Thursday, July 16, 2009

KroNoLoGi

Posted by Unknown | 12:02 AM Categories: ,
Fast. Simple. Straight forward.

Sebenarnya aku dah siap menaip cerita susulan tajuk kENDuri KaHWeN vs MaRatHoN vs PENDaFtaRaN FaTiN. Tetapi... Adalah amat malang sekali pabila aku menekan butang PUBLISH POST dan disaat itu I did realize wireless connection fail. Arghhh!!!

Jadi. Aku telah melipat dan terus menutup laptop untuk beberapa malam sebelum dengan gigihnya aku menyambung semula cerita tertangguh itu. Ceritanya bermula pada 27 Jun lalu yang mana kami telah dengan sukarelanya menjadi penyambut tetamu ala-ala gadis buah tangan untuk kenduri kahwen anak lelaki Prof, Saifullah. Bermula Sabtu itu aku agak busy kerana subuh lagi aku dah mencacak dalam viva ditemani Ida ke Hentian Kajang untuk fetch Mama dan Fatin. Sudahlah malamnya 2 pagi baru zzz dek melepak di Downtown. Actually Fatin telah menetapkan pendiriannya untuk memilih PPUM sebagai langkah pertamanya untuk menjadi seorang Nurse yang berjaya. Pendaftaran Fatin Ahad. Dan Ahad juga secara kebetulannya aku dah booking untuk ke KL Marathon dengan Mas. Huhaayabedabedu.. Cantek betul jadual. Terpaksa adjust sikit jadual. Sabtu Mama sampai bagi rest dulu sementara aku ke Putrajaya. Petang kami rush ke Shah Alam, terpaksa kejar Pokdi di kilang untuk dapatkan guarantor signature (adik-beradik tak dibenarkan..). Naseb baiklah ada bapak sedara di sini. Satu-satunya bapak sedara yang kami ada...


28 Jun 2009. 7.00 pagi aku mencacak dalam Myvi En. Rahman ke LRT Sg. Besi. Berjanji dengan Mas untuk bertemu di situ. Naseb baik Nisa ada. Kebetulan pula Nisa baru je sampai KL 2.00 pagi dari Kuching. So Nisa yang menghantar Fatin bersama Mama. Sampai Dataran Merdeka 1 minit tinggal untuk kami memulakan Larian Fun Run KL Marathon sejauh 5km.

Hmm.. Dengan tak ada stamina, memang lawak aku join. Dan aku amat respek pada Mas yang berjaya maintain larian dan tamat jauh lebih dulu dari aku. Memang best dan aku akan sertai yang lain andai ada masa. Selesai larian aku tak dapat lepak lama-lama dengan Mas, kerana destinasi aku seterusnya adalah PPUM. Naik Putra LRT dari Masjid Jamek dan berhenti di Universiti. Rupa-rupanya Pokdi pun datang ke pendaftaran Fatin... Dah la kerja petangnya. Demi melayan seseorang yang tetiba emo. Theheh. Sokongan tuk Fatin. Fatin dapat bilik aku dan Nisa dapat katil. Memang penat. Selesai pendaftaran ada sesi ceramah ibu bapa. Dan waktu yang ada itu aku manfaatkan dengan membuat taik mata. 5.oo petang tamat dan kami pulang ke Serdang. Malamnya demi mengubat hati mama kami ke Downtown. Agak sikit kepayahan untuk menghubungi Fatin kerana handphonenya disimpan seminggu selama orentasi...
29 Jun 2009. Subuh. Kami agak terlambat. Berhenti di ERL dan terus ke KLIA. Tiba di KLIA tepat pada waktu check-in. Mujur sebelum tu aku tertonton Majalah Tiga, paparan tentang Check-in Kiosk. Actually sebelum ni aku ada terbaca tentang itu, tapi tak pernah alert. Aku terus manfaatkan check-in kiosk yang ada. Alhamdulillah walau sampai just on time kami tetap sempat check-in menggunakan Check-in Kiosk. Cepat dan mudah. Boleh pilih seat lagi. Beg boleh check-in di kaunter sebelah check-in kiosk. Selepas menghantar mama ke pintu balai berlepas kami pun cauwww. Sampai rumah terlalulah penat dan aku terus menaip "Saya EL". Sama juga Nisa. "Bos, maafkan kami"
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube