Tuesday, December 30, 2014

Kebaikan Zinc Complex

Posted by Unknown | 1:53 PM Categories:
Susulan entry bila nak tambah, tiba-tiba I nak cerita tentang kebaikan Zinc Complex ni. Related... and so with post mari berusaha pregnant. Theheh.

Banyak kebaikannya consume Zinc. Even sekarang saya masih consume Zinc. Kenapa? 

Untuk saya, saya consume kerana saya adalah cc mom. Walaupun Adam dah setahun, saya tetap menjaga bahagian cesarean saya tu. Kerana kita tak tahu okay ke tidak hatta mata kita hanya memandang yang luar sahaja. Untuk pengetahuan kawan-kawan, ibu yang menghadapi pembedaharan sewaktu bersalin menghadapi 7 lapisan jahitan. Prevent better than cure. So sebab tu saya masih consume Zinc. Zinc amat diperlukan untuk merawat luka. Waktu lepas bersalin, saya consume 2 biji Zinc/ day selama 3 bulan. Sekarang saya cuma consume 1 biji/ day.

Selain itu, saya perlukan Zinc juga untuk memelihara rambut yang lebat dan sihat. Alhamdulillah rambut saya kekal segar dan lebat hingga kini. Tak macam masa anak dara dulu. Dah jadi mommy bertambah segar rambut.(Ini testomini sendir yer hehe...)

Last but not least saya nak highlight disini adalah untuk lelaki. Bagi pasangan yang merancang untuk mendapatkan zuriat tapi belum jua ada rezeki, saya sarankan cubalah consume Zinc. Zinc baik untuk lelaki bagi memelihara kelenjar prostat serta membantu merangsang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma. Kita hanya merancang dan berusaha, Allah jua menentukan. Insyaallah...

So, apalagi kawan-kawan. Banyak lagi khasiat Zinc yang saya tak highlight kat sini tapi saya dah catatkan dalam gambar kat atas tu. Marilah mencuba... :)

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube