membuli anak-anak dara seperti spesis kami ini. Kesian Yuh, dituduh malas membasuh pinggan mangkuk di pantry yang dia sendiri tak makan. Oleh kerana dia status anak dara, so dia dipersalahkan kerana tak basuh pinggan. Dengan alasan, anak dara kena rajin. WHY??? Sebab nanti tak laku??? Owhhh pleasseeee... 

Aku pernah marah Mast gara-gara dia buat lawak suruh aku basuh pinggan sama-sama kat office dengan alasan aku anak dara, praktis basuh pinggan before kahwen. Owh marah betul aku statement tuu... Walhal Mast bergurau je. Kesian dia.. Huhu. Naseb baik dia easy going person. Bukannya apaa... Aku tak boleh terima alasan suruh colligues buat kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan hasil lantakan perut manusia lahap mana dengan alasan orang bujang yang patut buat kerja lebih. Orang bujang balik office awal, mesti ada soalan, "Ada anak ke yang nak balek awal sangat ni...". (Kau dah tentu 5.00 pm time off kalau kerja lebih masa pun bukan dapat OT. Takkan semata nak tunjuk rajen kat orang, kau main game sampai pukul 7.00 pm baru nak balek??? Kerja bodooo).

Kau nak suruh kami belajar hal rumah tangga ni pun, tengok oranglah... Aku anak sulung OK. Adik 4 orang. Kerja rumah tangga apa aku tak pernah buat. Basuh baju mama, abah, adik-adik, tak campur lagi kain cadar etc. Kemas rumah sebesar alam, termasuk bilik-bilik adik-adik, sediakan bahan memasak mama, potong bawang, cuci sayur, dageng, ayam, tanak nasik, cuci lampin adek-adek yang taik cair, berketul-ketul warna coklat ada hitam ada. Apa benda lagi?? Cuci kereta?? Bulan puasa bangun paling awal sediakan makanan, dah siap segala baru kejut mama. Kerana rajin aku ni, sampaikan student abah ingat aku ni orang gaji. So please. Tell me. What kind of kerja rumah yang perempuan tua sebelum usia anggap kami anak dara tak boleh buat? Tell me. Layan suami?? Dah tentulah itu je yang kami tak pandaiii... Setakat layan suami semua perempuan tua sebelum usia rela kan...

So, its up to us anak dara untuk tentukan hidup kami. Soal pandai tak pandai rajin tak rajin tak perlu kau ungkit. Dah status single, masa ni lah kami bebas nak buat apa kami suka. Kalau malas pun, ada kami kesah?? Ada kau bayar bil untuk kami? Kau tak kurang sesen pun kann?? You choose your life, same goes to us. So face it without any comment. Kalau tak puas hati pada anak dara, siapa suruh kau desperate tamatkan dara kau??? You have option to choose so choose wisely. Don't bother others. Step away.

Sunday, December 12, 2010

Menghabiskan Weekend...

Posted by Unknown | 10:43 PM Categories: , ,
Supposedly program kami ke Melaka. Ahad kenduri Ida di Muor. Tapi nampaknya perancangan kurang menjadi. Bermula dari Nisa yang dijadualkan bekerja, sehinggalah masing-masing bermasalah dengan car masing-masing yang nampaknya tidak disarankan untuk perjalanan jauh... Maka menapak di rumah sajalah. Aku pun dah siap marking paper segala, macam tak ada kerja nak buat. Kerja nonton Korean drama. Nak swiming, period time pulerr.. Jadinya, kebosanan Sabtu lalu kami ke Putajaya. Cadang nak cycling @ Taman Botani. Tapi tutup sudah 5.00 petang. Kami langsung ke Taman Tasik Putajaya Wetland. Decide ambil rowing boat sebab boleh muat kami 3 ketul. 1/2 jam RM15 untuk weekend (RM8 weekdays). Meriah juga, adalah beberapa ketul family, couples... Owh amat tenang melihat air dan langit. 

Bersiap sedia nak pilih jaket
Kene duduk tengah sebab paling berett...
Syok lor rowing rowing
Takdak keje kekdahnya... STAR!

Teringat pula saat aku berkayak dengan Hamburger, di tasik yang hening-bening tetiba kedengaran suara kami gaduh-gaduh atas kayak. Sampai melicit tangan hamburger dibuatnya aku yang suka membebel. ohoh zaman bercinta, tak indah sungguh. Dah penat berkayuh sampan, kami pun sampai ke daratan dan take rest gitu.. Perut pula melapar, terus menapak ke food court apatah namanya menghala ke Kajang. Makan malam,  balek rumah dan sambung menonton Korean... Owh, logo Kak Has dah siap, website Pokdi belum. Huhu... mood where are you...

 Satay wili yang nampak sedap... taste oklah.
Menu Nisa, char kuew teow. Tapi air aku punya, ice-blended asam boi limau.

 Menu Yuh, Charmegi

Terminate it! Celcom Broadband yang Menghampakan

Posted by Unknown | 9:37 PM Categories:
Yes, yes! Finally December. Akan aku terminate celcom broadband yang menghampakan ini. Everytime nak sampai bil a.k.a masa untuk membayar bil, (eventhough dah bayar!) line Celcom broadband amatlah lembab nak mampos! Amat menghampakan untuk pengguna yang setia membayar every month, tak kira cepat atau lambat. Aku daftar line ini untuk kontrak 1 tahun. will end by this Dec. Amatlah kegembiraan kerana tak sabar-sabar aku nak tamatkan servis. Every month, RM80 spent for this line yang servis macam hantu. Slow! Kena pula musim nonton korean drama. Amatlah menghampa-hampakan. Dah la masa beli dapat free modem yang tak boleh pakai. Susah payah aku beli baru jenama Alcatel. Rubbish! That's it.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah...

Posted by Unknown | 6:45 PM Categories: ,

Wah baru siap marking paper segala. Perghhh lega untuk seminggu. Dapat concentrate keje IMR jap. Owh, logo Kak Has belom tersentuh. Matikk la aku kalau Kak Has tanya. Cuti yang macam tak bercuti dan tak berhibur... Hmm what to do.. Life must goes on. Ajak Yuh release tension jap lah.

Monday, December 6, 2010

Awal Muharam: Doa Awal Tahun

Posted by Unknown | 8:07 PM Categories:

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Sumber:
1) http://www.ashtech.com.my/,
2) http://www.jomlayan.com/

Awal Muharam: Doa Akhir Tahun

Posted by Unknown | 8:02 PM Categories:

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Sumber: 

Sunday, December 5, 2010

Kerana Kawan Diri Binasa

Posted by Unknown | 1:03 PM Categories:
Wah tajuk. Panas gitu. Binasakah? Hmmm.. Well, takde la sampai ke situ... Tapi ini entry sesi aku meluahkan rasa frustrated. Tiada mood untuk berfikir, tiada mood untuk bercakap (nak cakap macam mana lagi, takkan nak sembur orang habis-habis... Cukuplah aku dah call cakap sekali). At least. At least aku masih ada sikap tanggungjawab. Bukan lari dari kenyataan. Bukan asyik nak pertahan ego (sepertimana yang segelintir friends menganggap aku begitu). Kadang tu bila kita nak mengata orang, menyalah orang, sila cermin diri sendiri dulu. Cukup PERFECTkah anda? Melabel aku sebagai manusia ego, leader yang tak baguslah. What the heck?? At least, I know where am I standing. You know yourself? Perfect enough?


Erghh... Melalut sudah. Bukan ini yang aku nak bebel actually. Malaslah nak bebel. Kang nanti orang kata bingit mendengar. Itulah. Kadang-kala menjadi anak sulung ni serba-salah. Bila tak tegur, salah. Bila menegur, orang kata kaki bebel. So nak jadi manusia spesis apa lagi?? Tapi macam mana dengan perangai manusia yang dah berusia tapi childish?? Boleh berfikir secara matang tak?? If u have problems, don't drag your problems to others. Whereby, THINK to solve it without drag others. Tak perlu nak bayar-bayar. Sebaliknya cuba fikir secara matang. Macam-mana nak kahwen kalau diri pun tak boleh berdepan dengan realiti kepayahan hidup?? Profesional lah sikittt... Kita utamakan hak kawan, tapi akhirnya kawan take for granted. Sudahnya sendiri yang susah. Benci.

Thursday, December 2, 2010

Serabut

Posted by Unknown | 5:47 AM Categories:
Argh serabutnyaaaaa... Rasa nak muntah. Banyaknya kerjaaaa!!!!!!!!!!

Sunday, November 28, 2010

Yesterday and last night was very tired

Posted by Unknown | 3:45 PM Categories: ,
ps* ini adalah post kejadian minggu lepas (20-21 Nov  2010). Penulis kecuaian kerana menyangka telah membuat schedule post walhal post ini disimpan dalam draft dan penulis baru je tersedar tadi setelah seminggu tak membuka blog. Maafkan penulis kerana amatlah busy kalah orang lain.


Mengikut plan asal kononnya nak pergi picnic pagi Ahad. Namun gitu, dah pergi i-city baleknya 1.00 pagi, mahu gigih kau nak bangun pagi?? Tunggu Kak Has reply mesej tak kunjung tiba, so sesudah lunch nasik hasil tangan mama, kami pun decide pergi PD waktu petang walaupun dah tengok dalam google cuaca PD waktu petang dijangka hujan renyai-renyai... Dah tolok baru dapat reply Kak Has. Oh terlambat sudah. Ingat sempat la menyinggah masa balek nanti. Pun begitu sesuatu yang tidak terjangka terjadi. Masa aku kesengkekkan wang ni jugaklah my lovy nak buat hal.


Right after kami menyinggah ke Muzium Tentera Darat, elok-elok nak berangkat ke pantai, lovy tak boleh nak hidup. Adoiyai. Susah hati betul aku. Bateri dah tukar, cooling system dah ok, minyak baru semalam isi separuh penuh. Mati kutu aku dibuatnya. Tapi tak la haibat sangat kerisauan aku sebab my father here... Theheh. Bila abah check, abah pun tak dapat identify apa masalahnya... Kebetulan, (nak dipemudahkan Allah) ada satu keluarga ni naik Exora. Suami isteri begitu baik. Seingat aku plat number NCJ60**. Mereka pernah pakai kete spesis ni sebelum ni. So dia tahulah masalah lovy yang gah pada nama ini:

1) tingkap. YES memang betul
2) Pump minyak. Yang ini belum pernah aku face. katanya, mesti awak tak pernah tukar ni. Yes memang betul. Kat sit belakang, tempat pump minyak naik tu. Patut la aku selalu tukar spark plug. 6 bulan skali mesti nak sedut-sedut. Ces. Rupanya sebab pump minyak.


So satu family ini pun tolonglah kami mencari kedai pomen. Kemudian mereka datang dan bagitahu kejap lagi pomen sampai dan mereka pun berlalu pergi. Besar rahmat sangat pertolongan mereka itu. Sanggup carikan kami pomen. Siap minta roger dia kalau pomen tak sampai. Owh baiknya. Semoga Allah membalas kebaikan mereka... Amin. Kemudian pomen sampai dan terus bukak sit belakang dengan hebatnya. And finally, betullah seperti si suami baik itu katakan. wire pump putus. Kalau tukar cap taiwan je mahu RM250. Original gitu gini RM500. Glupp. Pinar bijik mata aku. Tapi kan, nak dipermudahkan Allah sekali lagi, kami dapat abang pomen yang baik, ikhlas, jujur dan brilliant. Dia tukar wire je. Sebab katanya, wire pump tu putus. Pergh ganas kau wanita memandu. Sampai terputus-putus wire. Alhamdulillah charge tak sampai ribu-riban. Hmph, kalau lah terjadi masa lain dan dibawa ke kedai kat KL tu, memang sah-sah dia hentam aku cukup-cukup. Oohhh...


Settle segala kami singgah juga la kejap kat pantai. Cuma Aiman terkilan tak dapat mandi. Kemudian terus makan satay kajang kat cawangannya di depan seberang jalan. Abah dan mama kempunan nak makan satay kajang. Begitulah alkisahnya... Esok abah dan Aiman akan balek Pendang. Mama stay until kenduri Dewi Sabtu depan. InsyaAllah umur panjang, trip KL familyku akan kami bawa ke PD siap pasang khemah dan kite bakar satay gitu. Amin!

Thursday, November 18, 2010

Skype di Eidul Adha...

Posted by Unknown | 3:50 PM Categories: ,
Skype penghubung komunikasi terpantas kami... Eidul Adha disambut di Selangor tahun ini... Huhu. Nanti aku cerita lanjut kerana ketiadaan sumber gambar untuk diceritakan buat masa ini. Gambar ini sempat diambil guna camera mama malam ini untuk buat tatapan diariku. 

Lepas magrib dah melepak di hall mata melekat pada laptop bukan di TV...
 Cian Bang Cik. Asal malam je berlapis-lapis jaket dipakainya. Suhu mencecah 7 darjah celcius. Belum salji gi tu...
 Satu family. Bang Cik terkilan tak dapat tengok video kami masa di rumah Pokdi. Lagi happening masa di sana.

Tuesday, November 16, 2010

Zaman sudah berubah...

Posted by Unknown | 11:06 PM Categories: ,

Hai... Teringat zaman degree dulu. Belajar Sains Komputer sikit punya susah. Mana nak dapat laptop macam ni. Dari Pendang ke Pudu aku usung sorang-sorang monitor CRT, CPU yang gedabak bersama-sama printer diikat pada troli naik bas. Ingat lagi, kerana nak usung satu set komputer itu, aku kene tipu RM50 sebab pakcik yang tolong angkat barang aku tak iklas, minta upah sedangkan aku ada seketul RM50 masa tu. Huhu. Susahnya zaman dulu kala. Sekarang, 1 rumah saja dah boleh ada berketul-ketul lapy (laptop pronoun by Nisa). Tengok, bila adik-beradik berkumpul. Sesak hall rumah dengan lapy. Itu baru 3 yang nampak, tak campur dengan yang dalam bilik lagi. Hohoh zaman sekarang... Sungguh mudah.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube