Thursday, February 18, 2010

HaPPY CHiNeSE NeW YeaR @ PeNDaNG

Posted by Unknown | 11:59 PM Categories:
Cuti raya cina ke mana korang pergi? Aku adik-beradik balek Pendang... Bersama-sama Nisa, Abang Cik dan Fatin naik viva pulang ke desa Jumaat malam Sabtu lalu sungguh memenatkan. Bertolak 9.00 pm dari Lembah Pantai. Sampai Pendang 4.30 am gitu. Seronok aku tak payah drive. Cadangnya cuti ini nak ke Langkawi... Cuti-cuti keluarga. Tapi, kelambatan sudah membuat booking. Manusia dah tentu kemut kat Langkawi tu. Harga barang pun gerenti naik. Jadi kami bercuti-cuti Malaysia saja di Pendang. Banyak juga aktiviti boleh dibuat. Kami ke Bukit Perak picnic... dekat saja dengan rumah. Tak sampai 10 minit naik kereta sudah sampai... Bukit Perak pun sesak... Adoiyai. Kami juga ke bendang menengok padi diproses... Aku tak tau la panggil proses apa. Mesin padi buat kerja, cantas pokok padi tu dan ambil padi kemudian masuk lori. Gegege... Nisa dan adik tangkap ikan. Kami balek KL Selasa petang. Tiga beradik saja sebab Fatin dapat cuti seminggu... Balek pun sama saja, all the way highway sesak. What to do... Oh, cuti kali ni spesial sikit sebab kami dapat buat surprise kat mama. Celebrate birthday mama yang jatuh pada hari Valentine, 14 Februari 2010. Mama dah 48 tahun... Moga mama sentiasa muda, ceria, panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan... Love u. Amin!
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube