Monday, May 12, 2008

PEMBANGUNAN MODAL INSAN (PMI)

Posted by Unknown | 12:38 PM Categories:
Dalam sibuk melayari web gov, aku tersinggah sekejap di web ini: http://www.pmo.gov.my/. Sekadar untuk pengetahuan bersama, dihuraikan sedikit maklumat berkaitan (Info bagus untuk interviu!). Antara ciri-ciri utama yang terkandung dalam modal insan adalah:

1. Sopan Santun-2. Berdisiplin-3. Dinamik-4. Inovatif-5. Kreatif-6. Sihat-7. Patriotik-
8. Berilmu-9. Berkeyakinan-10. Nilai Murni-11. Beretika-12. Berbudi Pekerti

Apa yang aku dapat rumuskan, dengan adanya PMI sebagai penjana kepada Wawasan 2020, adalah menjadi harapan negara agar dapat membangunkan individu supaya menjadi sebuah bangsa yang berilmu pengetahuan disamping mempunyai nilai-nilai murni dalam diri. Sehubungan itu, Malaysia akan mempunyai sebuah rumpun masyarakat yang berbilang bangsa yang cintakan negara serta menghargai tradisi dan warisan zaman. Antara aktiviti yang dapat dilihat berkait dengan PMI adalah Penubuhan Institut Integriti Nasional yang bertujuan untuk membina keupayaan modal insan bagi membanteras rasuah, penubuhan PEMUDAH bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian oleh jentera kerajaan, mewujudkan NCER, ECER, GLC dan Iskandar Malaysia bagi tujuan pembangunan ekonomi dan sosial yang baik dan juga Islam Hadari.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube