Monday, June 30, 2014

Lemon Grass Juice

Posted by Unknown | 8:02 PM Categories:
Sedap..... Sejak sejak minum kat kedai tempohari, kami laki bini dah buat jadi minuman favourite kat rumah. Balek keje haus, buka peti ais ambik minum. Macam mana aku buat?

  1. Rebus air gula + serai yang dipotong (satu teko ni aku letak 5 sudu gula dan 4 btg serai)
  2. Dah masak biarkan sejuk.
  3. Potong lemon sebiji dan campurkan dalam tupperware minuman yg disimpan dalam peti ais.
Gerenti sedap.... Plus, mengurangkan bau badan. :)

Friday, June 27, 2014

Sayur...

Posted by Unknown | 10:17 PM Categories:
Macam tempting je tengok stok sayur adam ni. Heeeee... Geram nak cooking!

Wednesday, June 25, 2014

Macam besttt je palazo

Posted by Unknown | 9:34 PM Categories:
See?

Mama syiok sendiri.

Ye la takde orang sudi amek gamba mama kau yang tak berapa nak lawa ni.... Selfish la sendiris....

Theheh. Macam best je pakai skirt ala palazos ni. Kembang, dan mudah nak jalan. Rasa nak up up lagi la skirt macam ni. Takde la keje I nak pakai seluaq panjang ajaaa. Ye dok?

Monday, June 23, 2014

Apa nak buat dengan buah pelam?

Posted by Unknown | 12:16 PM Categories:
Apa nak buat kalau suami anda belikan stok buah pelam kat rumah? Simpan lama kang buruk dok? Heee I paling suka kalau dia beli buah pelam manis ni. Dulu suka yang masam, sekarang dah ada anak nak yang manis aje.

Best... selain daripada potong simpan dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk, mommies boleh buat puri pelam kat baby... Dan kepada yang setia dengan ESP shaklee, boleh tambah dalam hidangan anda. perghhh bukan setakat anak suka, mak pak pun suka. 

So, kalau suami beli bertandan-tandan pun idok menjadi masalah. Macam-macam boleh buat kan? Sehari je dah boleh habis pelam tu. 

Hm, balek kerja nanti nak buat lagi la :).

Blend banyak-banyak.
 Purikan dan simpan. 
Last sekali buat untuk mama. ESP Shaklee + pelam + ais

Sunday, June 22, 2014

Sayang you my buah-hati

Posted by Unknown | 9:27 PM Categories:
Why you comel aaa??? Follow your mother meh???
You are so cannot sit tight.
Banyak akal you.

Oats with mango and dates

Posted by Unknown | 2:25 PM Categories:
Rendam semalaman oat (sekiranya beli oat original. kalau yang segera tak perlulah rendam semalaman)
Make sure malam semasa rendam oat, keluarkan beberapa kiub mango dari freezer dan letak bahagian bawah peti ais. So by the time nak masak oat esok pagi, puri mango dah mencair.
Pagi bila nak masak oat, sejat dan kemudian rendam dengan air panas sekejap. Saya rendam air panas bersama kurma sebab kurma ni simpan dalam peti (buang kulit luar kurma sebab agak keras)
Put all in the blender. Saya letak air panas sikit.
Blend. Make sure if blend masakan panas, jangan lebih 615ml (untuk blender jenis ni, Philips)
Yes dah siap.... Texture yang lembut mulus... dan sedapp... mama pun suka.
Ok siap hidang untuk Adam. bersama cookie mama.

Friday, June 20, 2014

Mama's friends lepak time

Posted by Unknown | 11:59 AM Categories: , ,
Mama hepi. hepi ooooo coz abah gave permission to mama lepak with mama's oldies friends. Kena pulak lepak kat William. Call back zaman bujang ler... Hoh best. Extra best when mama can bring Adam together and Adam didn't do something that can makes mama stress. Oh I love u son!
 Adam with Cikyuh.
Adam with uncle azzzz.
Adam so hepi. Nampak apron dia??? Makan jugak tu.... tapi makan meals dia ler. Bubur ayam carrot mama buat lagi sedap dok? walaupun cikyuh kata,"uh tak sedappp". heeee no garam meh.
  Mama and friends enjoying spaghetti carbonara.
And big big lamb chop.
Balek rumah give him sebotol susu and adam automatically sleep. Good boy. and mama can do again next time! yesss!

Thursday, June 19, 2014

Nak pergi dive lagi Acheh...

Posted by Unknown | 11:33 AM Categories: , ,
Kenapa?

Sebab sini best tak banyak divers. New OW divers kau tak payah risau bila angen habis tetiba kau ternaik atas. Confirm tak ada kes diver mati kepala tersadung enjin bot (so far). Dive site cantek. Peaceful. :)

Furthermore ada volcano dive site. Best. after deep dive boleh relaxing with dive site yang cetek (9-10 meter), play play with bubbles... Its really enjoyable and relaxing trip.



A very peaceful dive center + guest house. We stayed at Stephen Seasport, Sabang. Siap bawa tukang masak sendiri. Malam tido awal. Sunyi. Very kampung environment. and I love it. So much.





It is highly recommended for those who wants to release your stress. Last day boleh jalan jalan lepak di Banda Acheh melawat kesan tsunami. Malam cari makan sedap kat bandar, makan seafood, mee ramli, jus timun, gi mengurut... Cd murah pun ade. Weee :) So friend, jom kita ke Acheh, diving and relax!

Tuesday, June 17, 2014

Perasaan ini milik seorang ibu

Posted by Unknown | 11:07 AM Categories:
Seronok bila tengok anak bersedia untuk makan, sedang makan, dan kenyang makan. :)



Bubur nasi ayam kurma bayam merah

Posted by Unknown | 12:26 AM Categories:

Resepi:
  1. Masukkan beras (3 senduk) + ayam (seketul dipotong kiub) + stok ayam (1 kiub) + puri bayam merah (1 kiub) + kurma (1 biji).
  2. Masukkan air suam secukupnya (guna slow cooker better use air suam).
  3. Tambah sedikit EVCO
  4. Tunggu sampai masak dan blend.

Monday, June 16, 2014

Bubur nasi ayam carrot

Posted by Unknown | 11:25 AM Categories:
 Masukkan 3 cedok beras (budget untuk 2 hari).
 Masukkan seketul ayam (yang dipotong dadu) + carrot + daun saderi (wangi).
 Begitu. Kali ni I masak guna rice cooker coz its a cloudy Sunday! :)
  Tambah sikit EVCO sesudah masukkan air secukupnya. Sometimes add a bit butter so berlemak sikit bubur tu. 
Dah masak, blend hot-hot. See cantik je texture bubur Adam :)
Licin dia makan untuk breakfast.

Sunday, June 15, 2014

Proses memasak bubur menggunakan slow cooker

Posted by Unknown | 10:08 AM Categories:
 Masukkan kesemua bahan ke dalam slow cooker. I start memasak around 9.00 pm.
 Kemudian masukkan air suam. Letakkan sedikit EVCO.
 Bila bangun pagi.... Wah cantek gituew :)
Dah blend bagai boleh masukkan dalam bekal... Macam biasa asingkan mengikut sesi makan anak (pagi-lunch-petang)

Friday, June 13, 2014

Baby's food for travel?

Posted by Unknown | 9:20 PM Categories:
This one is the afdal one. Hehehe. Mangga. Senang dok? Actually time travel I just bawa spare instant bubur je untuk adam. Yang siap dalam paket dah tu. Senang. Tapi, kalau nak bawa kudapan yang saja saja nak bagi dia cuci mulut masa dalam perjalanan tu, elok juga prepare buah. Prepare yang senang nak bawa. I don't have a lot of experience bring him for a long travel yet. Adam dah masuk 7 bulan ni, baru 2 kali jalan jauh. Balek Pendang dan satu lagi balek Ipoh. Tu je. Heee...

Time pergi Ipoh hari tu aku terpikir. Macam ok juga kan prepare puri buah? Kebetulan masa tu adam dalam 4-days rule buah pelam manis. Ok sangatlah kan... time otw to Ipoh aku ambik dari peti ais je sebab aku dah purikan. Tak perlu nak panas-panaskan... dah cair bagi je adam makan.

Esoknya masa nak balek aku dah bawa sebijik pelam manis. Kupas dan cencang ajele. then masukkan dalam bekas bekal adam. So easy. Kalau takde, otw tepi jalan belambak buah. Heee.

And lastly boleh main main dengan dia. Bagi minum susu tu penting. Lambat je sedia susu meraung kedaung oh. Bingittttt.

Bubur nasi ayam kurma

Posted by Unknown | 10:12 AM Categories:
Resepi:
  1. Sediakan seketul isi ayam. Potong kiub isi ayam tersebut.
  2. Potong daun saderi (sebanyak 1 tangkai).
  3. Masukkan beras (6 sudu) + isi ayam + stok ayam (satu kiub) + daun saderi + kurma (sebiji).
  4. Masukkan air secukupnya + EVCO.
  5. Tunggu sehingga masak dan blend.

Wednesday, June 11, 2014

How to blend food after cook?

Posted by Unknown | 9:30 PM Categories:
Sebelum ni aku blend beras sangai. Sekarang rasa macam tak afdal pulak nak buat macam tu. Sebab aku blend tak dapat texture halus mulus macam orang lain. Lagipula, Adam dah masuk 7 bulan. Sooner later dia akan makan texture yang up up lagi. Plus, aku rasa macam ok je nak campur dengan sayur atau bahan lain yang kiranya, perlu untuk aku blend lepas masak bubur...

So, aku sediakan tips macam mana nak blend makanan after cook panas-panas. Yelah. Mesti ibu-ibu kurang setuju sebab mesti ambik masa lama nak prepare kan? Nak tunggu bubur sejuk before blend la... Ah, takdenye aku tunggu.

Aku bangun tido jam 6.30 pagi. mandi solat bagai baru aku turun dapur off slow cooker and prepare bekal Adam. By 7.10 pagi aku dah angkut anak gi hantar nursery. So, rasa-rasa ambik masa lama tak?

Pikir-pikirkan dan renung-renungkan.

 
 ok. Ini nasi kurma tomato yang I masak malam tadi. Guna slow cooker bila open pepagi wahhh cantek je.
Masukkan all dalam blender. Agak-agak sikit.... kalau banyak, masukkan sikit-sikit sebab I masukkan hot-hot from the cooker. I baru beli blender ni, jenama Philips sebab yang lama I pakai dah dushhh rosak (ala beli kat FB yg jenama taiwan tu...). Blender Philips ni dah bagi sukatan maximum untuk blender masakan panas adalah 615ml... Kalau makanan lain boleh sampai 1000++ ml. So jangan lebih sukatanlah kalau nak blend bubur panas.
Dah siap masuk dalam bekal... Asingkan PAGI-TENGAH HARI-PETANG. senang taska nak prepare.
Siap label lagi. So tak boleh silaplah. Habis tak habis adam makan sekali hidang saje. Hygene.
I beli tupperware jenis Thermos. Ok la boleh tahan panas up to 6 jam.

Ok bekal dah sedia bagai. Kalau masak banyak, which means ada extra, boleh la simpan dlm fridge utk bekal esok. Biasanya aku tak bekukan bubur utk 2, 3 malam. Aku buat untuk 1 malam saje.

3 set untuk pagi, tengah hari dan petang.
Keep in fridge utk bekal esok. Easy. Tak perlu masak bubur hari hari kalau malas... Kan???
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube