Wednesday, July 23, 2014

Mind your leg plz...

Posted by Unknown | 1:01 PM Categories:
Amboih ngebatnya budak kecik ni... bukan main lagi kaki tu menyilang. sapa ajaq tah.
 mula-mula dia gigih mematahkan tiang mainan dia ni.
 lepas tu dia lapar.
 See? lapaq pun ada gaya ka?
 Fokus. haiyaaaa.
Ini budak comel... mama gigit karang kan.

Monday, July 21, 2014

His first haircut at barber's shop

Posted by Unknown | 11:54 AM Categories:
Masa ni Adam 7m. Walhal mama dah potong kat rumah. Rambut dia lebat sangat... Katanya orang, mama potong rambut Adam macam cendawan. Makcik dia bagi gelaran baby mushroom. Huhu... Sudahnya abah hantar ke barber. Lagi senang. Kesian kat dia rambut lebat jadinya panas kepala. Sudahla sekarang ni musim panas. 
 Inilah baby mushroom... kejam mama kejam.
Adam pasrahh...
 abah is penyelamat.
 bawa jumpa barber the expert one is the most afdal.
 cian anak mama yang baik ni... 
 muka redha je.
bajet memang budak baikkk...
and here it is... the hensem guy.... bb 7m :)

Saturday, July 19, 2014

Papaya Snack

Posted by Unknown | 3:25 PM Categories:
Di usia 8m... Gigih mama kau nak intro macam-macam yer? Ini snack pertama Adam. Papaya. Sebelum ni mama bagi papaya dengan oat. Untuk makan saje-saje mama potong papaya ni dan simpan dalam chiller. Kalau rasa macam adam duduk relek takde benda nak buat, mama bagi dia satu potong. Tapi mama tak berani bagi dia pegang sendiri tanpa pengawasan. Takut tercekik pulak karang kan. Mama monitor and kadang-kadang mama suapkan. Yelah, baru nak intro snack bagai ni. Haruslah sabar... anak pun macam jakon je tengok benda alah makanan ni.

Friday, July 18, 2014

Adam in the pool

Posted by Unknown | 11:16 AM Categories:
Fisrt time Adam masuk pool. Usianya masa tu baru masuk 7m. Lambat sket kan. Theheh. Abah tak bagi masuk pool kecik-kecik takut paru-paru berair. Mula-mula masuk pool jakon giler anak aku... Then intro to him slowly sambil sing a song, then out of sudden dia plak sambung nyanyi. Kaki start terkuis-kuis. Theheh. Kelakar. Then mula menjelir lidah sebab nak telan air. Sabo jela. Hm, nampaknya Adam suka pool yer? Jangan lupa anak, masa awak 9 bulan dalam rahim mama, awak dah masuk pool yer. Awak duduk tempat paling dalam kat pool itu yer (2 meter je kot :)). 

So, mission mama lepas ni nak cari swimsuit dan tools swimming to Adam. Yessss...

Wednesday, July 16, 2014

Bekukan sawi idea yang baik?

Posted by Unknown | 3:18 PM Categories:
 
Idea ini bukan purikan. Tetapi bekukan. Heeee. Tak layu. Serious tak layu. Setakat ni dah 3 hari saya bekukan di bahagian freezer.

Baguskah idea ini? 

Saya sendiri tak pasti. 

Tetapi yang pasti, bila nak masak saya boleh keluarkan dari freezer 10-20 minit sebelum, dan boleh teruskan memasak dengan senang sekali. Tak perlu nak guna papan pemotong dan pisau atau gunting sayur untuk memotong bagai. Tersedia untuk dicampak ke dalam masakan.... Sama ada untuk menumis atau terus dicampurkan ke dalam slow cooker bersama beras.

Owh sebelum dibekukan of course saya rendam dengan air garam untuk buang segala kotoran, cuci dan potong sawi siap-siap. Susun satu-satu ke dalam tupperware dan simpan di freezer.

Tuesday, July 15, 2014

Homemade capati

Posted by Unknown | 10:45 AM Categories:
Resepi:
  1. Beli "tepung atta". Boleh jumpa di Giant. Ada few brands. Saya guna brand Alagapas.
  2. Bancuh tepung dengan sedikit garam, marjerin, dan air suam.
  3. Biarkan selama 1/2 jam atau lebih. Tutup bekas tepung yang diadun dengan tuala basah yang bersih.
  4. Bentukkan tepung yang diadun tadi kepada bentuk bulat (doh).
  5. Boleh simpan dalam peti ais dan bakar bila nak makan.
Bila nak makan:
  1. Tabur sedikit tepung atta ke penggolek dan papan golek.
  2. Ambil sebiji doh dan canai.
  3. Panaskan frying pan.
  4. Bakar capati tadi atas frying pan.
  5. Boleh dimakan dengan kari, sardin atau apa saja kuah yang anda pandai buat. :)

Doh yang telah dibulatkan.
Bila nak makan, canaikan dia kat penggolek ni.
Bakar dia. kejap je.
Dah siap homemade capati walla!

Monday, July 14, 2014

How I prepare a meat stock?

Posted by Unknown | 3:45 PM Categories:
Gamba step-by-step tak sempat nak snap. Mama busy kelaut sangat masa ni. Inipun bangun 11.30 pm, masuk dapur tengok stok dah sejuk baru nak blend daging dan simpan dalam freezer. Baru sempat terfikir nak snap picture. Ater, dapatlah seketul dua gambar aje untuk dikongsikan... Huhu.

First time mama buat stok daging untuk Adam. Sebab Adam turn to 8m so mama boleh beri dia daging lembu... Takkan kambeng kot dak? Theheh. Daging ni mama beli petang tadi, sekilo RM28. Daging batang pinang. Lembut.

Buat masa ni mama terpaksa stop beri ayam sebab takut rashes. Masa makan ayam kulit dia naik rashes sana sini. Mama stop dan beri fish stock with vege. Dia OK. Menggedik tangan mama tunggu nak bagi dia daging sebab kesian tengok menu yang sama aje hari hari... Nak bagi isi ikan, mama macam tak confidence lagi. Sebab dalam carta isi ikan seeloknya diberi 10m. Kerana, ikan mengandungi merkuri. Takut usus tak mampu hadam lagi. Actually, depends on baby juga. Ada yang OK...

Resepi:
  1. Cuci daging bersih-bersih. Mama rendam dengan cuka seketika untuk hilangkan bau.
  2. Potong kiub daging (potong ikut urat).
  3. Campurkan dengan bawang besar sebiji etc. (kalau nak sedap lagi campur la dengan daun saderi, bunga cengkih bagai. untuk kes adam mama letak bawang besar je sebab dulu pernah masukkan bunga cengkih bagai, kulit dia rashes. so mama tak mahu ambil risiko lagi. tunggu dia besar sikit lagi)
  4. Rebus selama 1-2 jam. Top-up air bila nampak air mengering.
  5. Biarkan sejuk seketika.
  6. Tapis untuk asingkan isi dan sup daging.
  7. Asingkan, sup disimpan dalam kiub ais.
  8. Daging dikisar menggunakan blender. Tambah air sup supaya mudah untuk blend.
  9. Simpan dalam freezer.

 Daging yang dikisar halus.
Stok daging.

Bubur nasi tumis sayur (versi Ramadhan)

Posted by Unknown | 9:10 AM Categories:
Resepi bubur nasi untuk baby 8m. Kenapa? Kerana ini first time mama tumis sayur untuk adam. Oleh kerana Adam makin membesar, mama cuba nak bagi tekstur yang lebih kasar dari sebelum. So, mama cuba buat begini untuk first attempt. Kalau tengok Adam ok, sooner or later mama tak perlu nak blend nasi lagi. Campur je dengan lauk yang dimasak.
1) Masak nasi dalam slow cooker sebelum tido. 
2) Lepas sahur, mulakan proses memasak sayur. Tumis bawang besar 1/2 biji. 
3) Saya guna unsalted butter untuk menumis. Ataupun boleh tumis guna olive oil.
4) Masukkan sayur dan bila masak blend sup sayur itu.
5) Bila sayur dah hancur, masukkan bubur nasi yang dimasak. Blend sekejap. 
6) Inilah hasilnya... yummy! 

Yogurt papaya oat

Posted by Unknown | 12:33 AM Categories:
Ini menu breakfast utk baby 8m plus... Caranya mudah. Macam biasa rendam rolled oat semalaman. Bila nak bagi makan, cuci dan rendam oat dlm air panas. Campurkan oat, papaya (yang dipotong kiub) dan satu sudu besar yogurt ke dlm blender. Blend utk seketika dan siap dihidang.
Blend all. 
Siap untuk dimakan. 
Tak sangka. Licin! 

Sunday, July 13, 2014

How to prepare a stock for easy cooking? Ramadhan entry.

Posted by Unknown | 11:38 AM Categories:
Susulan entry sebelum ini, mama snap a few pictures kerja-kerja mama didapur selama 1 jam preparation stock 2 minggu ramadhan. May be this can be a shared idea to all...

Beli bahan basah untuk seminggu dua. siang siap-siap dan asingkan seafood, ayam dsb.
Kupas bawang merah dan bawang putih. Kalau malas kupas suruh en. suami. kalau dia pun malas, beli yang dah siap kupas (ongkos sket).
Blend dan simpan dalam chiller. Same to cili kering. Tapi saya penggemar cili kering seberang takir, simpan stok banyak-banyak yang dah siap.
Beli sayur yang tahan lama dan boleh simpan dalam peti ais.
Potong siap-siap. Selain boleh masak untuk juadah berbuka, boleh juga prepare makan untuk bekal anak.
Siap semua, pack ikut jenis sayur.
 Simpan dalam feezer.
Hmmm penuh stok untuk 3 serangkai (pak mak anak)
Prepare jus buah. Puasa dimusim panas elok minum jus. Jus buah original tahan 2-3 hari je. Beli la kordial ribena, oren dsb as backup.
Simpan dalam peti ais. Oh sebelum ramadan juga mama mengemas peti ais.Penuh ok bila nak masukkan stok segala bagai. 
Mama juga order stok supplement kegemaran mama yang dah nak habis. ESP wajib ada sepanjang masa. Memberi tenaga sepanjang Ramadan ini Insyaallah...
Mama perlu bertenaga sebab rumah perlu sentiasa kemas. Lantai perlu sentiasa licin berkilat.
Sebab ada bayi yang dah pandai ber-eksperimen.

Saturday, July 12, 2014

Ramadhan 1435H and mama's preparation

Posted by Unknown | 9:56 AM Categories: ,
Wah... Tahun ni bakal beraya dengan suami dan anak! hooray!
Apa mama buat sebelum menjelang Ramadhan?
  1. Beli baju raya. 
    Yer saya dah beli baju raya saya. takde tempah. Pakai segera je beli di GM Klang. Baju raya anak pun dan beli siap dengan kasut raya. Baju melayu je belom sebab tak banyak pilihan. May b sebab jauh nak raya lagi kot. mama semangat okay... Sebab mama tahu Ramadhan tahun ni menguji kepenatan mama dengan ibadah-kerja di office (sem baru bermula)-kerja di rumah.Baik prepare siap-siap so mama tak terkocoh nanti.
  2. Bahan memasak. 
    Yer abah kau suka makan masakan tangan mama mahupun tangan dia daripada beli kat bazar ramadan. Haruslah meroyan mama kau balik nak buat segala kerja bagai. Dah ler taska close 5.30pm sempena Ramadhan. Sooo... mama prepare siap-siap bahan masakan. Balik rumah campak je bahan dalam masakan sambil kemas rumah. Masakan adam pun boleh dicampak sekali. sejak pandai prepare puri, mama dah start pandai prepare bahan lain juga untuk buat stok. Heee... Kerja senang. :)
Alhamdulillah... Walaupun dengan anak kecik, Insyaallah mama boleh laksanakan tanggungjawab mama beribadat serta menjaga rumahtangga dengan baik. Amin....

Monday, July 7, 2014

Adam punya puri

Posted by Unknown | 2:02 PM Categories:
Hehe macam best je tgk koleksi puri adam. Walaupon slowly aku masak use purely bahan mentah, tapi sometimes perlu juga puri dlm keadaan terdesak. Heee... Almaklumla ibu bekerjaya, have to.... Ini puri mangga (yg mama suka curi), potato, avocado dan bayam merah. Besttt....

Thursday, July 3, 2014

How to prepare fish stock?

Posted by Unknown | 9:39 AM Categories:
 Mudah aje... caranya:

  1. Bersihkan ikan (kat sini mama guna ikan tongkol kecik.)
  2. Masukkan air, ikan, bawang merah, daun saderi dan (lain-lain bahan yang ibu-ibu confident nak letak untuk menambah kesedapan stok ikan).
  3. Rebus sampai naik bau (atau dalam 1 jam).
  4. Sejukkan.
  5. Tapis first layer untuk asingkan ikan dan bahan-bahan rebusan tadi.
  6. Dah dapat stok ikan, tuang dan tapis ke dalam ice cube.
  7. Simpan dalam freezer bila sejuk.

Abaikan ikan yang tak berapa comel itu. Gigih mama kau cuci okay.
Fish stock in the cube ready to freezzzz.
Hasil ikan rebus tadi mama taruk garam dan kunyit, simpan petang ni goreng untuk berbuka. Mama belum confident nak bagi ikan to Adam sebab Adam baru 7m... Kalau ikut rules pemakanan bayi, 10m baru boleh bagi ikan. Sebab, ikan ada merkuri so takut usus anak belum ready to digest. Mama saja introduce fish stock dulu to Adam sebab mama tengok since Adam makan ayam, kulit dia macam ada bintat sikit. Afraid alergi. so sebab tu sekarang stop ayam and intro ikan. Later kalau stok ikan dah lulus mama intro stok daging pula....

Wednesday, July 2, 2014

Puree Epal

Posted by Unknown | 1:11 AM Categories:
Rasa awal dulu dah buat tapi tak simpan pon dlm koleksi resepi i.... So last weekend gigih snap pic kat dapur.... Inilah step by step prepare epal puree. Picture tells everything.
Epal dikupas dan potong kiub. ini nampak lebab sikit sebab lepas potong terpinggir kat meja kejap, mama buat keje multitasking masak sana sini.
After 10 minit. begini rupa lepas kukus.
Mama guna blender ini untuk blend epal yang distim tadi. Campur air masak sikit so senang nak blend.
Ok dah siap. Biarkan sejuk dan masukkan dalam freezer.
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube