Monday, December 31, 2007

CaBuT GiGi

Posted by Unknown | 10:11 PM Categories:
Theheh. First time in mylife aku cabut gigi di klinik. Kalau kecik-kecik dulu aku biarkan saja gigi aku luruh sendiri. Theheh.. SEJARAH. Memang menjadi sejarah yang kelakar. Aku mula saket gigi kerana gigi bongsuku tumbuh senget. Sengsara aje. aku rasa mid of this year sibongsu ni tumbuh. Tak tahan la asyik saket aja.. Lalu atas desakan orang, aku pun ke klinik gigi petang tadi dengan niat nak check gigi aja.. Mana la tahu boleh makan ubat aje nak hilangkan saket. Alih-alih, dengan muka tak bersalah Dr. Munah "suggest" cabut saja. SUGGEST tu dengan erti kata lain memberi arahan veto untuk cabut saja gigi tu. Habis menggeletar satu badan. Terus hilang maluku waktu tu. Siap tunjuk muka kesian dengan harapan Dr tukar "suggestion" tu. Malangnya, tangan Dr Munah tu memang betul-betul konfiden. Lepas tiga cucuk jarum bius, dengan slumber Dr masukkan playar. eeeee... Ngeri gila kalau aku recall saat tu. Tapi memang sekejap. Sekejap sangat dan saketnya adalah sikit tapi tak mengerikan sepertimana rupabentuk playar tu.. Sekarang ni aku cuma rasa berdenyut-denyut dan tak selesa sikit. Masih bleeding. Hopefully by tomorrow ok... Thanks to those who support me. Aku memang manusia yang takut merasa saket dibadan ni. Serius. 31 Disember 2007. Memang klaka dan aku akan ingat sampai bila-bila... Theheh...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube