Sunday, November 9, 2008

SaaT KaU HaDiR

Posted by Unknown | 9:30 AM Categories:
Akak, semalam nasib baik saya sempat terjah MPH. Dengan satu tujuan. Beli SKH. Lepas interview hari tu dah terjah Koperasi UPM malangnya belum ada. So, malam semalam after beli buku, saya langsung dok berteleku menghadap SKH. Kesimpulan saya; SKH best untuk dibaca sebab saya boleh habiskan satu malam! 5 1/2 jam je dah cukup. Tu dah membuktikan buku akak ni best sebab kalau ILLIANA dapat habiskan satu malam untuk sesuatu novel, maknanya novel tu bestlah.

Syabas akak. Tabik spriing harus diberi pada akak kerana SKH. Sebabnya; pada pendapat peribadi saya jalan cerita SKH amat menarik! Ada peningkatan. Cuma saya tak pasti tentang komen yang saya berikan ni selayaknya diklasifikasikan sebagai komen pembaca atau komen individu kerana sebahagian bahagian di awal cerita telah memflashbackkan saya pada saat-saat kita bersama; Zaman ada akak, KaK Ju, Kak Ai...(rindunya zaman tu). Tu yang agak terganggu tu. Tapi akak memang pandai memilih karakter. Saya boleh bayangkan Eliana tu siapa. Karakter siapa yang akak masukkan telah membuatkan bayangan saya pada Eliana tu superb.

Kemudian akak buat detik pertemuan Eliana dan Amri. Waaa.. Bestnye. Terberangan jap. (Kenapa la tiapkali aku naik ketapi xde la plak adegan-adegan cenggitu. Huhu). Dapat pakwe yang romantik tahap gaban, loving nak mampus! Adoi. Tangkap lentok jap saye akak. Kemudian pakwe menjadi misteri. Huhuuu... Terus aku nanges! (nanges tu akak... Saya belum pernah nanges baca novel akak ni!).

Scene saya paling suka; saat Eliana gi snorkling. Tapi kan, berani la plak dia gi snorkling bodoh-bodoh je sorang diri. Sungguh bodoh Eliana ni. Theheh. Saat dia jumpa Deltan... Fuh saat ni terus aku dapat ambik karakter Deltan tuh! Dengan muka yang hensem gaban, rambut cacak, body tough. Uuuiiiii sweetnya Deltan! (Gatal jap aku) Kena pulak dia gi dinner dgn Deltan. Adoi alangkah bertuahnye kalau jadik kenyataan... Fuh.

Dan yang saya paling tak duga siapa Deltan tu sebenarnya. Hmmm. Akak ni. Penuh misteri cerita ni. Terpaksa masukkan jap karakter mamat tu pada si Imran nih. Bertuahnye Eliana ni. Dah la dapat kekasih loving gaban. Dapat peminat pun cinta tahap bintang. Adoi... (terberangan jap).

Apapun, setiap watak dalam novel ini akak pandai letakkan peranan mereka masing-masing. Saya suka part akhir cerita ni. Selepas Eliana memilih Imran sebagai suami. Start scene tu, bermulalah espisod CSI. Saya seperti tak sabar-sabar nak selak page seterusnya sebab nak cari jawapan pada cerita tu. Dan. akak ni memang suka buat surprise orang la. Saya dah frust gila di akhir cerita dengan keputusan Eliana. Dah nak nanges pun ada mengenangkan naseb jejaka nan satu tu. Sekali rupa-rupanya ada satu chapter saya tak baca. Ceh! Aku siap sempat gi kenceng lagi. Dalam keaadaan frusst lak tu. Grrrr.

Apapun cerita akak ni banyak bawa pengajaran. Tentang peluang kedua. Tentang motivasi. Tentang kasih ibu. Tentang bipolar disorder. Theheh. Lawak. Sia-sia nampak gila kerana si Amri tu. Lawak, lawak.. Bagi saya, SKH sebuah cerita cinta romantis yang taklah memboringkan. Taklah romantis all the way. Sebaliknya cerita romantis yang diadun dengan pelbagai unsur seperti kelakar, sedih dan CSI.

Syabas untuk akak untuk novel ketiga ni... Dok di Berlin tu jalan-jalan jugak, tapi jangan lupa cerita seterusnya.. Bravo!
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube