Monday, October 13, 2008

aKtiviti diMusiM RaYa

Posted by Unknown | 11:30 PM Categories:
Hujung minggu selepas raya memang memenatkan aku. Sebab waktu benar-benar terisi sampaikan nak update blog pun terpaksa curi-curi masa. Gambar rumah raya pun aku belum capture. Jangan kata tu je, open house rumah Pokdi Ahad lalu pun aku tak mampu nak pergi dek kepenatan openhouse kecil-kecilan di rumahku. Aku penat sebab aku buat berfasa-fasa, hari Jumaat lalu aku buatkan untuk officemate. Masak sendiri okay, no catering. Sabtu buat kerja dan attend openhouse. Ahad masak lagi buat openhouse fasa kenalan dekat. Hmmm.. Last week after balek raya pun aku tak sempat nak rehat dek membuat sedikit rombakan a.k.a pengubahsuaian kat rumah yang kecil a.k.a comey ni. Hmmm... Penat.... Inilah first time aku rasa aku benar-benar meraikan Aidilfitri compared to previous year yang mana waktu dulu aku maseh study. Tahun ni walau raya penat, tapi aku tetap rasa bahu ini ringan daripada beban yang amat berat sepertimana yang aku lalui pada tahun-tahun lepas. Alhamdulillah. Kerana rasa bersyukur ini, aku tak kesah melaburkan sedikit wang untuk buatkan makanan pada kawan-kawan dan bapak sedara aku. Cuma ralat, Ahad lepas tak dapat jamu family Pokdi masakan nasik ayam + soto yang kami masak dek kerana Pokdi pun buat openhouse besar-besaran. Maaf la Pokdi, eden melepek habes hari tu. Tak larat doh nak gi Shah Alam kene pulak hujan lebat gila sampaikan hari ni pergi office, satu building blackout. System building terus error. Huh.Letih nak cerita. Enjoy the pictures yang aku sempat capture nih.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube