Hampir 2 tahun di sini. Cukuplah kot gain experience. Lagi pula sini tak banyak benefit diberi. Stress dengan bos dungu, dan sistem yang entah apa-apa. Kalau gaji berlipat ganda lainlah. Ini cukup cukup makan je.
Cuma yang membuatkan aku gagah ke sini adalah kerana budak-budak yang dah close dan sporting. Cepatlah korang grad... Dan juga pemandangan bukit bukau serta awan membiru yang membuatkan hatiku tenang tanpa kesesakan lalulintas.
Ater, tahun depan dah duduk rumah baru dengan encik suami. Confirm la perasaan mencari environment pekerjaan baru area dekat rumah membuak-buak.
"Ya Allah, Kau bukakan pintu rezeki halal yang berlipat ganda kepada kami Ya Allah. Murahkan rezeki kami. Permudahkanlah urusan kami untuk mendapatkan rezeki yang halal serta mencukupi Ya Allah... Amin."