Sunday, May 20, 2012

Kellie's Castle

Posted by Unknown | 6:00 AM Categories: , ,

Ater, expedition 2 jam je dalam Gua Tempurung.

Selesai sudah kami gerak pulang KL. Before pulang, menyinggah sebenter ke istana ala-ala Taj Mahal tapi version Malaysia, Kellie's Castle.

Katanya, Uncle Kellie bina istana ni untuk isteri tersayang dengan perancangan menamakan Kellas House. Ada juga yang menyatakan sempena menyambut kelahiran anak lelakinya. Actually anak sulung perempuan. Lama jugak ler after yang sulung tu nak dapatkan anak nombor 2, which important, anak lelaki... Of course le nak anak lelaki dengan harapan anak itu mampu mewarisi legasi rubber estatenya itu. 

Oleh kerana pakcik Kellie ni tokey rubber estate, most of workers of course India. Pekerjanya sarankan dia berdoa kepada tuhan Hindu untuk dapatkan anak lelaki. Tup tup memang dapat. So, dia pun bina kuil sebagai tanda penghargaan selepas anak lelaki itu lahir. Orang kata ada tunnel ke kuil dari istana itu. Ntah la not sure. Tak berani aku nak cari except aku masuk bilik wine bawah tanah. tu je pun dah menyeramkan. 

Satu kebanggaan istana ini ialah elevator yang aku tengok macam tak siap. Ini adalah elevator yang pertama di Malaya okay.

Dan. Istana ini pernah dijadikan set penggambaran "Anna and the King", 1999.

Bila Uncle Kellie died, wife tinggal keseorangan dan kebosanan. Lalu berkeputusan untuk pulang ke Scotland. Orang kata boleh nampak hantu Kellie merayau-rayau di sini... Mahu tidak, sebijik istana tersergam dalam kebun getah yang menebal.

Begitu. Alkisah sejarah Kellie's Castle, Batu Gajah Perak. Moh pergi sana kalau anda suka bergambar. 
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube