Tuesday, February 9, 2010

aWNiNG PaSaNG SUDaH...

Posted by Unknown | 8:30 PM Categories:
Yeyyy... Dah lama plan nak pasang awning depan rumah ni. Teduh dan sejuk sikit rasa. Sampah dari atas pun tak jatuh ke rumah. Kalau hujan sikit bising, tapi koridor tak basah sudah... Yelah, bukan pasang yang mahal... Aku ambil yang murah saja. RM650 termasuk ampaian. Malangnya, ini first time aku pasang awning. Tidak ketahuan pula Wak Lan pergi pasang sehingga menutup astro. Apa lagi, mahu lost signal astro pagi Ahad tempoh hari... Tension tak dapat astro kami lunch dengan Kak Ju di Pantai Dalam. Walhal nasik dah tanak (simpan saja petang). Memang tensionlah. Balik lunch nasib baik boleh nonton CD Brilliant Legacy yang Erna pinjamkan. TQ ERna... Akibat dari insiden itu, Wak Lan bagi diskaun RM550. Itupun dia lupa nak pasang ampaian. Katanya dia akan datang pasang petang tapi kerana mood aku sudah tiada, aku say NO saja. Nasib baik teknikal astro pantas. Aku buat report Ahad, Isnin pagi terus call tanya aku bila available. Terus saja lunch hour aku lari kejap balik rumah. So sekarang Alhamdulillah... Dapat awning, dan astro pun ok...

Seronok tu tengok orang pasang awning
Nasib baik astro pantas
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube