Walau jauh tapi dekat dimata, telinga dan hati... Wah, begitu moto.. Alhamdulillah, walau Abang Cik jauh nun di Fukuoka sana, kami di sini masih boleh bertentang 4 mata. Lucky we live in this era. Kau bayangkan hidup pada kurun-kurun sebelum ini. Kau deliver surat 6 bulan pun belum tentu sampai rasanya. Sebelum ni setiap Sabtu Abang Cik akan call mama. Abang Cik call juga Pokdi, aku, Fatin dan Nisa. Abang Cik kayuh basikal 1 jam nak ke pekan mencari public phone. Ada cc tapi mahal. Guna kad. Siap mendaftar jadi ahli.Kemudian Abang Cik beli laptop. Boleh bertanya kabar melalui FB, tengok gambar-gambar yang menceritakan kehidupannya di sana. Hati keluarga disini amatlah lega. Justeru, aku terfikir, "Kenapa tak kenalkan Abang Cik pada Skype?" Boleh bervideo calling gitu. Dan terus, langsung aku buat manual dan minta Abang Cik download.
Selepas itu, kami amat gembira! YEyyy... Dapat bertemu 4 mata, berborak walau kadang-kala line internet amat mencemburui kami. Sekarang Fatin di Pendang. Apalageee... Seronok abah, mama, Aiman dapat together-gether bertemu mata. Namun sayangnya, line di Sawa Kecik amatlah mengecewakan. So family terpaksa menapak ke kedai di Pendang untuk ber"video call"... Whatever it is, kami gembira!! Kau tengok aku, dari pakai kain smayang sampai terbuka-bukak kain smayang. Lama tu beronline. Dari magrib membawa ke Isya'.
Alhamdulillah dengan teknologi yang ada zaman kini, life is going so smooth. But you must remember, benefits it with the correct way.