Tuesday, May 7, 2013

Puas tak puas hati???

Posted by Unknown | 9:44 AM Categories:

Hari kedua selepas pilihanraya. 

Boring… 

Asyek bercakap tentang puas-tak-puas-hati. 

Aku asyek bergaduh dengan encik suam. Dia balek kampong undi DAP dan aku tak balek stay Seri Kembangan je. Dan dia bagi jolokan untuk aku: PUTERI UMNO. 

Yes mak bapak aku sokong UMNO. Nenek pakcik makcik aku sokong PAS. Aku masih selesa dengan keadaan ini; neutral. PAS atau UMNO yang menang bagi aku OK. Lagipun I hate politics… 

Aku kata kat encik suam, “kalau saya balek Pendang saya undi BN. Tapi kalau saya mengundi Seri Kembangan saya akan undi PAS”. Walhal tak ngundi ekkk ;-) 

Tak kesah la… Cuma aku terkejut meroyan bila suddenly keputusan announce, DAP mencanak naik walaupun BN menang. Sungguh membuatkan aku berasa menyesal bila tak balek mengundi. Actually aku nak tukat tempar mengundi tapi dah terlambat.. Tak boleh tukar. 

Moral of the story, aku terkilan satu perkara. Obviously sudah terang lagi bersuluh. Cina bersatu dan kita Melayu, berpecah. Apa nak jadi dengan bangsa kita? 

Encik suam selalu berkata, “kita berjuang demi agama, bukan bangsa.” 

Habis tu…. Yang gigih balek kampong undi bangsa lain tu kenapa??? Kenapa tak diusahakan untuk pangkah PAS demi AGAMA? Kenapa tolong sokong persatuan bangsa lain yang majority beragama bukan Islam??? 

Sekadar luahan perasaan saya orang yang terkilan tak balek mengundi. Hilang satu undi untuk BN atau PAS. Ok saya menyesal berjanji takkan buat lagi untul 5 tahun nanti. Andai saya masih ada 5 tahun lagi… 

Saya sayangkan Negara saya. Saya sayangkan agama saya. Saya adalah Melayu yang lahir di tanah sendiri. Ini rumah kami. Malaysia sahaja negara Melayu Islam. Kalau kita dijajah semula, mana kita nak lari? Sanggup kita jadi kuli bangsa bukan Melayu yang beragama bukan Islam? 

Saya tak pandai berbahasa. Saya tak pandai berpolitik. Apa yang saya tahu, saya inginkan kemakmuran dan keistimewaan yang saya ada ini berkekalan untuk generasi anak cucu cicit kita kelak. Amin…

Monday, May 6, 2013

I'm in Vacation

Posted by Unknown | 9:34 AM Categories:
 

Since aku berkahwin, aku menyepi seribu cerita dalam diari ini. Busy? oh vacation... bercuti apa lama sangat? Hari ini aku menulis setelah sehari melepasi hari undi dan macam biasa, kemenangan di pihak BN. No komen.

Masuk this month, almost 6 bulan aku dah bernikah. Majlis kahwen Februari lalu. Dan sekarang, Alhamdulillah. Hadiah paling bernilai yang Allah berikan padaku melalui perkahwinan ini; I'm pregnent 2 months! I really hope, Allah permudahkan jalan sepanjang aku mengharungi hidup baru ini, alam bekeluarga. and most important, Allah pelihara kandunganku supaya selamat dilahirkan sihat tubuh badan dan akal fikiran. Amin...

Banyak dugaan untuk trimester pertama ini. Dan paling aku takut risiko keguguran. Nauzubillah... Moga dijauhkan. Orang tua tua kata elakkan hebohkan perkara ini. Somehow, tak sengaja tercerita dan makin lama makin ramai yang tahu. Jadi aku tak dapat nak elak. Bukan sengaja. Let it be lah. Yang penting, jaga rezeki yang Allah beri ini. 

Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukut dengan apa yang Kau berikan sekarang. Aku mohon kandunganku dipelihara dengan baik dan dijauhkan daripada risiko keguguran. Amin...

Thursday, December 27, 2012

Diving @ Bali is heaven vs. tough!

Posted by Unknown | 11:46 AM Categories:
Belum habes cerita Koh Lanta, Bali pula. Bagemana begitu? Serious aku begitu busy.... Later after everything is cool then let me update. But serious  I just arrived from Bali yesterday night and it was really an enjoyable trip to be memorize. Actually its a business trip. Sebab tu in a middle of busy dengan macam-macam perkara, harus juga aku ke sana.

Monday, December 10, 2012

Doa Murah Rezeki

Posted by Unknown | 2:54 PM Categories:


Sesungguhnya aku ingin sangat mencari environment baru! 

Hampir 2 tahun di sini. Cukuplah kot gain experience. Lagi pula sini tak banyak benefit diberi. Stress dengan bos dungu, dan sistem yang entah apa-apa. Kalau gaji berlipat ganda lainlah. Ini cukup cukup makan je. 

Cuma yang membuatkan aku gagah ke sini adalah kerana budak-budak yang dah close dan sporting. Cepatlah korang grad... Dan juga pemandangan bukit bukau serta awan membiru yang membuatkan hatiku tenang tanpa kesesakan lalulintas.

Ater, tahun depan dah duduk rumah baru dengan encik suami. Confirm la perasaan mencari environment pekerjaan baru area dekat rumah membuak-buak.

"Ya Allah, Kau bukakan pintu rezeki halal yang berlipat ganda kepada kami Ya Allah. Murahkan rezeki kami. Permudahkanlah urusan kami untuk mendapatkan rezeki yang halal serta mencukupi Ya Allah... Amin."

Thursday, November 29, 2012

I'm Engaged

Posted by Unknown | 9:51 PM Categories:
Diam je walhal dah almost 2 months engaged. Hakikatnya, tiba-tiba malu nak mengaku dah bertunang. Gatal kan? InsyaAllah, tak lama lagi menikah kot... InsyaAllah akan aku jemput rakan-rakan awal tahun depan untuk majlis yang InsyaAllah akan dilangsung di Kedah.

Ya Allah, sesungguhnya aku telah redha andainya dia jodoh terbaik yang Kau takdirkan untukku. Kau permudahkan dan lancarkan segala urusan kami Ya Allah. Jauhi kami daripada segala kesulitan, halangan dan syaitan yang direjab. Kau berkatilah hubungan ikatan kami, murahkan rezeki serta kurniakanlah kami zuriat yang soleh. Sekiranya dia adalah jodoh terbaik untukku, Kau percepatkan dan permudahkanlah urusan kami Ya Allah.

Amin....

Monday, November 26, 2012

Hatyai Here I Come!

Posted by Unknown | 9:18 AM Categories: , ,
Buat apa di Hatyai??? Ngehngehngeh... This is the first step before the next. Wait for my next entry.

Saturday, November 10, 2012

Next Dive Trip?

Posted by Unknown | 9:00 PM Categories: , ,
Acapkali pula kan aku ke pulau this year? Mentang-mentang baru dapat lesen...

Ater, macam perasaan kau baru dapat lesen kereta la dok?

Actually banyak agenda yang aku nak post tapi macam kebiasaan, bila aku dengan status "busy", kedaung la nak mengupdate...

Anyone saw me pasti tak hairan tengok kulit aku yang mula menghitam. Mahu idok. Tahun ni ibarat island marathon: Perhentian, Tioman, Mabul dan next trip InsyaAllah ke Ko Lanta, dekat area Krabi and Phuket.

Trip kali ini dengan train. 16 jam kah? Entahlah. This is my first time I'll enter Thailand a bit far. Kalau tak setakat sempadan je. Malu la kalau kata orang Utara tak pernah enter Siam kan?

Haruss kebas bontot dalam train kan? Watodo... Tiket flight not cheap this time ma. Sampai Hatyai kami naik van pula. Begitu. Tentatif.

Nasib la 4 dive je. Mahu meroyan aku... Again. Perasaan berdebar tetap ada. Aku baru total 9 dive. Segala equipment sendiri dah ada. Jangan buat perangai ye cik puan. Tabahkan hati, brave, safety first dan enjoy your moment.

Ya Allah, Kau permudahkan segala urusan kami dan jauhkanlah kami dari segala kesusahan, kepayahan dan kemalangan. Amin....

Friday, October 26, 2012

Mabul... My 2nd Dive Island

Posted by Unknown | 11:01 PM Categories: ,
Perasaan? 

Seperti expresi muka dibawah. 
Kos untuk mendapatkan sijil Open Water adalah agak tinggi. Mencecah 4 angka. Jadi saya harus pasrahhhh. Beranikan diri membuat aksi-aksi yang memang saya gentar.
Tengok seperti orang ini. Haruslah Jusnita steady saja. Kau mampu cik puan?
DM dah ada yang akan membantumu cik puan.
2 DM lagi. Special ok.
Harus kau bersyukur. Dan gagahkan diri menjadi temporary mermaid.
Dan tolong jangan buat muka sebegini...
Harus beranikan diri. 
Keep ur safety first.
Make sure with your buddy. Definitely safe when your buddy is your DM :D
Enjoy the underwater life. See the turtle?
Go go explore.
take rest a while. cool down yourself.
and you will be a good diver!

Wednesday, October 3, 2012

Tahniah!

Posted by Unknown | 2:53 PM Categories:
First time experience discovery scuba dah ala-ala diver terhaibat. Cepat la amek open water, boleh kita pi sana sini wehhh...


Sunday, September 30, 2012

Aku excited!

Posted by Unknown | 10:39 PM Categories: ,
Excited! excited!

Ngehngehngeh... Akhirnya angan-angan plan-plan, melangsung ada rezeki depan mata untuk aku capai.

InsyaAllah kalau tiada halangan, end of the year kami ke sana. Amin! Harap sangat dapat pergi. Yelah, kita merancang Allah jua menentukan. Hopefully nothing bothering us apart to go there.

Ticket dah beli. OK la dapat promo price yang tak berapa promo. Most important half price from normal price. Dan pergi dengan orang yang dah biasa pergi sana. So not to worry nothing to be prepared more instead of money. Pakej RM580. Mrs Yayang a.k.a Dayah dan Idasu, jom la join....Kamu dan suami kamu sangat happening a.k.a sporting.

Ya Allah, permudahkan urusan kami agar tiada halangan untuk kami ke sana, melihat indahnya ciptaanMu dan besarnya kekuasaanMu.

Sementara nafas ini dipinjamkan olehMu...

Tuesday, September 18, 2012

Are we problematic?

Posted by Unknown | 12:00 PM Categories:
Ye menarik bila aku membaca guideline ini dari internet source.

Ada kaitan dengan hidup ke yang nak masuk dalam diari? Takdela. Saja je. Itu reading source furthermore untuk teaching. Macam menarik untuk berkongsi dengan budak budak. And suddenly terfikir dan terrelate dengan hidup kita wahai manusia.

"Kamu ada problem tak? Berat tak? Boleh solve tak?"

"Bestnye kau Yana. Hidup happy enjoy aje. Tak macam aku masalah bertimpa-timpa"

Ye ke?

Don't judge the book by its cover. Baca dulu baru tahu.

Ada orang cukup lemah untuk mengatasi masalah. Bila masalah datang, confirm kita dapat tengok dari riak wajah. Ada pula yang pandai berlakon. Hide macam terhapa sampaikan orang tak sangka masalahnya bertimpa-timpa.

Whatever it is, I don't think ada manusia yang sangat perfect di muka bumi ini yang tak pernah ditimpa masalah.

Andai kita ditimpa masalah, itu tandanya Allah sayangkan kita dan ingat akan kita. Kerana itu adalah rencah kehidupan.

Ye saket pasti saket sekiranya masalah menghadap kita. Tapi jangan berputus asa sebaliknya cuba cari penyelesaian untuk apa jua masalah kita.

Bercakap itu senang tetapi jadikanlah ia sebagai motivasi, guideline dan juga kata semangat untuk kita bangkit dari rasa kecewa, gelisah dan sebagainya yang mengganggu-gugat kehidupan yang indah ini.

Tuesday, September 11, 2012

I'm sorry

Posted by Unknown | 11:35 AM Categories:

In a rush, suddenly I remember you.

It’s hard for me to say good bye. May be that word is not appropriate.

I'm sorry to make this decision. It's tough. It's painful. It’s hurt me and you. But you gave me no option.

It’s a life. With or without you yet still I have to continue. No others can love me like you did. I’m grateful to be part of your life even though it’s in a short while.

You taught me a lot. I do really appreciate it. I do really appreciate our past relationship.

Love you still. But love is not totally meant to be own.

I’m sorry. I’m sorry to say good bye love.

Tuesday, September 4, 2012

I'm a Diver!

Posted by Unknown | 11:26 AM Categories: ,
Unbelievable!

Now I'm officially an Open Water  Diver! Ngehngeh... Thanks to him.

Dalam takut-takut, suspen suspen finally aku dapat diver license, bukannya driver license. Itu dah lama dapat. Theheh. Ini adalah temporary card yang aku boleh guna dalam 3 bulan. Yela. Takkan kau ambil course di Tioman and expected instructor tu boleh keluarkan original license from Australia? Haruslah temporary card dulu....  Nanti rajin aku upload kenangan training. Gambar belum ada.

Hm, orang post kisah beraya, aku post kisah lain. Waraskah?

Tuesday, August 28, 2012

Confine Water @ SeaMonkey Dive Centre, PJ

Posted by Unknown | 5:44 PM Categories: ,
Apakah benar? Percaya tidak?

Aku sendiri pun tidak percaya. Konon dulu excited nak ambil lesen diving. Skali pergi confined water je aku terus menggelabah. Terus terpikir 50-50. Mampu ke aku nak lulus? Aku penakut....

Moralnya. Sukan ini hanya untuk mereka-mereka yang berani. 

Anda ada berani? Silalah cuba. Tetapi berani sahaja tidak mencukupi. Knowledge in this area is very important. Kau kene study dulu before betul-betul buat practical. Bila ilmu cukup di dada so u will know what to do inside the water. Last but not least, money... No money no talk. So, andai anda ada duit lebih, boleh cuba-cubaan menceburkan diri dalam sukan ini. Andai anda species tak berapa nak mampu sangat macam aku, meh sini roger-roger aku. Aku ada link baik punya untuk affordable price. Sebab aku bukannya mewah sangat pun. 

Terima kasih to my friend, Coral Dive Recreation for giving me this opportunity. Buat confine water dulu sebelum ke pulau dengan serius untuk jalankan ujian. So here u will learn a basic knowledge, do practical inside water with a depth yang tak berapa nak dalam. Aku buat di Seamonkey Dive Centre, PJ. Nearby Amcorp Mall. Charge RM150 for Divemaster and equipment. Actually ada tempat murah lagi. Tapi biasa le, musim raye...

Masa ni dah nervous dalam excited. Briefing dulu...
 Masuk air ok lagi.
 Nak boleh ke steady a.k.a buoyancy agaklah tidak cekap...
 Agaklah kalut. Asyek cuak mask dipenuhi air. But don't surprise, DM aku tidak pedulik air memenuhi mask. As long as mulut aku tu hold regulator. 
 Susah tu nak dive ke bawah. Asyek nak naik atas je. Kejap lagi meroyan lagi air masuk ke mask. Mahu DM paksa aku memberanikan diri. Nanges!

Kesimpulan.What I learn from this session: (1) Breathing using regulator, (2) clearing mask, (3) bahasa isyarat (esp OK), (4) using octopus for buddy (5) buoyancy etc. Banyak juge blaja. Tetapi tetap macam slow nak faham. I used 2 pemberat in pool. Itupun susah nak tenggelam. Kalau sea maybe 3 ketul pemberat. 

So Illiana. Bersedia ke nak ke pulau untuk real test? Nak nak tapi takut. Nanges!

Wednesday, August 8, 2012

Dunia Jahat!

Posted by Unknown | 9:01 PM Categories:
OK. Ini entry beremosi.

Sila layan Illiana.

Ye dunia penuh manusia jahat. Jahat jahat jahat.

How am I going to live in a world that full with such of this behavior? Fact is always a fact.

"Kita tak boleh menjadi terlalu jujur. Terlalu lurus. Kerana itu akan memakan diri sendiri."

Ayat ini sentiasa menjadi bahan utama rakan-rakan dalam mengeluarkan nasihat kepada aku. Ayat paling best, "nak hidup... terpaksa la jahat. Bukan buat jenayah. Jahat je. Twist your plan je". Hmmm...

Sungguh aku kurang cerdik dalam bab ini. Aku harus belajar. Bak kata kawan aku, "nak hidup..." Walaupun aku benci. Tapi fact is always a fact. Orang yang pandai menggunakan peluang yang ada adalah orang yang berjaya. Biarpun mereka buat dalam cara yang jahat. Ye?

Orang yang buat dalam cara yang lurus bendul macam aku memang susah nak berjaya. Hence nanti dibuli. ok. I'll learn.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube