Resepi:
- Ambil 3 biji kurma dan buangkan biji serta kulitnya (kulit kurma boleh sebabkan batuk kepada bayi).
- Masak kurma tersebut bersama air.
- Kupas sebiji pisang dan potong kecil.
- Masukkan pisang tersebut bersama kurma yang direbus. Biarkan sehingga pisang kelihatan masak.
Dah sejuk boleh hidang....Terpulang kepada ibu sama ada nak blend atau tak untuk baby yang belum ada gigi. Pisang ni pun dah lembut, boleh lecek lecek saje. Nak mudahkan kerja, ibu boleh sediakan puri kurma. Bila nak masak lepat pisang, hanya panaskan puri kurma dan campur bersama sedikit air dan pisang.